SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

11 October 2008

Kedudukan Semasa : Mukhriz 19, Khairy 12, Khir 6

8.20 malam Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-12 dari bahagian Bagan Datoh, Perak. Bahagian itu juga mencalonkan Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua.

7.50 malam Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir terus menambah pencalonan yang diterimanya. Kali ini beliau mendapatkan pencalonan ke-19 dari Pemuda bahagian Teluk Intan.

Bahagian Teluk Intan juga mencalon ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim yang juga ketua Pemuda Johor untuk jawatan naib ketua.

Najib dan Muhyiddin dahului pencalonan

dipetik dari malaysiakini.com

Sehingga hari ini, selepas tiga bahagian Umno selesai mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat tiga pencalonan bagi jawatan presiden.

Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mendapatkan tiga pencalonan bagi jawatan timbalan presiden.

Sehingga kini, tiada pemimpin lain yang dicalonkan untuk kedua-dua jawatan tertinggi Umno itu.

Bagi jawatan presiden, Najib memerlukan sekurang-kurangnya 58 pencalonan manakala Muhyiddin pula memerlukan sekurang-kurangnya 38 pencalonan.

Di samping itu, enam pemimpin Umno mula mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan naib presiden Umno.

Bagaimanapun mereka masing-masing memerlukan 19 pencalonan untuk layak bertanding jawatan tersebut.

Mereka ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang telah mendapat tiga pencalonan, diikuti oleh Datuk Seri Khalid Nordin dengan dua pencalonan).

Jumlah pencalonan Naib Presiden

Manakala Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shafie Apdal masing-masing mendapat satu pencalonan.

Bahagian yang telah mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing ialah Machang dan Kimanis semalam dan Besut hari ini.

Sementara itu, bahagian Besut yang bermesyuarat hari ini turut memilih Najib dan Muhyiddin masing-masing untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.

Manakala bagi jawatan naib presiden pula, Besut mencalonkan Hishammuddin, Khalid dan Shafie.

Kira-kira 25 bahagian lagi akan mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing esok.
.

Saingan Sengit 3 Penjuru : Mukhriz 18, Khairy 11, Khir 5

dipetik dari malaysiakini.com


7.25 malam Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan keenam dari bahagian Cheras. Manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalon untuk jawatan naib ketua Pemuda.

7.23 malam Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Pokok Sena. Beliau kini mendapat 18 pencalonan.

Manakala Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican dicalonkan untuk jawatan naib ketua Pemuda.

7.20 malam Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-17 dari Pemuda Umno bahagian Kalabakan, Sabah. Reezal dicalonkan untuk jawatan naib ketua.

7.00 malam Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-16 dari Pemuda Umno bahagian Padang Rengas Perak. Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalonkan untuk jawatan naib ketua.

Mukhriz mendapat 80 undi manakala Khairy Jamaluddin mendapat 32 undi. Razali pula dicalonkan sebuat suara.

6.30 petang Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapatkan pencalonan kelima dari bahagian Shah Alam untuk bertanding ketua Pemuda Umno Malaysia.

6.20 petang Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-11 dari bahagian Pontian. Bahagian itu juga mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua Pemuda.

6.15 petang Pemuda bahagian Pagoh sebulat suara mencalonkan Datuk Mukhriz Mahathir untuk jawatan ketua Pemuda. Beliau kini mendapat 15 pencalonan.

Manakala Razali dicalonkan, juga sebulat suara untuk jawatan naib ketua bahagian.

6.10 petang Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan empat - dari bahagian Mersing.

6.05 petang Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Mersing. Beliau kini mendapat tiga pencalonan.

Manakala Razali dicalonkan oleh Mersing untuk jawatan naib ketua Pemuda.

6.00 petang Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat satu lagi pencalonan - dari bahagian Rompin. Dengan itu, pencalonannya meningkat kepada 10.

Khairy mendapatkan 98 undi manakala Mukhriz mendapat 64 undi. Manakala Dr Mohd Khir mendapat dua undi.

Bagi Naib pula, Rompin mencalonkan Razali Ibrahim sebulat suara.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapatkan dua lagi pencalonan, dari bahagian Kuantan dan Bentong, menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 14 pencalonan.

Di Bentong, Mukhriz mendapat 54 undi manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat 15 undi.

Bentong juga mencalonkan sebulat suara exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua

Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, semakin merapatkan jurang pencalonan dengan Mukhriz apabila beliau memperolehi lima lagi pencalonan - menjadi 9 pencalonan - untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Mukhriz pula mendapat empat lagi pencalonan, iaitu dari bahagian Lipis, Jempol dan Jelebu hari ini

Hari ini, Khairy mendapatkan lima pencalonan dari bahagian Beruas, Kota Kinabalu, Bagan Serai, Raub dan Bandar Tun Razak - untuk mengumpul sejumlah tujuh pencalonan setakat ini.

Di Beruas, Khairy mendapatkan 63 undi manakala Mukhriz mendapat 21, manakala bahagian Kota Kinabalu sebulat suara mencalonkan Khairy.

Bagi jawatan naib presiden, Beruas mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican. Kota Kinabalu pula mencalonkan ketua Pemudanya, Bahrul Razha Chuprat untuk bertanding naib ketua pusat.

Bahagian Serai memilih Khairy dan Reezal secara sebulat suara.

Di Raub, Khairy mendapat 73 undi manakala Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat 37 undi.
Sebelum itu, Khairy mendapat pencalonan daripada Machang, Pengkalan Chepa, Silam dan Ketereh.

Bagaimanapun, Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun, masih mendahului apabila mendapat empat pencalonan hari ini, termasuk bahagian Lipis dan Pasir Gudang - menjadi jumlahnya sebelas setakat ini.

