SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

01 June 2008

Pengakuan Ezam Mohd Nor

oleh malaysiakini.com

Dalam wawancara selama hampir dua jam dengan Malaysiakini semalam, antara soalan utama yang dikemukakan kepada bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor ialah kisah sebenar yang membawa beliau kembali semula ke pangkuan Umno. Untuk berkongsi sepenuhnya dengan para pembaca, di bawah ini kita siarkan jawapan Ezam penuh terhadap soalan tersebut.

Saya berterima kasih pada soalan tersebut, sebab itu soalan penting kerana ada perbezaan yang besar di antara cakap-cakap dan pertemuan-pertemuan saya dengan pemimpin Umno sebelum pilihanraya baru-baru ini, pilihanraya 2004 dan sebelum itu, dengan keputusan saya kali ini. Saya mengakui dalam 2004 khususnya, ialah kita bermula dengan 1999 lagi, setelah saya ditahan di bawah ISA dan semasa saya di Kamunting, tidak ada usaha untuk menarik saya balik ke Umno, tiada ada usaha yang bersungguh-sungguh. Tetapi selepas itu dipisahkan dengan rakan-rakan di penjara Kajang dan sendirian, masa itu ada usaha untuk cuba mengajak saya untuk meninggalkan perjuangan PKR, memimpin Pemuda PKR untuk masuk Umno.

Saya tolak masa itu kerana prinsip saya, saya tidak akan deal (berbincang) dan bertolak ansur dalam keadaan saya dalam penjara. Bagi saya, apa pun, kena keluar saya (dari penjara). Saya bebas dalam 2003, dan selepas itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Beliau berbeza dengan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Kalau Dr Mahathir, approach (pendekatannya) adalah menekan. Lagi kuat anda lawan, lagi kuat dia tekan, masukkan dalam penjara. Tapi pen

dekatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menarik. Sebab itu apabila pilihanraya 2004 ada usaha untuk menarik saya dan rakan-rakan lain untuk kembali ke Umno.Dan usaha tersebut, saya lihat satu peluang pada masa itu, untuk deal (berbincang) untuk mendapatkan kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya membebaskan beliau untuk mendapatkan rawatan. Kalau tak bebas sepenuhnya pun tetapi untuk mendapatkan rawatan. Pada masa itu, keadaan Datuk Seri Anwar adalah kritial.

Setelah bincang dengan beberapa teman-teman senior dan kawan-kawan lama Anwar sendiri, yang non-partisan dan sebagainya, maka mereka merasakan keutamaan harus untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim. Sebab itu kita melangkah untuk membuat keputusan untuk memulakan perbincangan dengan pemimpin Umno. Antara pemimpin tertinggi yang kita temui termasuk Datuk Seri Mohd Khir Toyo, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Aziz Shamsuddin - antara pemimpin besar Umno. Dan semua ini saya lakukan dalam pengetahuan Datuk Seri Anwar.

Dalam pertemuan kedua bersama Datuk Sri Dr Mohd Khir Toyo, Datuk Seri Anwar sendiri yang minta supaya saya membawa bersama dua pemimpin PKR untuk berbincang - Mereka adalah Datuk Kamarul Bahrin dan seorang lagi Hajah Rahmah Othman. Kita berempat, seorang lagi Johari Abdul. Kita berempat berjumpa dengan Datuk seri Dr Mohd Khir Toyo dan saya yang mengetuai perbincangan tersebut. Ini atas keputusan Datuk Seri Anwar.


Kata OK macam mana, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo nak berbincang - 2004 sebelum pilihanraya umum - Anwar kata Ok tapi bawa tiga orang, biar ada saksi. Nanti orang kata apa-apa (pula) kat you.Memang saya yang deal, sepatutnya, Tan Sri Khalil Yaakob, ketika itu setiausaha agung (Umno) hadir (sama) dalam pertemuan yang kedua itu tapi tak hadir, jadi Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sahaja, di rumah Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Jadi, line (hujah) saya ialah sebarang deal atau usaha untuk bincang mestilah dimulakan dengan membebaskan Datuk Seri Anwar. Itu saya firm (tegas), mesti dimulakan dengan membebaskan Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan rawatan. Dan saudara boleh tanya Datuk Kamarul, Johari Abdul dan Rahmah Othman. Saya sengaja sebut nama kerana semua ini saksi.

