SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

16 June 2008

Nik Aziz sokong idea mufti Perlis

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia berbincang dengan tiga lagi pemimpin Melayu – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim – seperti saranan mufti Perlis bagi "menyelesaikan masalah negara yang sedang dihadapi kini".

Dr Mohd Asri Zainul Abidin minggu lepas menyeru empat tokoh ini berbincang "memandangkan masa depan umat Islam yang mula goyah" kerana "masa depan negara dan umat lebih utama daripada segala-galanya."
.
Mursyidul am PAS berkata PAS sudah lama menggesa pertemuan seumpama itu "tetapi Umno yang tidak mahu."

"Bila pembangkang dah dapat lima negeri (selepas pilihan raya umum lalu) baru timbul nak adakan pertemuan," katanya, lapor Bernama, di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan, dilaporkan berkata sekarang masa yang sesuai untuk pertemuan penting sebegitu kerana jika dibiarkan berlanjutan, ia akan memburukkan lagi keadaan.

Syariah: 'Jangan gagalkan Pakatan'

Pemuda DAP dan PKR menggesa rakan sepergerakannya dalam PAS agar menfokuskan agenda membentuk kerajaan Pakatan Rakyat yang bersih dan adil, bukannya melaksanakan pentadbiran Islam.

Pergerakan Pemuda dua parti itu juga menggesa Pemuda PAS agar memikir kembali saranannya untuk menegakkan peraturan Islam seperti pengharaman tempat perjudian, menghadkan premis penjualan arak dan etika pakaian di pejabat.

Setiausaha Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook dan naib ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Amiruddin Shari diminta mengulas kenyataan naib ketua Pemuda PAS, Sabtu lalu.

Azman Shapawi Abdul Rani dilaporkan berkata Pemuda PAS kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam di lima negeri Pakatan.

Loke (foto, baju putih) berharap PAS menghormati gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada tiga parti, termasuk DAP dan PKR.

"(DAP) tidak bersetuju dengan mana-mana undang-undang yang dilaksanakan dari sudut agama, terutama pelaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia," katanya kepada Malaysiakini.

"Jangan gagalkan agenda Pakatan Rakyat.

"Fokus kepada perkara pokok iaitu, menjaga kebajikan (rakyat) tanpa mengira kaum dan agama, membanteras rasuah dan memastikan pentadbiran (negeri) telus dan bersih dalam kerajaan Pakatan Rakyat," tambahnya, yang juga ahli parlimen Rasah.

"Tidak ada satu parti yang boleh mengemukakan dan melaksanakan agenda sendiri tanpa rujukan dan persetujuan kepemimpinan Pakatan Rakyat."

Amiruddin pula berkata saranan PAS itu menjadi "hak parti tersebut" tetapi ia memerlukan perbincangan lanjut dan parti Islam tidak harus terburu-buru melaksanakannya."Yang penting, kita perlu tubuhkan kerajaan yang adil, bersih, telus dan tidak korup," katanya."Membanteras rasuah adalah perkara yang dipersetujui bersama pada peringkat awal pembentukan pakatan rakyat."

Lagipun, tambah wakil rakyat Batu Caves, PAS tidak meletakkan idea negara Islam atau undang-undang Islam dalam manifesto parti itu ketika pilihanraya Mac lalu.

Pakatan Rakyat harus bergerak dengan asas-asas yang dipersetujui bersama pada peringkat awal pembentukan gabungan tersebut, kata Amiruddin.

"Keutamaan AMK, ialah menunaikan janji yang terdapat dalam manifesto pilihanraya 2008," jelas Amiruddin.

Sertai Pakatan Rakyat hanya 'perang saraf' Anwar?

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: "Jangan guna pintu belakang masuk Putrajaya." Demikian ujar pemerhati politik Dr. Chandra Muzaffar apabila mengulas mengenai desas-desus sejak tiga bulan lalu bahawa akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat.

Sambil menyifatkan ia cuma satu bentuk propaganda atau 'perang saraf' Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Chandra berkata: "Ia seolah-olah mengancam kedudukan BN bahawa ada yang akan menyeberang ke Pakatan Rakyat, akan ada 30 hingga 40 orang sudah sedia memasuki Pakatan Rakyat, sanggup berpaling tadah."

Dalam pertemuan dengan mStar Online minggu lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menyifatkan kenyataan-kenyataan Anwar selama ini sebagai satu "propaganda" semata-mata.

