Khabar angin mengenai kemasukan Mantan Ketua Angkatan Muda PKR Ezam Mohd Noor kembali ke dalam UMNO kini menarik perhatian ramai. Sama ada spekulasi ini merupakan sesuatu realiti atau ianya fenomena “jual dulu, baru cari modal” (dalam pendekata Inggerisnya, short selling) sebagai taktik untuk mengembali keyakinan ahli-ahli UMNO kepada proses ‘kemasukan dan penerimaan’ Ezam kembali UMNO, merupakan sesuatu yang hanya masa menentukan.
Yang nyatanya, spekulasi kebalinya Ezam kepangkuan UMNO merupakan sesuatu yang “Lebih sudu dari kuah”. Sehinggakan MP BN untuk Pulai Dato’ NurJazlan Mohamed menyifatkan dalam Edge Daily “Episod Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘keluar bersyarat’ dari UMNO tidaklah sehebat ‘ancaman’ Ezam kembali kedalam UMNO dan mempunyai prospek sebagai Ketua Pemuda UMNO”.
Apabila disingkap kembali, siapa Ezam dan apa hebatnya gerangan ini? Mungkin ada di kalangan ahli Pemuda UMNO masih lagi ingat Mantan Pegawai Khas Mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda Petaling Jaya Selatan ini, yang suatu masa dulu ‘menyelengara’ sekian ramai pemimpin UMNO peringkat Cawangan dalam Bahagian lamanya dulu, dengan kadar bulanan untuk suatu yang tempoh yang cukup strategik.
Ataupun ada yang masih ingat ini merupakan personaliti yang dipenjarakan kerana gagal mempersembahkan kunun-kunun “enam kotak” penuh mengandungi pelbagai maklumat rahsia (bawah Akta Rahsia Rasmi) yang cukup kuat untuk memenjarakan beberapa Menteri Kabinet kerana kesalahan rasuah.
Persoalanya sekarang, kenapa “enam kotak” ini tidak pernah ditimbulkan lagi oleh sesiapa, termasuk mendesak Ezam mengotakan janji janjinya itu?
Apakah dikalangan pemimpin UMNO hari ini amat “Mudah lupa”? Atau sengaja ‘buat buat lupa’?
Rencana penganalisa politik The Star, Joceline Tan mengenai Ezam dan PKR
SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.
COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.
Created by DAPATKAN DI SINI
26 May 2008
PAS bawa usul Pulau Batu Puteh ke Parlimen
KUALA LUMPUR, 26 Mei:
PAS akan mengusulkan isu Pulau Batu Puteh yang terlepas kepada Singapura di Dewan Rakyat (Live Parlimen), kata Timbalan Presidennya, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dijangka akan membawa usul berkenaan esok.
Usul berkenaan dikemukakan di bawah perkara 18 (1) dan surat pemberitahuan akan disampaikan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Panglima Amin Mulia hari ini.
Menurut Ustaz Nasharudin yang dipetik Harakahdaily, PAS kesal dengan kelemahan hujah yang disampaikan oleh pasukan pembela Malaysia menyebabkan Pulau Batu Puteh terpaksa diserahkan kepada Singapura.
Sambil menyifatkan kelemahan itu suatu yang tidak boleh diterima, beliau berkata PAS menyedari keputusan itu telah pun dibuat namun parti itu kesal dengan kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku.
“Berbanding kumpulan pembelaan Singapura, bahan-bahan yang dibawa Malaysia tidak kuat untuk pertahankan tanah milik negara kita.
“Kita kesali tindakan itu tetapi perkara ini dah berlaku, dan kita minta penjelasan dibuat atas kelemahan itu kerana ia akan melibatkan nasib nelayan-nelayan Johor yang menangkap ikan di situ,” katanya.

