SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

24 October 2011

Aziz Bari : Apabila Timbalan Menteri berfikiran mahasiswa semester Pertama

Cekati Tembaga menulis...

Pasti ramai yang merasa sangat tidak kena apabila membaca artikel di Malaysiakini tentang "nasihat" Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Saifuddin Abdullah yang menasihatkan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan ke atas Prof Dr. Abdul Aziz Bari.

Kalau ada yang belum membaca kenyataan Saipuddin Abdullah itu boleh tinjau di Malaysiakini. 

Namun amat menyedihkan apabila seorang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi seperti beliau dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Universiti, tanpa rasa segan silu memberi kenyataan terbuka tentang tindakan UIA menggantung sementara tugas Aziz Bari, konon atas alasan memberi pandangan berupa nasihat.

Bukankah Saipuddin perlu sedar Universiti mempunyai kuasa autonomi yang perlu dihormati oleh semua, termasuk dirinya. Status Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bukan lesen untuk beliau memberi arahan kepada Universiti untuk menarik balik penggantungan tugas berkenaan.

Saipuddin juga kena tahu, UIA bukan suka-suka mahu menggantung tugas Aziz Bari. Kalau kesnya kecil pasti UIA tidak akan mengambil tindakan demikian, tetapi kesnya menjadi tumpuan seluruh negara apabila si Aziz Bari dikatakan mempertikaikan Titah Sultan Selangor.
Aziz bari digantung tugas untuk membolehkan siasatan rapi dibuat sama ada benar atau tidak kenyataan berkenaan dikeuarkan beliau. Biarpun digantung tugas, gaji beliau berjalan seperti biasa sebagaimana dinyatakan oleh Rektor UIAM Profesor Datuk Zaleha Kamaruddin. Zaleha berkata kenyataan Abdul Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.
Sebagai Timbalan Menteri yang bertanggungjawab langsung dengan Universiti, tindakan Saipuddin ternyata bukan sekadar tidak kena pada tempatnya malah jauh daripada peranan yang sepatutnya dimainkan beliau.

Kalau beliau mahu mencari publisiti dan menarik perhatian masyarakat, carilah kes lain.. bukan kes ini.

Bukan kelas seorang Timbalan Menteri berbuat demikian, sebaliknya bertindak tidak ubah seperti Mahasiswa Semester Pertama, yang masih demam akibat kejutan budaya di kampus.

23 October 2011

Kegagalan Himpunan Sejuta Umat Akibat Sabotaj orang Islam sendiri ???

Cekati Tembaga menulis...

Adalah amat menyedihkan apabila perhimpunan yang dirancang khusus untuk umat Islam tanpa mengira latar belakang parti, tanpa mengira bangsa dan warna kulit..hanya bersandar pada satu akidah Tauhid yang sama, cuba digagalkan oleh orang Islam sendiri.

Tujuan murni Himpunan Sejuta Umat yang bertemakan SELAMATKAN AKIDAH UMAT ini adalah untuk menyedarkan rakyat tentang peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Ia juga bertujuan untuk menyedarkan rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal parti politik. Melalui perhimpunan ini juga diharapkan akan mampu menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

Himpunan Sejuta Umat juga bertujuan untuk menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

Itu antara objektif Himpunan Sejuta Umat ini sebagaimana yang dimuatkan dalam websitenya.
Jika dilihat dari segi objektif-objektif berkenaan, di manakah salah dan merbahaya perhimpunan ini yang dilakukan dalam stadium, sehingga PAS dan PKR keras menyatakan pendirian tidak akan turut serta menyertainya atas alasan perhimpunan ini diperalatkan dan boleh menimbulkan ketegangan agama sebagaimana dinyatakan sendiri oleh Anwar anak lelaki Pak Ibrahim.

Inilah contoh jelas betapa pemimpin yang beragama Islam sendiri yang bukan sekadar enggan hadir malah tidak membenarkan para penyokong parti mereka turut hadir mempertahankan akidah Islam, bahkan cuba kaitkan perhimpunan ini dengan ketengangan antara agama.

Kita tidak hairan kenapa Anwar Ibrahim takut sangat dengan Himpunan Sejuta Umat ini, namun kesal dengan sikap PAS yang terpaksa akur dengan arahan manusia itu untuk tidak membenarkan para penyokong bersama memperjuangkan akidah mereka.

Yang peliknya kalau pasal perhimpunan anjuran Si Ambiga baru-baru ini, mereka inilah yang bersungguh-sungguh mencari nas dalam Al-Quran untuk meyakinkan pengikut dan menyeru mereka beramai-ramai menyertainya!!
Sebaliknya Himpunan untuk memperjuangkan untung nasib Umat Islam diperlekeh dan dipulaukan, menunjukkan mereka menganggap Perhimpunan Bersih yang Kotor itu lebih Islamik daripada Himpunan Menyelamatkan Akidah Umat Islam...