Di Lipis, Mukhriz mendapat 94 undi, Khairy memperolehi 47 manakala bekas Dr Mohd Khir mendapat 2 undi.

Di Jempol pula, Mukhriz mendapat 168 undi manakala Khairy memperolehi enam undi sahaja.

Di Jelebu, Mukhriz mendapat undi terbanyak, manakala Khairy mendapat empat undi manakala Dr Mohd Khir (8)

Bagi naib presiden pula, Lipis mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. Jempol turut mencalonkan Razali untuk naib ketua. Razali juga mendapat pencalonan dari bahagian Raub dan Jelebu.

Mukhriz sebelum ini mendapat pencalonan dari bahagian Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor dan Bukit Gelugor.

Cameron Highlands, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

Manakala bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat dua pencalonan dari Bahagian Tumpat dan Kapar.

Seorang lagi calon - timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin belum mendapat pencalonan.

Reezal sehingga jam 4.30 petang mendapat enam pencalonan manakala Razali mendapat lima pencalonan untuk jawatan naib ketua.

Pencalonan Muhkriz dan Razali dibuat secara sebulat suara oleh perwakilan Bukit Gelugor.

Bagaimanapun di Tasek Gelugor, selepas pengundian, Mukhriz mendapat 124 undi manakala Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, memperolehi 36 undi.

Di bahagian Kota Melaka pula, Mukhriz memperoleh 98 undi manakala Khairy memperolehi 69 undi.
.

Kedudukan Terkini Pencalonan Ketua Pemuda UMNO : 7-4-3

Pencalonan yang masuk hari ketiga bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO jelas menunjukkan Khairy Jamaluddin, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berentap sakan.

Setelah hari pertama Khamis yang menyaksikan pencalonan terbalik kot antara Khairy dan Mukhriz di Kimanis dan Machang sehingga pagi Sabtu Ahli Parlimen Jerlun itu telah dapat sepuluh lagi pencalonan berjaya potong Ahli Parlimen Rembau yang dapat lima. Ini menjadikan Mukhriz sebelas manakala Khairy enam. Bekas Menteri Besar Selangor pula berjaya dapat tiga.

Bahagian-bahagian yang calonkan Mukhriz selain Kimanis ialah Alor Star, Jerlun, Besut, Cameron Highland, Bukit Gelugor, Tasik Gelugor, Kota Melaka, Pagoh, Telok Intan dan Jempol.

Khairy pula dapat dari Machang, Ketereh, Pengkalan Chepa, Kota Kinabalu, Bagan Datoh dan Silam.

Dr Khir dapat dari Kapar,Tumpat dan Cheras

Mufti Perak akui saran kerjasama PAS-Umno

Mufti Perak mengakui mengadakan pertemuan empat mata dengan Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mencadangkan penubuhan kerajaan campuran antara Umno dan PAS di negeri itu.Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, cadangan itu dikemukan bagi mewujudkan pemerintahan yang dikuasai sepenuhnya oleh orang Melayu dan Islam.

“PAS kalau campur dengan Umno lagi bagus. Umno ada 27 kerusi. Kalau campur dengan PAS, seratus peratus orang Melayu-Islam memerintah,” katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan desas-desus di Internet bahawa beliau mengadakan pertemuan kedua untuk tujuan itu.Mufti berpengalaman itu didakwa "menangis dan merayu" Nik Aziz , yang juga menteri besar Kelantan, untuk memastikan kerajaan campuran PAS-Umno.

Harussani menambah, beliau menemui Nik Aziz dua hari selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu di rumah tokoh PAS di Kota Bharu, Kelantan.

Harussani berkata, dalam pertemuan yang disifatkannya sebagai “sembang-sembang” itu, pandangnnya itu tidak diterima oleh Nik Aziz.

“Nik Aziz kata itu bukan bidang kuasa dia. Beliau kata beliau hanya mursyidul am saja,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

“Dah dia tidak terima, tidak mengapa. Tidak apalah,” katanya.

Diminta mengulas prestasi pemerintahan kerajaan campuran Pakatan Rakyat di negeri itu, beliau berkata "saya bukan orang politik".

Setiausaha politik menteri besar Kelantan, Anual Bakri Haron ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan pertemuan Nik Aziz dan mufti tersebut.

Dalam pertemuan itu, tambahnya, Harussani hanya menyatakan kerisauannya jika orang Islam tidak menjadi menteri besar di Perak.Katanya, Harussani menyuarakan hasratnya supaya PAS dapat menjadi menteri besar di negeri itu.

Sementara itu, pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata beliau turut dihubungi mufti berpengalaman itu untuk tujuan pembentukan kerajaan dengan Umno tetapi beliau menolaknya.

"Ada dua tiga kali beliau menelefon saya. Tetapi saya kata, kita sudah ada keputusan (bersama Pakatan)," katanya.Katanya, beliau mula-mula menerima panggilan daripada Harussani sehari selepas pertemuannya dengan Nik Aziz.

Harussani juga didakwa turut mencadangkan perkara yang sama kepada pesuruhjaya PAS negeri itu.

Bagaimanapun, Ahmad menolak cadangan itu kerana menurutnya, setelah 50 tahun memerintah, BN yang ditunjangi Umno terbukti “tidak boleh diharapkan”.

“Kita tidak boleh harap pada BN. Kita mahukan kerajaan baru. Lagipun, dalam kerajaan baru ini, PAS yang jadi ketua (menteri besar). Kalau beliau berkata (DAP) anti-Islam, yang Umno ini, sudah 50 tahun...” katanya.

Ahmad dan Anual Bakri tidak pernah mengetahui wujudnya pertemuan kedua Harussani-Nik Aziz seperti dakwaan di beberapa blog sejak semalam.
.