SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

09 January 2013

Ketua Ulama PAS Tetap Tidak Setuju Bukan Islam Guna Kalimah Allah

Cekati Tembaga memetik daripada Mstar

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tegas dengan pendiriannya sebelum ini bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk orang Islam dan penganut agama lain tidak berhak untuk menggunakannya.
 
Penegasan itu sekaligus bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang pada Selasa seperti diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak wajar disalahguna oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan.

Namun demikian menurut Harun pula, penggunakan kalimah Allah merupakan soal akidah umat Islam yang perlu dipertahankan dan penganut agama lain termasuk Kristian harus dilarang sama sekali daripada menggunakan kalimah itu dalam apa jua keadaan.

"Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah) sebab mereka tak percaya kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud Tuhan. Kalau mereka kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan sendirinya mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran.

"Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah, maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Selain itu menurut Harun, penggunaan kalimah Allah dalam Bible dikuatiri akan merosakkan akidah generasi akan datang.

"Sekarang mungkin tak timbul masalah, tapi masa depan macam mana? Kalau Kristian pun pakai kalimah Allah iaitu nama tuhan orang Islam... ia akan menimbulkan kecelaruan. Ini sangat bahaya," tegasnya.

Menerusi sidang media khas pakatan pembangkang pada Selasa, Abdul Hadi berkata Pakatan Rakyat mempertahankan keputusan dua tahun lalu untuk membenarkan kalimah itu digunakan penganut agama lain.

Katanya, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah itu dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal seperti dalam al-Quran.

Sementara itu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat ketetapan bahawa kalimah Allah yang khusus untuk umat Islam tidak boleh digunakan di negeri itu oleh mana-mana agama bukan Islam.

Polemik penggunaan kalimah Allah muncul semula apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah itu dalam Bible bahasa Melayu memandangkan ia dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.

Kelantan tuan rumah tilawah Al-Quran Kebangsaan 2013


Buat julung-julung kalinya Kelantan akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 yang berlangsung selama 5 hari bermula 2 sehingga 6 Mei depan.

Majlis yang akan diadakan di Kompleks Balai Islam, Lundang itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak, manakala upacara penutupan majlis tilawah berkenaan akan disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata, seramai 30 qari dan qariah dari seluruh negara akan mengambil bahagian pada majlis berkenaan - UTUSAN

*********************************************************************

Cekati Tembaga menulis...

Gembira sekali rasanya kerana akhirnya Musabaqah Al-Quran akan diadakan di Kelantan pada pertengahan tahun ini buat julung-julung kalinya. 

Boleh pula program di Kelantan guna istilah kebangsaan, selama ni kan Nik Aziz sangat phobia dengan nama kebangsaan ni... ops lupa pulak, bulan Mei nanti belum tentu lagi Nik Aziz yang menjadi Menteri Besar Kelantan.

Walau bagaimana pun keputusan mengadakan Pertandingan Tilawah Al-Quran atau Musabaqah di Kelantan adalah pilihan yang tepat kerana sewaktu waktu dahulu, Kelantan merupakan kilang yang menghasilkan Juara Qari dan Qariah bukan sekadar peringkat kebangsaan bahkan di persada antarabangsa.

Nama-nama seperti Haji Ahmad Pergau, Haji Mokhtar Ahmad, Haji Mohammad Yusoff, Haji Abdul Rahim Ahmad, Hajjah Faridah Mat Saman dan Hajjah Sapinah Mamat - merupakan nama-nama besar yang menjadi lagenda dalam pertandingan Musabaqah Al-Quran sehingga mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Qari dan Qariah Kelantan sentiasa memukau perhatian juri dan disegani peserta negeri lain setiap kali Musabaqah. Nama mereka kerap meniti di bibir penggemar Musabaqah, dengan penguasaan pelbagai jenis taranum. 

Haji Ahmad Pergau umpamanya, merupakan lagenda yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah Musabaqah Al-Quran ini. Beliau menyertai Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan kemudiannya peringkat antarabangsa pada 1961 dan menjadi johan Qari yang pertama. 