Apabila Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak boleh komit yang itu, kita back out. Dia kata you masuk (Umno) dulu dan (kemudian) bincang tentang Anwar. Tapi you kena masuk dulu, you kena bertanding... saya kata no,no, kita tolak kerana tidak minat dengan apa yang kami akan dapat. Fokus kita adalah jelas.Lepas itu berjumpa dengan Datuk Aziz Samsuddin, bersama dengan sebelas atau dua belas kawan-kawan, Ruslan Kassim dan teman-teman lain. Begitu juga. Dia cakap-cakap, akhirnya dia minta kita masuk (Umno) tapi saya kata apa pun sama juga, mesti bebaskan Datuk Seri Anwar. Jadi (bila) dia tidak boleh komit, saya keluar. Saya tamatkan di situ.

Selepas saya tamatkan, kawan-kawan teruskan dan sebab tu mereka masuk (umno) sebelum pilihanraya. Bagi saya itu keputusan masing-masing dan saya faham ketika itu mereka sudah dalam keadaan susah, tertekan dan sebagainya, masalah kewangan, peribadi dan sebagainya. Mungkin mereka perlukan wang dan saya tidak dapat halang sebab saya pun dalam keadaan yang tidak senang. Kita dah berjuang lama, ini saya faham. Sebab itu saya masih berkawan dengan mereka hingga hari ini. Bagi saya itu bukanlan an act of betrayal (berpaling tadah) walaupun saya tidak bersama (mereka) sebab saya punyai bottom line iaitu bebaskan Datuk Seri Anwar.

Selain dari itu, saya tidak akan terima. Selepas pilihanraya, keadaan Datuk Seri Anwar semakin teruk. Semakin kritikal selepas pilihanraya (di mana) Barisan Nasional (BN) menang besar. Datin Seri Wan Azizah jumpa saya minta supaya diusahakan untuk rawatan. Buka pintu balik (perbincangan), bukan untuk bertanding atau bukan untuk masuk Umno tetapi untuk Datuk Seri Anwar. Kita cuba pelbagai-bagai.

Saya jumpa sendiri Datin Paduka Rahmah Othman yang baik dengan Abdullah sebab dia Team B dulu, tapi simpati dengan kita. Saya jumpa dia, kita hantar rombongan jumpa mufti-mufti, kita jumpa beberapal lagi pemimpin Umno yang lain yang dekat dengan Perdana Menteri. Tetapi mesej tak sampai, hinggalah satu hari, seorang wartawan asing memberitahu saya, jika hendak (mesej) sampai kepada PM, dapatkan (bantuan) Khairy (Jamaluddin). Saya jumpa Datin Seri Wan Azizah dan tanya macam mana.

Ini pandangan mereka, mungkin kita boleh cuba. Saya tidak kenal Khairy. Ini penting untuk rekod, sebab (ada) tuduhan (yang mengaitkan) saya dengan Khairy. Ini kisah benar. Saya tidak kenal Khairy tapi ada cadangan untuk saya cari Khairy sebab dia dapat sampaikan mesej dengan cepat kepada Perdana Menteri. Sejurus selepas pilihanraya, dekat-dekat dengan tarikh Anwar bebas, September 2004, jadi mungkin Mei atau Jun.

Saya cari Khairy melalui kontak di London, melalui kawan-kawan, akhirnya saya dapat jumpa Khairy. Di situlah bermulanya hubungan saya dengan Khairy. Masa itu dia belum (jadi) naib ketua pemuda. Dan saya bagi tahu dia kebimbangan kita tentang keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar dan mintalah sampai kepada perdana menteri. Selepas dua pertemuan, Khairy aturkan pertemuan antara Datuk Seri Abdullah dengan Datin Seri Wan Azizah di pejabat Perdana Menteri.