"Propaganda," jawab ringkas Dr. Mahathir.

Malah, menurut Dr. Mahathir, beliau juga percaya Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri."Saya tak nampak dia boleh jadi Perdana Menteri," katanya.

Ketika ditemui sempena 100 hari selepas pilihan raya umum ke-12, Chandra yang juga Presiden Just berkata, Pakatan Rakyat dan Anwar seharusnya menggunakan pendekatan yang wajar dan boleh diterima ramai jika merasakan pihaknya berpeluang menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan.

"Jangan masuk Putrajaya melalui pintu belakang, cara yang baik ialah melalui pintu depan," katanya.

Anwar telah berulang kali menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan menjelang 16 September. Ia mempunyai 82 kerusi di Parlimen dan memerlukan 30 wakil rakyat yang sanggup melompat parti.

Sehubungan itu, beliau juga menyarankan mana-mana wakil rakyat sama ada anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Dewan Rakyat, jika ingin menyertai Pakatan Rakyat harus melepaskan kedudukan mereka terlebih dahulu.

"Saya menganggap bahawa ia (tindakan melompat parti) tidak salah dari segi undang-undang, tetapi jika wang ringgit dan janji digunakan untuk melompat parti, maka ia salah dari segi moral dan amalan demokrasi.

"Mereka yang terlibat ini harus mengembalikan semula mandat yang telah diperoleh (ketika pilihan raya umum ke-12) kepada pengundi dan harus meletakkan jawatan... kemudian bertanding semula jika merasakan boleh menang dan mahu bertanding lagi," kata beliau sambil mengakui kini tiada peruntukan sedemikian.

Undang-undang semasa pilihan raya tidak membenarkan seseorang berhenti daripada menjadi wakil rakyat dan bertanding semula.

Jelas beliau, perlu ada pindaan undang-undang bagi membolehkan peruntukan baru digubal bagi menghalang mereka yang menang atas tiket parti lain tetapi kemudian menyertai sebuah parti lain.

Perpindahan besar-besaran wakil rakyat mengejutkan negara berlaku pada 1994 selepas pilihan raya umum negeri Sabah sehingga membawa kepada kejatuhan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Tambah Chandra, tindakan mana-mana wakil rakyat yang melompat parti selepas menang atas tiket sesebuah parti bertindak bertentangan dengan etika dan salah dari segi demokrasi.

Pada Sabtu lalu, bekas Naib Presiden Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa akan ada sebuah parti komponen BN akan keluar menjelang hujung bulan ini.

Desas-desus bahawa ada Ahli Parlimen BN akan menyertai kendengaran sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, dengan kebanyakannya membabitkan parti-parti dari Sabah dan Sarawak. Semalam di Pulau Pinang, Anwar menyebut bahawa beberapa Ahli Parlimen MCA pula akan menyertai Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Chandra juga merasa hairan sebab spekulasi sedemikian berlarutan memandangkan BN yang mempunyai perbezaan 'selesa' 58 kerusi di Dewan Rakyat jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat.

"Dalam keadaan perbezaan kerusi sebanyak 58, cakap-cakap seperti ini satu fenemena luar biasa. Kalau di negara lain majoriti dua atau tiga kerusi, isu lompat-melompat biasa diperkatakan dan berlaku," katanya.