Kebolehan Haji Ahmad Pergau menguasai ilmu taranum dan lajnah Arab menyebabkan salah seorang hakim tilawah yang disegani, Sheikh Mahmud Khalil Husairi menyangka beliau seorang yang berbangsa Arab. Beliau kemudiannya mencadangkan kepada Haji Ahmad Pergau agar menjadi hakim tilawah kerana ternyata kebolehan beliau tidak mampu ditandingi oleh orang lain.

Hajjah Faridah Mat Saman

Begitu juga dengan peserta Qariah, Kelantan bertuah kerana memiliki Hajjah Faridah Mat Saman dan Hajjah Sapinah Mamat, yang saling berganti mewakili Kelantan dalam Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan.

Hajjah Faridah Mat Saman merupakan Qariah yang paling berjaya dalam sejarah Musabaqah, merangkul johan Qariah sebanyak 8 kali iaitu pada 1964, 1965, 1972, 1976, 1977, 1989, 1990 dan 1991.

Kehebatan Qari dan Qariah Kelantan memang tidak dapat disangkal dan sentiasa dihormati. Bermula dari awal musabaqah diadakan sehingga awal 90an, peserta Kelantan sering menyapu bersih kejuaraan.

Namun selepas 2 tahun Nik Aziz berkuasa, bermulalah episod malap kepada Kelantan apabila beliau mengharamkan penyertaan peserta wanita dengan alasan suara wanita adalah aurat, walaupun untuk membaca Al-Quran.

Sejak itu Kelantan hanya menghantar peserta lelaki. Tiada lagi peserta wanita. Dan yang lebih mendukacitakan adalah minat di kalangan wanita Kelantan untuk mempelajari seni taranum kian merosot.


Tetapi kini selepas lebih 20 tahun haram, Nik Aziz menyatakan Kelantan akan menghantar peserta perempuan mulai tahun ini. Maknanya hukum haram sudah jadi tidak haram.

Bukan mudah untuk mengembalikan kegemilangan yang sudah lebih 20 tahun malap. Sehingga kini pengganti Hajjah Faridah Mat Saman dan Hajjah Sapinah Mamat belum ada. 

Apakah dengan keputusan membenarkan Tilawah Al-Quran diadakan di Kelantan (yang tentunya akan melibatkan peserta perempuan) dan Kelantan sendiri akan menghantar peserta perempuan, hukum haram yang dikeluarkan Nik Aziz dulu sudah berubah? Bukankah hukum agama tu adalah tetap dan tidak berubah, kecualilah hukum haram pada masa itu kerana qariah-qariah Kelantan masa itu adalah UMNO?

Satu perkara lagi, apakah faktor yang telah mengubah hukum Nik Aziz yang bertahan lebih 20 tahun ini? 

Cekati Tembaga melihat kecenderungan Pas untuk memenangi hati pengundi wanita semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Tidak cukup dengan memberi laluan kepada beberapa orang kaum wanita dalam Pas sebagai calon pilihanraya, Pas berusaha menarik golongan artis wanita pula menyertai mereka.


Beberapa nama seperti Aisyah, Dayangku Intan dan Abby Abadi, kini menjadi ayam sabung Pas dan digunakan untuk berceramah menghentam UMNO dan kerajaan. Isu suara adalah aurat sudah tolak ke tepi, dengan harapan rakyat akan lupa kenyataan Nik Aziz itu.

Masakan Pas akan terus menyekat peserta tilawah perempuan sedangkan pada masa yang sama mengusung Abby Abadi untuk melalak berceramah (membebel) atas pentas ceramah mereka? 

Jadi untuk nampak lebih logik menghalalkan suara Abby, wajarlah ditarik balik larangan melarang Qariah Kelantan menyertai musabaqah.

Dasar yang Nik Aziz pertahankan sejak lebih 20 tahun nampaknya berubah dengan kehadiran Abby dalam Pas. 

Soalnya, apakah suara artis wanita itu berceramah politik atas pentas Pas lebih mulia daripada alunan taranum Hajjah Faridah Mat Saman mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran? 

Jawapannya ada pada kita semua tapi itulah Nik Aziz !!




08 January 2013

Kalimah Allah boleh diguna bukan Islam - Presiden PAS

Cekati Tembaga menulis...