Saya hadir tapi saya tidak masuk ke dalam. Saya biar Datin Seri Wan Azizah berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah. Saya tidak tahu secara terperinci (apa yang dibincangkan), tapi pada asasnya ialah untuk kesihatan, perubatan dan minta Anwar dikeluarkan dari penjara duduk di hospital, sebab (masa itu) dia berulang, kerana tidak ada pihak berkuasa yang berani benarkan Anwar duduk di hospital.

Masa itu juga Pak Lah ambil telefon, hubungi Menteri Kesihatan dan arahkan, masa itu petang dah, keluarkan Anwar Ibrahim on the spot dan lepas tu kita minta rawatan keluar negara, Pak Lah tak komited, dia kata dia akan tengok. Dan ketiganya, Datin Seri Wan Azizah minta Pak Lah adil dalam penghakiman (kes rayuan Datuk Seri Anwar di Mahkamah Persekutuan), jangan campur seperti Dr Mahathir. Pak Lah beri komitmen, dia tak akan campur, Masa itu tengah (perbicaraan), dah hujung-hujung (di peringkat penghakiman dibuat).

Mengikut kata Datin Seri Wan Azizah, Pak Lah kata OK, katanya, dia seorang pemimpin Islam, itulah yang beliau (Wan Azizah) beritahu saya, Pak Lah kata: "saya komited, saya pemimpin Islam, takkan saya nak buat macam tu". Selepas Datuk Seri Anwar ke hospital, saya masih lagi jumpa Khairy sebab target saya masih lagi nak dapatkan rawatan ke luar negara. Khairy mencuba, hingga pada suatu ketika, dah ada keputusan pun untuk mendapatkan rawatan di luar negara tapi bukan di Jerman tapi di Singapura.

Pada mulanya, Datin Seri Wan Azizah tidak setuju. (Kemudian) jumpa Anwar dan beliau kata OK ke Singapura. Jadi saya (pun) sampaikan pada Khairy. Tiba-tiba Jabatan Peguam Negara nasihatkan jangan, walaupun menurut Khairy, Pak Lah telah bersetuju. Kata peguam negara ianya bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Perkara tu habis di situ, tak jadi, walaupun sebenarnya telah ada keputusan dari Perdana Menteri.

Selepas beberapa ketika, mahkamah tetapkan tarikh untuk keputusan (rayuan) di Mahkamah Persekutuan. Jadi kita tangguh dulu perbincangan untuk rawatan (Anwar) di luar negara dan kita tunggu keputusan. Kalau keputusan bebaskan (Anwar) oklah. Kalau tidak bebas, kita sambung (perbincangan). Tapi bila keputusan (Anwar) bebas, sebagai tanda hormat, saya bagi tahu Khairy (Anwar) bebas, dan Khairy bertanya apa lagi yang boleh dibantu. Saya tanya Datuk Seri Anwar dan beliau minta pasport sebab dia nak terbang cepat.

Itulah yang diminta oleh Datuk Seri Anwar dan saya sampaikan kepada Khairy dan dia sampaikan kepada bapa (mentuanya). Malam tu juga Khairy datang dan esoknya saya uruskan pasport Datuk Seri Anwar. Itulah peristiwa yang berlaku bila Khairy datang ke rumah Datuk Seri Anwar pada malam itu. Ini yang sebenarnya berlaku.

Sebab itu saya hendak tekankan di sini (ialah) keseluruhan proses ini hanya membabit dan memfokuskan kepada soalan untuk menyelamatkan Datuk Seri Anwar. Tidak ada deal (masuk Umno) seperti yang dituduh terhadap saya. Saya sebenarnya expect (harap) Datuk Seri Anwar dan Datin Paduka Wan Azizah untuk menyatakan perkara ini, sekurang-kurangnya untuk membela saya bila orang (mengaitkan) saya dengan Khairy kerana mereka tahu perkara yang sebenar. Seluruh proses yang saya deal dengan Khairy, dengan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan semua proses ini bukan untuk saya, malah saya menolak semua tawaran lain, hanya semata-mata - dan saya tidak berganjak dengan permintaan saya - untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Jadi itu ceritanya.