Nampaknya Himpunan Sejuta Umat ini gagal mencapai matlamatnya kerana disabotaj oleh orang Islam sendiri... Jawablah dalam kubur masing-masing nanti...

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang hadir.

Tahniah juga kepada YB Dr Hassan Ali kerana turut hadir dengan membelakangkan arahan parti demi bersama memperjuangkan akidah umat Islam.

17 October 2011

Perbicaraan Kes Liwat Anwar : Siapa 4 saksi yang akan dikemukakan oleh pihak Pendakwaan?

Cekati Tembaga menulis...

Perbicaraan Liwat melibatkan pelakon politik tersohor, Anwar Ibrahim kian menuju ke penghujung. Setelah berhempas pulas pihak pembelaan mencari idea untuk membuat pembelaan terhadap kes ini, jelas sekali mereka kian mati akal kerana fakta kes yang dibawa oleh pihak pendakwaan yang begitu kemas dan penuh teliti.

Pihak pendakwaan telah membuktikan kewujudan cecair hikmat yang sepadan dengan DNA Anwar dalam dubur Saiful.
Justeru, jalan terakhir yang ada adalah dengan membuktikan bahawa Anwar tidak mampu melakukan melakukan hubungan seks apatah lagi Liwat (perkataan yang menjadi igauan ngeri kepada Anwar), meskipun ianya boleh menyebabkan orang memandang Anwar sebagai lelaki mati pucuk!

Orang yang difikirkan boleh membantu adalah pastinya Dr Thomas Hoogland, talian hayat terakhir Anwar. Pakar tulang ini (kalau benar begitu?) memberikan keterangan yang menjurus kepada isu Anwar tidak mampu melakukan aksi seks seperti yang didakwa! Padahal boleh dikatakan semua pengguna internet yang waras akan lebih percaya pada visual yang baru-baru ini tersebar meluas (dengar khabar akan tersebar yang baru pulak) berbanding keterangan yang dibuat oleh doktor ini.

Setelah pihak pembelaan menyatakan mereka sudah tutup kes pembelaan, pihak pendakwaan yang diketuai Peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pastinya mahu buktikan kepada mahkamah keterangan doktor itu bahawa Anwar tidak mampu melakukan hubungan seks adalah tidak betul.

Oleh itu pendakwaan memohon membawa empat saksi untuk menyangkal dakwaan Dr Thomas Hoogland itu.

Siapakah yang akan ditampilkan sebagai saksi berkenaan, pasitnya mereka adalah orang yang tahun dengan pasti betul atau tidak Anwar tidak mampu mengadakan hubungan seks... Siapa mereka ? Jeng... Jeng... Jeng....

Siapa yang paling tahu pastinya Wan Azizah. Sebab sebagai isteri Anwar mestilah dia tahu Anwar boleh berbuat demikian atau tidak. Jadi wajarlah Wan Azizah dipanggil sebagai saksi nombor 1. So Kak Wan kena sediakan skrip jawapan yang boleh meyakinkan Mahkamah...

Selain Wan Azizah, kita merasakan wajar beberapa orang kenalan rapat Anwar (bekas kenalan rapat)dipanggil, antaranya ;  
  1. Azmin Ali kerana .........................
  2. Umi Hafilda Ali kerana pernah mendakwa Anwar menjalin hubungan sulit dengan kakak iparnya
  3. Dato' Nallakarupan kerana didakwa membekalkan ....................................
  4. Dato' Eskay kerana mengakui sendiri berada bersama dalam video klip lelaki berwajah seperti Anwar
  5. Pelacur China dalam video klip bersama lelaki berwajah seperti Anwar
  6. Atau yang lain-lain yang difikirkan wajar
Sama-samalah kita saksikan keterangan saksi-saksi yang ditampilkan pihak pendakwaraya pada Selasa ini. Apakah akan timbul banyak lagi perkara-perkara yang terselindung atau benda baru yang selama ini menjadi rahsia umum?

Kita harap pada Selasa ini tidak berlaku permohonan perbicaraan secara tertutup... sudah sudahlah tertutup, rakyat mahu mendengar kebenaran...

08 August 2011

Isu Gereja : Jawapan Dato' Dr Hassan Ali



Ramai yang masih keliru dengan isu serbuan JAIS ke sebuah gereja beberapa hari lalu. Isu ini ternyata menyukarkan pakatan pembangkang sehingga MB Selangor terpaksa mengambil langkah diktator dengan mengarahkan semua Exco (sebenarnya mengarahkan Dato' Dr Hassan Ali) agar menutup mulut.