Demi kuasa manusia sanggup berbuat apa saja. Bukan sekadar berhabis wang ringgit, tanah negeri, isteri sendiri, malah agama Islam pun sanggup dijadikan bahan dagangan. 

Episod tahun baru 2013 yang baru seminggu membuka tirai kini bergegar dengan perjanjian ala hudaibiyah era moden yang dimeterai antara PAS - DAP -PKR.

Kalimah ALLAH yang dipertahankan oleh umat Islam seluruh dunia, sepanjang zaman - kini dengan mudahnya dijadikan bahan dagangan dan tawar menawar antara PAS dan DAP dengan Anwar Ibrahim sebagai saksinya. 

Nampaknya kemelut isu kalimah Allah yang ditimbulkan kembali oleh tokoh DAP pujaan Nik Aziz, Lim Guan Eng kini menemui titik akhir apabila Hadi Awang sebagai Presiden Kelab Penyokong-penyokong Anwar (nama baru bagi PAS) mengumumkan BUKAN ISLAM BOLEH MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH dalam urusan agama mereka.

Tahniah Hadi Awang, Tahniah Nik Aziz - Tahniah PAS!!



Jadi jelaslah kepada kita pakatan pembangkang memang sepakat, sebulat suara, sehati sejiwa - PAS meredhai bukan Islam menggunakan kalimah suci umat Islam ini.

Hubungan dagang PAS - DAP kini mencapai kemuncaknya apabila kalimah Allah bukan lagi ekslusif kepada umat Islam - mengikut fahaman baru PAS - dan ianya amat malang bagi bagi Islam. 

Jadi selepas ini apabila nanti kalimah Allah terpampang besar di pintu pagar dan di muka pintu gereja-gereja dalam bandar Kota Bharu, orang Islam tak boleh nak kata apa lagi. Sebab ini kata sepakat antara Hadi Awang, Nik Aziz, Anwar Ibrahim (pastinya) dan Guan Eng (manusia yang pandai mengambil peluang atas kebodohan Hadi Awang dan Nik Aziz).

Apakah Hadi Awang dan Nik Aziz (dengan kita abaikan terus Mat Sabu dan Khalid Samad) tidak tahu fatwa yang dikeluarkan pada 27 Disember 2009 yang mengfatwakan kalimah Allah adalah HARAM digunakan oleh bukan Islam.


Apakah pandangan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng lebih betul daripada muzakarah majlis fatwa?

Tindakan PAS ini juga dengan sendirinya menolak titah Sultan Selangor yang dengan jelas dan konsisten, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor - tidak membenarkan kalimah Allah diguna pakai oleh bukan Islam di negeri itu.



Pengumuman Hadi Awang ini juga dengan sendirinya mencacai pandangan Ulama besar PAS sendiri, Prof. Dato' Dr. Haron Din yang konsisten menegaskan sesiapa yang menyokong bukan Islam menggunakan kalimah Allah hukumnya adalah KUFUR. (Boleh lihat di sini)




Jadi kalau dah titah Sultan PAS tolak,
Keputusan Majlis Fatwa PAS tolak,
Pandangan Ulama' besar PAS sendiri tolak, 

Apa nak nak harap pada PAS lagi.

Siapa patut bertaubat ? - Tun M

Cekati Tembaga tertarik dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang disiarkan dalam Agendadaily baru-baru ini. Ia berkisar kepada isu "syaitan yang dikenali, malaikat yang tidak dikenali". 