Selepas itu, Datuk Seri Anwar bebas, tidak ada lagi deal, Khairy pun saya tak jumpa dah. Khairy pun takut nak jumpa saya kerana dia telah dikritik hebat kerana datang ke rumah Anwar... (setakat itulah) hubungan kami. Kadang-kadang terjumpa di lapangan terbang (tapi) tidak ada hubungan, tidak ada perjumpaan selepas itu.

Selepas setahun Anwar bebas, saya ada masalah dengan Keadilan dan sebab itu saya dah mula jauhkan diri pada 2006. Saya dan tubuhkan Gerak. Saya tidak ada deal sehinggalah sebelum pilihanraya 2008, datang lagi kawan-kawan dalam Umno dan sebagainya untuk meminta saya bertanding tapi bukan (pemimpin) peringkat senior, tapi di peringkat negeri dan bahagian, yang minta saya timbang bertanding dan balik semula ke Umno dan itu pun saya tolak. Kawan-kawan (dari PAS) juga memang secara ikhlas mahu saya tanding di kerusi selamat di Kelantan.

Pada masa itu, kita tidak tahu yang (kawasan-kawasan lain) juga selamat. Itupun saya tolak kerana fokus saya sekarang ini, berbalik kepada persoalan reform. Walaupun fokus awal saya tidak pada reform kerana nak selamatkan Datuk Seri Anwar yang kritikal dan sakit. Bila dia keluar, kita tidak cerita dah bab kemanusian, kerana semua sudah bebas, jadi saya fokus kepada reform.P

ada 2008 ada usaha untuk menarik saya supaya bertanding tapi saya tidak bertanding kerana saya tidak nampak ada reform dalam Umno untuk saya kembali kepada Umno. Sebab itu saya tolak tawaran (bertanding) dalam pilihanraya umum lepas. Saya ingin meneruskan usaha dalam Gerak kerana saya merasakan usaha reform penting atau peranan lebih baik dapat saya mainkan dalam sivil society, dalam Gerak.

Selepas pilihanraya yang tsunami baru-baru ini, ada usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bagi saya merupakan satu langkah signifikan untuk reform, tentang badan kehakiman, tentang rasuah. Jadi, selepas itu ada beberapa pegawai beliau dan pimpinan Umno minta pandangan saya dan saya nyatakan saya amat setuju dengan reform ini dan ini bagi saya fundamental dan signifikan dan saya yakin ini sebenarnya membuka ruang kepada proses reform dalam negara.

Selepas itu, mereka aturkan saya berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, saya rasa hampir sebulan yang lalu. Bagi saya, kalau nak dikatakan deal, itulah deal yang pertama yang masuk Umno. Saya nak katakan bezanya, deal yang dulu-dulu tu bukan masuk Umno, tetapi adalah deal untuk bebaskan Datuk Seri Anwar.

Dan saya mahu berbicara dan berbincang kerana saya yakin ada ruang untuk reform yang dibawa oleh Datuk Seri Abdullah dalam BPR dan badan kehakiman. Setelah berjumpa beliau selama dua jam, saya yakin bahawa beliau memang komited tentang usaha reform tersebut dan beliau mempelawa saya untuk bersama-sama dalam Umno.

Setelah saya mengambil masa seminggu untuk berbincang dengan keluarga dan kawan-kawan, akhirnya, saya membuat keputusan untuk masuk Umno. Itu keseluruhan prosesnya. Saya sebut nama-nama di atas tadi, - Datuk Kamarul dan Johari dan Rahman - kerana mereka masih dalam PKR. Mereka tidak ikut saya (masuk) dalam Umno. Jadi mereka seharusnya tampil dan menyatakan apakah perkara (pelbagai tuduhan terhadap Ezam) itu benar.