Berdasarkan petikan di atas, ternyata serbuan JAIS amat berasas. Soalnya sampai bila PAS masih mahu bertegas memelihara hubungan dengan DAP, lebih penting daripada menjaga akidah umat Islam?


Cekati Tembaga bawakan jawapan Hassan Ali kepada masalah ini....

KENYATAAN AKHBAR DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima. Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.

Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Pegawai penguatkuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan dikalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguatkuasa JAIS.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan.

PEJABAT EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU,
INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM,
TINGKAT 2, BANGUNAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 

20 July 2011

Ramadhan - Bekas Menteri Besar Kedah jelaskan mengapa BN tutup pusat hiburan..

Berikut dilampirkan ulasan dan kekesalan Tan Sri Sanusi Junid terhadap sikap PAS yang semakin tunduk pada "Abang Long"

..apabila Abang Long semakin berkuasa, bagi PAS Agama boleh dikompromi, Ramadhan tak mengapa dicemari,

..bagaimana jika pembangkang takluk Putrajaya.. yang pasti Malaysia akan menjadi pusara tempat berkuburnya Daulah Islamiah..


DARI MATLAMAT MEWUJUDKAN NEGARA ISLAM KE NEGARA KEBAJIKAN
MENUTUP 13 JENIS PUSAT HIBURAN DI BULAN RAMADHAN

1. Pada ingatan saya peraturan dan undang-undang pusat hiburan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan telah lama wujud di Kedah dan dirapikan lagi sejak tahun 1997 di waktu saya menjadi Menteri Besar Kedah.

2. Pindaan yang dibuat pada tahun 1997 ini memberi kuasa kepada pihak majlis-majlis tempatan untuk menutup pusat-pusat hiburan berkenaan dari pukul 6 petang pada hari Khamis malam Jumaat sehinggalah pukul 2.30 tengahari pada hari Jumaat, dan juga pada sepanjang bulan puasa.

3. Dengan pindaan Enakmen inilah maka pada setiap malam Jumaat semua pusat hiburan di Kedah telah ditutup kecuali di Langkawi kerana banyak pelancong. Setakat yang saya tahu tidak ada lesen pusat hiburan yang dikeluarkan kepada Umat Islam.

4. Umat Islam pula tidak dibolehkan oleh ugama Islam untuk melawat pusat-pusat hiburan tertentu bukan sahaja di bulan puasa dan malam Jumaat tetapi untuk sepanjang masa.

5. Pada waktu Enakmen ini dipinda pada tahun 1997 semua pihak setuju termasuk pemimpin dan ADUN PAS yang pada waktu itu parti mereka masih bercita-cita hendak mewujudkan negara Islam.

6. Pihak ADUN bukan Islam juga tidak menentang pindaan Enakmen ini malah ada pihak kumpulan wanita bukan Islam yang menyatakan sokongan atas penutupan pusat-pusat hiburan pada malam Jumaat kerana mereka lebih suka suami mereka berada di rumah bersama keluarga.

7. Saya dapat memahami sebabnya pemimpin MCA pusat tidak menyetujui pelaksaan Enakmen ini di bulan puasa kerana ianya tidak dilakukan di negeri lain.

8. Saya juga dapat memahami sebabnya PAS Kedah ingin melaksanakan Enakmen yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional Kedah untuk mewujudkan pindaan yang memberi kuasa menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan.

9. Apa yang saya tidak faham ialah sebabnya PAS terpaksa tunduk kepada desakan DAP yang baru saja berjaya merobah matlamat PAS dari mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan.

10. Saya menjadi lebih kesal apabila Enakmen ini hendak dipinda kononnya disesuaikan dengan selera bukan Islam.

11. Jika di dalam sesebuah negara kebajikan, dan bukan Islam sekalipun, menutup pusat-pusat hiburan atau maksiat, tidaklah bertentangan, malah lebih baik untuk kebajikan.

12. PAS sepatutnya tidak takut untuk memberi kursus kepada DAP betapa PAS disokong oleh rakyat kerana PAS bercita-cita mewujudkan negara Islam.

13. Kemenangan PAS dan PKR di Kedah dalam Pilihanraya Umum ke 12 juga disebabkan ramai pengundi Melayu, termasuk ahli-ahli UMNO, yang bosan dengan kemimpinan kerajaan pusat yang rasuah, menyeleweng dan tidak cekap selain kepimpinan kerajaan negeri yang kelihatan boros.

14. Tindakan kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS masa kini untuk menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan pasti boleh membantu mereka dalam pilihanraya akan datang. walau pun UMNO pasti meletak calon yang baik dan bersih dalam PRU ke 13.