*******************************************************************************
drmbendera
Haron Din, pemimpin Pas menyuruh saya bertaubat kerana saya telah berkata dalam bahasa Inggeris “Better the devil you know than the angel you don't".
Mungkin kerana Haron Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama dengan syaitan. Makna sebenarnya pepatah ini ialah "lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali".
Kalau Haron Din fikir saya bermaksud lebih baik saya bersama syaitan yang saya kenal daripada malaikat yang saya tidak kenal dan ini salah di sisi agama, maka dia bolehlah suruh saya bertaubat. Tak apalah.
Tetapi pada 24 Januari 1999, Nik Aziz berkata dengan jelas dalam bahasa Melayu yang saya yakin Haron Din tentu faham ia berbunyi seperti berikut, "siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA atau MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong Pas saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima".
Amat jelas dengan ini Nik Aziz sanggup terima pertolongan syaitan pun untuk Kerajaan Islamnya. Demikian pendirian Nik Aziz kerana kononnya begitu kuat perjuangannya untuk mendirikan Kerajaan Islam? Apakah jenis Kerajaan Islam hasil daripada pertolongan syaitan, sama-samalah kita fikir.
Haron Din nampaknya terima Kerajaan Islam yang didirikan dengan pertolongan syaitan. Sebab itu Haron Din tidak menegur Nik Aziz, jauh sekali daripada menuntut supaya ia bertaubat.
Saya tidak akan bertaubat kerana salah faham Haron Din berkenaan dengan apa yang telah saya katakan. Sepatutnya Haron Din meminta maaf daripada saya kerana salah fahamnya tentang apa yang saya perkatakan dalam bahasa Inggeris. Dan saya akan maafkannya kerana manusia memang lemah dan tidak pernah bebas daripada membuat kesalahan.
Orang Islam di Malaysia sebenarnya bernasib baik kerana kita semua mengikuti mazhab yang sama, iaitu kita daripada mazhab Sunni yang berimam dengan Imam Shafie. Kita tidak sepatutnya berpecah seperti orang Islam di sesetengah negara Islam lain yang berpecah kepada Sunni dan Syiah dan sering bermusuh dan berbunuhan sesama mereka.
Malangnya persahabatan dan perpaduan orang Melayu Islam di Malaysia ini ditamatkan apabila Parti Pas ditubuhkan. Dalam keghairahan Pas untuk mendapat undi orang Melayu di Malaysia, mereka sengaja menyalah tafsir agama Islam dan membuat dakwaan bahawa mereka sahaja yang Islam sehingga orang Melayu berpecah dan bermusuh sesama mereka.
Tuduhan yang pertama ialah orang UMNO kafir kerana mereka bekerjasama dengan orang kafir. Saya tidak percaya ada orang Melayu yang terima dakwaan ini. Ia tidak dibuat dengan cara yang mengikuti kehendak agama Islam. Tetapi rupa-rupanya tuduhan ini begitu berkesan sehingga berlaku sembahyang dua imam kerana kononnya imam orang yang tidak sokong Pas, kafir; perkahwinan semula orang Melayu yang berkahwin sebelum Pas ditubuh; tanah perkuburan berasingan bagi orang Pas kerana ibu bapa mereka sendiri yang dikebumikan di kubur lama dan orang UMNO tidak Islam, penolakan sembahyang jenazah orang UMNO dan penceraian serta perpecahan dalam keluarga kerana fahaman politik yang berbeza.
Kemudian Haji Hadi menokok tambah kepada perpecahan orang Melayu Islam dengan amanatnya. Haji Hadi mendakwa bahawa Pas menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO tetapi kerana kononnya mengekalkan perlembagaan penjajah, kerana kononnya UMNO mengatakan politik suku agama suku.
Sesungguhnya perlembagaan itulah yang memberi kebebasan bersuara, berparti dan berpolitik kepada Pas. Di kebanyakan negara yang diakui negara Islam tidak ada kebebasan seperti ini. Sepatutnya Pas menolak semua kebebasan ini. Tetapi sebaliknya Pas menggunakannya untuk memfitnah dan mengkafirkan orang UMNO. Islam menyuruh orang Islam setia kepada Allah, Rasul dan ulil amri, iaitu pemerintah. Pas sebenarnya tidak setia kepada ulil amri.
UMNO tidak pernah berkata politik suku agama suku. UMNO berpegang kepada ajaran bahawa Islam adalah Ad-deen, cara hidup. Cara hidup memang termasuk politik. Sebab itu UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air. Habbul watan minnal iman.
Sebaliknya Pas sekarang menerima pemimpin orang kafir yang secara terbuka menolak negara Islam Pas serta pemimpin Pakatan yang percaya kepada kebebasan tanpa had serta pluralisme dalam agama dan kebebasan keluar dari agama Islam.
Tetapi UMNO tidak akan tuduh orang Pas sudah menjadi kafir. Selagi tidak ada dakwaan oleh tokoh-tokoh Islam yang tidak berkepentingan, UMNO akan terima orang Pas sebagai orang Islam. Kita dalam UMNO masih ingin bersaudara dengan orang Pas seperti ditegaskan oleh agama Islam bahawa orang Islam itu adalah bersaudara. Perbezaan politik antara Pas dengan UMNO tidak bermakna pengasingan politik dari agama, atau agama suku politik suku. Perbezaan politik di kalangan orang Islam berlaku di mana-mana sahaja. Namun mereka semua masih Islam.
Tanpa bertaubat kerana pelbagai kesalahannya di sisi Islam, Nik Aziz telah memurtadkan tiga juta orang UMNO. Dakwaan ini dibuat olehnya tanpa usul periksa. Tidak ada kajian yang dibuat, sama ada secara ilmiah atau tidak. Ketidakadilan Nik Aziz jauh berbeza daripada ajaran Islam yang menegaskan bahawa apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Hakim tidak boleh terdiri daripada orang yang terlibat dan berkepentingan. Memurtadkan orang UMNO adalah satu ketidakadilan di sisi agama Islam.
Tetapi, Alhamdulillah, sudah ramai pemimpin dan ahli Pas yang sedar tentang kesalahan Pas dan pemimpinnya dari segi Islam. Mereka telah tidak lagi taksub dengan nama Islam yang diberi kepada parti Pas. Mereka sedar Pas bukan berjuang untuk Islam. Pas hanya ingin memperalatkan Islam untuk kepentingan politik duniawi pemimpin-pemimpinnya.
Mereka yang keluar dari Pas ini berpeluang untuk benar-benar berjuang untuk agama Islam, berjuang untuk mengembangkan ajaran Islam yang sebenar, terutamanya untuk persaudaraan dalam Islam, tentang berpegang kepada tali Allah dan jangan bercerai-berai.
Saya tidak akan suruh Haron Din bertaubat. Tetapi Haron Din harus tanya hati kecilnya sama ada dia didorong oleh agama atau politik duniawi apabila menyuruh saya bertaubat dan tidak Nik Aziz.