Jika mereka benar-benar ikhlas dan jujur, seharusnya mereka memberitahu memang segala tuduhan terhadap saya, tuduhan tawaran dan imbuhan, dan sebagainya, semuanya itu adalah fitnah. Saya ada bukti, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah sendiri (bahawa) proses saya deal dengan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Khairy, semuanya dalam pengetahuan Datuk Seri Anwar dan semuanya fokus untuk membebaskan beliau.

31 May 2008

Bila kilang babi lebih mulia dari Islam Hadhari

dipetik dari www.malaysia-hariini
KENYATAAN terbaru Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali dalam Sidang pertama Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) bahawa Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan sebarang bentuk program yang ada kaitan dengan Islam Hadhari mengundang pelbagai reaksi dari rakyat marhaen.

Reaksi terbanyak tentunya tentang kesan dari larangan tersebut. Larangan mengadakan sebarang program ‘berbau’ Islam Hadhari samalah kesannya dengan mengharamkan Islam Hadhari itu sendiri walaupun tidak secara langsung. Pemahamannya tetap sama walaupun pemberitahuannya dalam bentuk yang berbeza.

Kenyataan berbau politik dan diselubungi prasangka tersebut amat mengejutkan walaupun mungkin sudah boleh dijangka. Pandangan beliau yang mewakili pandangan Kerajaan negeri adalah sesuatu yang sungguh memalukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Bayangkan bagaimana keadaannya apabila Islam yang telah diterima oleh pihak British sebelum ini sebagai agama rasmi tetapi hanya sebahagian sahaja program berbentuk keislaman yang boleh dilaksanakan sekarang dalam sebuah negeri yang bernaung di bawah payung Persekutuan.

Bayangkan bagaimana pandangan rakyat marhaen yang bukan Islam tentang pertelingkahan umat Islam mengenai ‘Islam’ atau tidak sesuatu program berbentuk Islam. Bayangkan bagaimana semakin kelirunya rakyat marhaen bukan Islam tentang mana satu Islam yang betul dan yang tidak betul.

Apakah Islam Hadhari yang dipelopori oleh kepimpinan Pak Lah pernah difatwakan haram sebelum ini oleh Majlis fatwa sehingga ianya boleh diwartakan haram di Selangor?

Apakah Selangor ingin mendahului negeri-negeri lain yang sealiran pemikiran politik dengannya untuk mengharamkan Islam Hadhari? Bagaimana pandangan Mufti Negeri Selangor dan Jawatankuasa Fatwa negeri?

Adakah pernah Hassan Ali, seorang yang hanya tahu berceramah motivasi dan bukan dari kalangan berpendidikan agama mendahului pandangan Mufti mengharamkan Islam Hadhari tanpa dirujuk terlebih dahulu kepada pihak berkenaan? Pandangan dan kritikan rakyat marhaen terhadap keputusan tersebut mungkin sudah tidak berguna lagi.

Keputusan telah diambil dan diwartakan dalam sebuah persidangan Dewan Negeri. Namun, beberapa perkara lain yang mungkin lebih penting patut difikirkan oleh Hassan Ali daripada hanya memikirkan tentang pemikiran politik sempit yang sentiasa berada dalam ketakutan dirampas semula kerajaan negeri yang rapuh tersebut. Rakyat marhaen mencadangkan kepada Hassan Ali untuk mengharamkan kilang arak di Negeri Selangor secepat mungkin.

Mungkin pakar motivasi tersebut tidak sedar bahawa kesan arak membawa kemudaratan yang lebih besar dari Islam Hadhari yang disalahtafsirkan. Mungkin beliau tidak sedar bahawa masih banyak rakyat Negeri Selangor beragama Islam yang secara terbuka meminum arak. Arak dari kilang tempatan mungkin lebih murah dibeli dan lebih memudahkan rakyat mendapatnya.

Mungkin pakar motivasi tersebut tidak sedar bahawa masih banyak rumah-rumah urut yang menawarkan pelbagai pakej keseronokan beroperasi di negeri tersebut. Dan mungkin juga beliau tidak sedar ada ‘full package’ masih ditawarkan dalam operasi rumah-rumah urut tersebut yang mengundang gejala zina dan masalah sosial lain.