Kesetiaan Kepada UMNO
Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
- Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu UMNO bahawa mengkritik atau mendesak Presiden UMNO berhenti bermakna tidak setia kepada UMNO.
- Tun Razak dan beberapa pemimpin UMNO yang lain telah tidak bersetuju dengan yang di Pertua UMNO Dato Onn Jaafar berkenaan dengan cadangannya untuk buka UMNO kepada semua kaum sehingga Dato Onn terpaksa undur.
- Apakah sikap dan perbuatan Tun Razak dan rakan-rakannya ketika itu bermakna mereka tidak sayang dan tidak setia kepada UMNO?
- Pada 1969-71 Tun Razak dan lain-lain pemimpin UMNO secara tidak langsung tidak bersetuju dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tunku telah undur diri.
- Apakah Tun Razak kerana menolak kepimpinan Tunku, iaitu tidak setia kepada Tunku sebagai Presiden UMNO maka dianya tidak setia kepada parti?
- Pada tahun-tahun 1986-7 [Tun] Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan DATO SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI bertindak untuk menjatuhkan saya sebagai Presiden UMNO. Mereka jelas tidak setia kepada saya.
- Apakah saya tuduh mereka tidak setia kepada parti? Apakah mereka dilarang berjumpa ahli-ahli UMNO? Apakah mereka ditegah berkempen untuk memburukkan nama saya, tidak undi saya? Apakah tentangan terhadap saya dianggap oleh saya dan oleh mereka sebagai tidak setia ada parti?
- Sepatutnya setelah Dato Seri Abdullah kalah dia tidak diterima masuk UMNO Baru kerana tidak setia kepada saya.
- Tetapi dia diterima masuk dan dibenar bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi dan kemudian Naib Presiden.
- Jika saya pegang kepada tafsiran sesiapa yang tidak setia kepada saya tidak setia kepada parti, apakah akan saya lantik sekali lagi Dato Seri Abdullah sebagai Menteri dan kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan seterusnya.
- Saya tak suruh ahli UMNO sokong apa yang saya lakukan.
- Tetapi fikirkanlah akan kewajaran dakwaan sesiapa yang tidak setia kepada Dato Seri Abdullah adalah tidak setia kepada parti UMNO.
- Apakah UMNO adalah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah UMNO?
- Jika Abdullah Ahmad Badawi dengan UMNO adalah sama dan satu, maka parti ini bukan lagi UMNO. Apa perlunya saya jadi ahli dalam parti Abdullah Ahmad Badawi?
- Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang menyebar dan mendokong konsep UMNO adalah Dato Seri Abdullah dan tanpa kesetiaan kepada Dato Seri Abdullah maka ahli tidak setia kepada UMNO.
Minda Pembaca: Ezam... Sepi semakin mencengkam
Oleh ilmuana.blogspot.com
Ahad, 25 Mei 2008
SEPERTI mana Anwar, Ezam juga adalah seorang tokoh yang saya kenal dari jauh, kedua-duanya mempunyai daya tarikan yang hampir sama sekalipun kelebihan harus diberikan kepada Anwar kerana pengalaman dan kerusi 'tok guru'nya kepada Ezam dalam kehidupan berpolitik.
Dalam usia 40-an,beliau dilihat lebih matang dan berani untuk berdiri di atas kaki sendiri tanpa Anwar, berbanding Azmin yang masih menumpang tuah dan karisma Anwar melalui PKR. Walau bagaimana pun faktor kecewa adalah jawapan yang paling dekat kepada persoalan mengapa beliau sanggup keluar meninggalkan PKR parti yang pernah beliau menjadi antara orang yang sama sama mengasaskannya dulu semasa Anwar masih di dalam penjara.
Kekecewaannya berasas kerana setelah berpenat lelah dengan segala macam pengorbanan, tiba-tiba ada rakan yang lebih dulu untuk menawarkan diri dalam merebut jawatan tertinggi, malah kekecewaannya bertambah apabila hasrat itu turut disokong oleh gurunya sendiri Anwar, sekaligus sokongan itu secara moralnya menghantar diri beliau dalam kelompok mereka yang kalah.
Saya juga pasti akan merasa kecewa andai berada pada kedudukan beliau pada waktu itu. GERAK hanyalah berperanan sebagai tempat untuk mengubat hati yang luka, mengisi kekosongan agar tidak terlalu dihambat oleh rasa yang kecewa.
Selepas pilihanraya 8 Mac, tsunami politik menyaksikan PKR dan pakatan pembangkang menang banyak kerusi termasuk menguasai lima negeri malah ada ura-ura mengatakan bakal mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan. Dalam tempoh kegembiraan rakan-rakan menyambut kemenangan besar itu di mana Ezam berada..? Sepi pasti makin mencengkam.. Sesuatu harus difikirkan segera agar tidak terlalu jauh ketinggalan di belakang, untuk tunduk kembali menumpang kasih dalam PKR pantang sekali, manakala PAS juga nanti lambat laun akan bersemuka juga dengan wajah-wajah yang melukakan melalui kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
Lalu jalan yang paling selamat ialah UMNO yang sebenarnya tidak ada lagi seteru yang besar sebagaimana dulu sewaktu keluar bersama Anwar kerana tidak bersetuju dengan Mahathir. Selepas Mahathir, tiada lagi seteru di dalam UMNO, Pak Lah sendiri bukanlah menjadi satu halangan yang besar dalam perjuangan politiknya andai dinilai kembali kepada asas keluarnya beliau dari UMNO dulu.
Keluarnya Mahathir dari UMNO adalah satu saat yang paling sesuai dan relevan untuk Ezam kembali berjuang melalui UMNO sebagaimana dulu. Tambahan lagi dengan dasar terbaru Pak Lah yang bercadang untuk memulihkan sistem kehakiman dan badan pencegah rasuah amatlah bersesuaian dengan apa yang ingin diperjuangkannya dalam GERAK selama ini.
Malah prinsip Ezam itu tidak pernah tersasar dengan prinsip dan pegangan politik Anwar sendiri yang selalu mengungkapkan bahawa beliau tidak pernah memusuhi UMNO dan akar umbinya, bahkan tidak setuju dengan sikap beberapa kerat pemimpin tinggi yang rasuah.
Kepada Ezam..selamat meneruskan perjuangan.

Annuar Musa: Teguran Dr M pandangan peribadi bukan mewakili parti
KOTA BAHARU: Umno Kelantan berpendapat teguran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah pandangan peribadi sebagai anggota parti dan bukan mewakili seluruh anggota Umno.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Annuar Musa berkata teguran bekas perdana menteri itu tidak menjadi ancaman kepada parti, sebaliknya memberi peluang semua pihak menilai buruk dan baiknya tindakan itu.
"Tun (Dr Mahathir) boleh bersuara untuk menegur manamana yang dianggap tidak betul bagi dirinya tetapi tidak boleh meminta orang lain berbuat demikian dan mengikut jejaknya keluar daripada parti," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Annuar, yang juga Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, berkata sewajarnya Dr Mahathir tidak memilih jalan mudah dengan cara keluar daripada Umno kerana ia boleh memberi impak kepada parti.
"Bila Umno lemah dia pilih jalan sendiri dengan keluar parti. Adakah itu tanggungjawab sebagai ahli Umno?" soalnya.
Annuar berharap semua anggota parti berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dan menyokong setiap usaha yang dilakukan bagi memulihkan parti.
"Saya ucapkan tahniah kepada Pak Lah sebab signal yang ditunjukkan oleh rakyat (pada pilihan raya umum lepas) menjadi kekuatan untuk beliau memperbaiki lagi Umno," katanya.
BERNAMA

Subscribe to:
Posts (Atom)