100 Hari Pemerintahan Kerajaan Baru Selangor

Apabila mengambil alih pemerintahan di Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan bongkak berkata tamat sudah zaman pena ajaib dan runding terus (direct negotiations). Sehingga hari ini masih belum muncul satu pun kes yang membuktikan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan BN Selangor yang lalu terutamanya oleh Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. Sebaliknya, pena ajaib muncul di zaman Khalid. Kaedah runding terus tetap diteruskan.
.
Laporan polis yang dibuat ke atas pegawai Pejabat Menteri Besar Selangor bukan dibuat tanpa bukti mahu pun laporan palsu. Pegawai Khas Tan Sri Khalid, Mohd Yahya Mat Shari dengan menggunakan kepala surat (letterhead) Pejabat Menteri Besar Selangor telah menulis surat menyenaraikan syarikat-syarikat yang perlu diberi keutamaan dalam pemberian kontrak pembersihan dan kutipan sampah di Petaling Jaya. Di manakah janji dan kata-kata tan Sri Khalid dan PKR untuk melaksanakan tender terbuka?
.
Lebih menghairankan, bagaimanakah beberapa surat oleh empat buah syarikat kepada Dato' Bandar Petaling Jaya boleh melalui Pegawai Khas Menteri Besar dengan tertera "mohon kerjasama, saya menyokong permohonan ini" - diiringi cop tertera HJ. MOHD YAHYA BIN HAJI MAT SAHRI, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Dato' Menteri Besar Selangor. Apakah ini bukan pena ajaib dan kronisme?
.
Apakah Tan Sri Khalid ingin mengatakan bahawa Haji Yahya membuat surat dan sokongan tersebut tanpa restu beliau? Apakah berani didedahkan bahawa pemilik syarikat ini tiada kena mengena dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat? Sudah tentu akan ada suara berkata BN juga membuat sokongan. Tapi ini bukan manifesto BN sebaliknya ia adalah manifesto Pakatan Rakyat. Malah Khalid Ibrahim sendiri menegaskan tiada lagi pemberian kontrak tanpa melalui tender.
.
Ini baru empat syarikat yang bocor. Entah berapa banyak lagi sudah berlangsung sejak tiga bulan ini. Baru seratus hari sudah melanggar polisi sendiri, bayangkan lima tahun apa akan jadi. Ketika sibuk menyelongkar mencari titisan dakwat pena ajaib Khir Toyo, rupanya pena ajaib Khalid Ibrahim yang menjelma.
.
Tahniahlah kepada Khalid Ibrahim. 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor akan diingati dengan projek Babi Mega, Kronisme dan Pena Ajaib serta hubungan rapat beliau dengan pengerusi I Berhad. Tidak lama lagi kita akan menerima pula notis bangkrap Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kerana tidak mampu bayar pampasan kepada Syabas.

100 Hari PKR di Selangor: Pena Ajaib Siapa Yang Berdakwat?

Apabila mengambil alih pemerintahan di Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan bongkak berkata tamat sudah zaman pena ajaib dan runding terus (direct negotiations).
.
Sehingga hari ini masih belum muncul satu pun kes yang membuktikan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan BN Selangor yang lalu terutamanya oleh Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. Sebaliknya, pena ajaib muncul di zaman Khalid. Kaedah runding terus tetap diteruskan.

Laporan polis yang dibuat ke atas pegawai Pejabat Menteri Besar Selangor bukan dibuat tanpa bukti mahu pun laporan palsu. Pegawai Khas Tan Sri Khalid, Mohd Yahya Mat Shari dengan menggunakan kepala surat (letterhead) Pejabat Menteri Besar Selangor telah menulis surat menyenaraikan syarikat-syarikat yang perlu diberi keutamaan dalam pemberian kontrak pembersihan dan kutipan sampah di Petaling Jaya. Di manakah janji dan kata-kata tan Sri Khalid dan PKR untuk melaksanakan tender terbuka?

Lebih menghairankan, bagaimanakah beberapa surat oleh empat buah syarikat kepada Dato' Bandar Petaling Jaya boleh melalui Pegawai Khas Menteri Besar dengan tertera "mohon kerjasama, saya menyokong permohonan ini" - diiringi cop tertera HJ. MOHD YAHYA BIN HAJI MAT SAHRI, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Dato' Menteri Besar Selangor.

Apakah ini bukan pena ajaib dan kronisme? Apakah Tan Sri Khalid ingin mengatakan bahawa Haji Yahya membuat surat dan sokongan tersebut tanpa restu beliau? Apakah berani didedahkan bahawa pemilik syarikat ini tiada kena mengena dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat? Sudah tentu akan ada suara berkata BN juga membuat sokongan. Tapi ini bukan manifesto BN sebaliknya ia adalah manifesto Pakatan Rakyat.

Malah Khalid Ibrahim sendiri menegaskan tiada lagi pemberian kontrak tanpa melalui tender. Ini baru empat syarikat yang bocor. Entah berapa banyak lagi sudah berlangsung sejak tiga bulan ini. Baru seratus hari sudah melanggar polisi sendiri, bayangkan lima tahun apa akan jadi.Ketika sibuk menyelongkar mencari titisan dakwat pena ajaib Khir Toyo, rupanya pena ajaib Khalid Ibrahim yang menjelma.
.
Tahniahlah kepada Khalid Ibrahim. 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor akan diingati dengan Projek Babi Mega, Kronisme dan Pena Ajaib serta hubungan rapat beliau dengan pengerusi I Berhad. Tidak lama lagi kita akan menerima pula notis bangkrap Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kerana tidak mampu bayar pampasan kepada Syabas.