Mungkin juga ramai anak-anak gadis Selangor yang ‘menawarkan perkhidmatan’ dalam bidang tersebut. Adakah mungkin pakar motivasi tersebut tidak sedar bahawa Arak dan Zina itu adalah lebih berdosa besar dari menyampaikan ceramah Islam Hadhari yang tak pasti lagi haram halalnya.

Mungkin beliau memang keliru antara Islam Hadhari yang hanyalah satu pendekatan dengan pemahaman bahawa ianya satu penjelmaan agama baru. Rakyat marhaen hanya ingin bertanya pakar motivasi yang terkenal dengan pelbagai cara menyelesaikan masalah tersebut tentang bagaimana cara yang lebih baik menyelesaikan isu Islam Hadhari ini.

Menyelesaikan masalah mengikut ilmu pengurusan adalah dengan cara memahami punca masalah tersebut. Apakah punca sebenar timbul isu Islam Hadhari ini? Puncanya adalah kerana ianya disalahtafsirkan sebagai satu ajaran agama baru.

Oleh itu, apakah mengharamkan terus Islam Hadhari ini lebih afdal dari menerangkan kepada rakyat tentang kesalah fahaman bahawa ianya bukan satu agama baru? Mungkin pakar motivasi tersebut tidak begitu memahami ilmu pengurusan dalam perniagaan kerana kebanyakan projek motivasi yang didapatinya adalah kerana kemurahan hati kerajaan BN yang membantu mempopularkan beliau.

Kalau tidak, mungkin beliau hanyalah konsultan motivasi di peringkat sekolah yang memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM, kalau tidak pun PMR!! Persoalan besar yang perlu juga ditanya ialah apakah isu Islam Hadhari ini membawa perpecahan besar dalam negara sehingga ada yang menganut Islam dan ada yang ‘menganut Islam Hadhari’?

Belum pernah ada mereka yang dituduh ‘menganut agama Islam Hadhari’ menceraikan isteri kerana berlainan ‘agama’ sebagaimana yang dilakukan oleh ‘penganut PAS Islam’ kepada ‘orang UMNO taghut’ beberapa tahun dulu.

Malah belum pernah ada lagi mereka yang dituduh ‘penganut Islam Hadhari’ bersembahyang 2 imam kerana merasakan ‘Islam’ mereka lebih baik dari Islam orang lain. Bagi rakyat marhaen, Kerajaan Negeri Selangor perlu lebih fokus dalam pentadbirannya.

Selangor dari segi geografinya mencerminkan kestabilan negara secara sepintas lalu. Kalau perkara-perkara dasar tidak disokong oleh kerajaan negeri ini, bagaimana para pelabur boleh yakin bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang stabil untuk melabur?

Mungkin Kerajaan Negeri Selangor perlu lebih fokus pada keadaan semasa umat Islam di negeri tersebut dari menunjukkan keprihatinan terhadap kemegahan memiliki kilang babi terbesar dalam negara. Mungkin juga Kerajaan Negeri Selangor perlu lebih memahami bahawa menghalang program Islam Hadhari dari dilaksanakan dalam negeri tersebut memberi imej di peringkat dunia bahawa umat Islam di Malaysia telah berpecah.

Adakah mungkin masyarakat Islam semakin berpecah belah kesan dari pengharaman tersebut? - Nawawi Mahmood

30 May 2008

Reaksi Mufti Perlis Kepada Kenyataan Dato Hasan Ali

1. Berhubung Dengan Pengharaman segala aktiviti Islam Hadhari di Selangor:

Dr. Mohd Asri menyebut:
“Istilah Islam Hadhari telah mengelirukan banyak pihak, namun isi kandungannya baik. Malangnya, perlaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diwar-warkan.

Saya mencadangkan kepada pihak yang menolak secara ‘pakej’ supaya menilai dengan objektif, menerima aktiviti yang baik atau dasar-dasar yang baik yang termuat dalam Islam Hadhari dan boleh menolak jenama yang mengelirukan itu. Buang namanya, makan isinya seperti kueh tahi itik di Kelantan. Tak perlu panggil tahi itek, cuma makan sudahlah”.