01 January 2013

2013 - Tahun Talkinkan PAS

Cekati Tembaga menulis..

Tirai 2013 dibuka dengan iringan hujan renyai-renyai sejak tengah malam tadi. Bumi  The Red Warrior masih lagi berjaga-jaga dengan hambatan gelombang kedua banjir. 

Arus Sungai Kelantan tampak kian deras mengalir dari hulu ke muara, sederas degup jantung orang politik yang masih tertanya-tanya bilakah tarikh sebenar Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). 

Lebih mendebarkan bagi yang menaruh harapan untuk calon dalam pilihanraya nanti, apakah tahun 2013 menjanjikan sinar gemilang? 

Kalau di pihak BN, nama-nama bakal calon telah melepasi beberapa tapisan seperti SPRM, jenayah, salah laku moral dan sebagainya, sebagaimana yang telah diumumkan oleh YBM Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO. Maknanya daripada aspek perundangan, semua calon BN telah lulus dan layak menjadi calon. 

Cuma halangan yang tinggal adalah untuk satu kerusi sama ada Parlimen atau DUN, hanya seorang saja calon akan dikemukakan biarpun yang layak adalah ramai. Orang yang akan tersenarai namanya nanti adalah yang telah ditakdirkan Allah untuk memikul beban sebagai calon. 

PRU13 nanti amat bermakna termasuk di Kelantan. Kita mengharapkan agar angka 13 untuk PRU ke 13 pada tahun 2013, akan menyebelahi UMNO di Kelantan. 

Dengan pelbagai kemungkaran dan isu yang membelenggui PAS seluruh negara, bersama kita menjadikan tahun 2013 sebagai tahun untuk mentalkinkan PAS di Kelantan. 

ISLAM di Kelantan akan lebih dihormati ;
MELAYU di Kelantan akan lebih disegani ;
dengan syarat UMNO yang menjadi KERAJAAN