15. Menteri Besar Kedah sepatutnya tidak berunding terus dengan wakil peniaga-peniaga China sebelum pemimpin berketurunan China dalam Pakatan Rakyat, yang memahami politik PAS di Kedah berjumpa dahulu dengan mereka untuk memahamkan tujuan kerajaan itu.

16. Orang ramai di Kedah tidak akan menghormati seseorang pemimpin yang membuat keputusan sebelum meneliti dahulu implikasinya dan selepas itu merobah keputusan semata-mata kerana gagal meyakinkan pihak peniaga atas sebab musabbab keputusan itu dibuat.

17. Jika masyarakat China di Kedah masih menyokong Pakatan Rakyat maka mereka tidak akan menyusahkan Menteri Besar untuk merobah keputusan. Jika masyarakat China di Kedah sudah tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat di Kedah kerana Pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat pusat dikatakan bergelumang dengan maksiat, maka merobah keputusan menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan yang mulia itu, tidak akan membuat mereka menyokong lagi Pakatan Rakyat.

18. Mungkin juga tidak ada pemimpin China dalam Pakatan Rakyat di Kedah yang boleh diharapkan oleh Menteri Besar Kedah untuk memberi petunjuk, sepanjang masa, mengenai kebajikan dan kepentingan perniagaan orang-orang China.

19. Mungkin juga peluang-peluang perniagaan di Kedah sangat terbatas sehingga hidup mereka terpaksa bergantung kepada perniagaan maksiat.

20. Saya percaya bahawa faktor utama yang menyebabkan perubahan pendirian kerajaan PAS di Kedah ialah kerana desakan dari PAS pusat.

21. PAS pusat pula tidak dapat mengelak daripada kenyataan bahawa keputusan mereka itu adalah disebabkan oleh desakan, atau ultimatum, daripada Karpal Singh.

22. Adakah PAS pusat akan membatalkan keputusan kerajaan negeri yang begitu baik dan Islamik jika Karpal tidak menggertak? Sudah tentu tidak. Mereka pasti sedar dengan dosa kerananya.

23. Pemimpin dan ahli PAS hendaklah mengenal siapa dia Karpal Singh ini. Beliau bukanlah satu-satunya tokoh politik dari keturunan Punjabi di duniaa. Perdana Menteri India juga 'Singh' bernama Dr. Manmohan Singh anak kepada Shri Gurmukh Singh dan Shrimati Amrit Kaur.

24. Dr. Manmohan Singh telah melawat Malaysia baru-baru ini dan begitu gembira dengan keadaan orang-orang keturunan India di sini. Sebagai seorang Singh beliau memakai serban, dan beliau tidak perlu membuang serbannya, tetapi berjaya menjadi Perdana Menteri India, walau pun ethnik Punjabi adalah golongan minoriti di India.

24. Banyak pemimpin PAS seperti Murshidul 'Am dan Presiden PAS yang memakai seban walau pun lilitannya berbeza; kalau yang mengikut Arab tidak menutup telinga dan kalau yang dari kalangan Punjabi menutup telinga dengan meninggal sedikit ruang di bawah untuk menjelaskan pendengaran.

25. Pemimpin PAS patut suruh Karpal Singh memakai serban dan bukan Karpal Singh yang mengganggu serban tokoh-tokoh PAS walau pun sudah berjaya menghapuskan matlamat usaha mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan.

26. Pemimpin-pemimpin Melayu Islam tidak perlu takut mempertahan prinsip perjuangan kerana menghambat kemenangan. Kejayaan atau kegagalan sesuatu matlamat ditentukan oleh Allah s.w.t. sementara cara menuju matlamat itu tidak boleh diheret melalui taktik dan cara yang mungkar.

27. Tidak hairanlah saya apabila seorang pelajar UIA yang dikatakan fanatik ugama menyatakan PAS patut ubah nama kepada PKS yang bererti Parti Kebajikan Sementara sebagaimana dulunya ia boleh di panjangankan daripada PAS ( pa - alif - sin ) yang berti Parti Islam Sementara.

28. Karpallah, yang menjadi pembela Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam mahkamah, yang menentukan masa depan Pakatan Rakyat.

29. Semua ini disebabkan ketagih kepada kuasa yang belum dapat dan takut hilang kuasa yang sudah ada.

30. Rasa takut begini sudah menular dalam hati sanubari pemimpin-pemimpin Melayu Islam, dan akan kekal begitu, selagi UMNO dan PAS terus berpecah seperti sekarang.

31. Bangsa Melayu sangat memerlukan pemimpin yang ikhlas dan tegas dan tidak dikungkung oleh cita-cita semata-mata

32. Perkara begini tidak akan berlaku dalam PAS di zaman Allahyarham Dato' Fadzil Noor. Al Fatihah.

Posted by Sanusi Junid at 4:18 PM