2. PAS tidak akan mengharamkan arak dan judi di Selangor, tidak pernah berjanji pun untuk berbuat demikian. Bahkan beliau mencabar sesiapa yang dapat buktikan yang PAS pernah berjanji seperti itu.

Dr. Mohd Asri mengulas:
“Inna lillah wa inna ilaihi raji’un. Saya seakan bermimpi. Suara siapakah yang saya dengar sejak dahulu yang begitu garang menghentam dan mengkritik kewujudan arak dan judi dalam negara ini. Bahkan ada yang sampai menghukum akidah pemerintah kerana perkara yang seperti ini.

Aduhai politik dan kerusi terlalu cepat mengubah manusia. Tidak hairan jika ada tokoh yang menyebut: “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik”. Alangkah baik jika disebut; “kita sedang berusaha, atau masih dalam proses, atau mengambil pendekatan yang tersusun, atau sedang meneliti” atau seumpamanya.

Bayangkan jika perkara seperti ini disebut oleh orang lain dari parti berkenaan, “apakah agaknya hukuman yang akan mereka jatuhkan?”

28 May 2008

Islam hadhari: Pemuda Pas Gesa Perak ikut Selangor dan P.Pinang

Perak disaran mengikut jejak langkah kerajaan Selangor dan Pulau Pinang mengharamkan program dan promosi yang ada kaitan dengan konsep Islam hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Saranan tersebut dibuat oleh Pemuda PAS kawasan Ipoh Timur dan Pasir Salak hari ini. "Kami menyarankan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Perak supaya mengambil pendirian yang sama bagi mengembalikan ajaran Islam yang sebenar," kata dua kawasan itu dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dan Ketua Pemuda kawasan Pasir Salak, Zamarul Aini Abd Malik.

"Bagi kami Islam hadhari amat menyalahi prinsip sebenar Islam kerana ajaran Islam sekarang sudah sempurna seluruhnya.

"Kami amat yakin bahawa Islam yang telah kita amalkan dari dahulu dan hari ini, tidak berubah dan sudah cukup," kata mereka lagi. Berikutan itu, mereka menyarankan supaya semua masjid dan surau tidak dibenar mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada kaitan dengan Islam hadhari.

"Kami juga menegaskan supaya semua pihak menghormati keputusan yang akan dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak kelak untuk memastikan agama Islam didaulat di tempat yang terbaik," katanya.

Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria semalam dilaporkan berkata tindakan mengharamkan program berkonsepkan Islam Hadhari boleh menyebabkan umat Islam di Malaysia keliru dengan konsep tersebut yang diperkenalkan Abdullah pada 2005.

Beliau berkata pihak yang berkenaan perlu mengkaji keseluruhan konsep Islam Hadhari terlebih dahulu bagi mengelak timbulnya satu lagi perpecahan dalam kalangan rakyat.

"Saya rasa kita kena faham betul-betul dahulu tentang konsep Islam Hadhari itu sebelum mengambil tindakan. Apa yang saya faham setelah berbincang dengan Perdana Menteri dahulu, Islam Hadhari menepati tujuan Islam yang ingin mengangkat 65 perkara.

"Antara yang wajib adalah memperkasakan agama, akal, jiwa, keturunan dan harta. Namun, ulama telah menambah untuk memperkasakan akhlak juga.

"Islam Hadhari boleh diambil sebagai sifat kemajuan Islam. Saya rasa tak salah kita gunakan konsep tersebut untuk memajukan Islam," katanya seperti dilaporkan mStar Online.

Harussani enggan mengulas sama ada Perak akan mengikuti jejak kerajaan negeri Selangor dengan mengharamkan Islam Hadhari. BERNAMA

Idris Jusoh letak jawatan

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Josuh hari Rabu mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu berkuat kuasa esok.

Petang ini, Idris mengadakan pertemuan kira-kira 45 minit dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen - 28/5/2008