SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

13 July 2011

Anugerah Raja Penipu Sepanjang Zaman - hasil terbaik daripada Himpunan BerSHIT..

Cekati Tembaga menulis...

Usah lagi bercerita pasal memorandum kepada YDP Agong, kerana ianya memang tidak pernah wujud tapi BerSHIT 2.0 di ibu kota hujung minggu lalu telah berjaya menonjolkan bakat baru sebagai penipu bangsa, untuk menyaingi ketokohan dan kehebatan daya penipuan Raja Penipu Terhebat Abad ini.

Rupanya himpunan haram ini umpama gelanggang raja lawak jalanan, dalam mencari bakat baru untuk menyediakan pakar-pakar penipu yang berprofil tinggi sebagai usaha mewarisi bakat dan ketokohan Raja Penipu.

Akhirnya pencarian ini berakhir dengan kejayaan apabila seekor bakat baru dapat dicungkil dengan tahap penipuan bertaraf gaban.. menipu mati.

Ini lebih hebat daripada lakonan the big boss yang sekadar mempersembahkan adegan ditembak gas pemedih mata sehingga lembik macam pisang rebus, atau penipuan oleh Raja Khalwat yang menipu dilanggar trak polis sehingga terpaksa berkerusi roda.

Awas anda berdua, kerana bakat baru dalam bab penipuan ini akan mencakar kedudukan anda sedikit masa nanti..biarpun kamu terror tipu menipu tapi bakat penipu baru ini akan melakukan apa saja untuk meraih gelaran Raja Penipu Sepanjang Zaman..


Ini bakat baru bakal mencabar kedudukan Anwar sebagai Raja Penipu Sepanjang Zaman


Mat Sabu pun cari masuk dalam senarai penipu jugak


Anwar setakat nazak, bakat baru tu siap 'mati'

12 July 2011

Anwar & Ambiga - dah serah ke memorandum pada Agong ?

Cekati Tembaga menulis

Hari Sabtu dah pun berlalu. Berhimpun sudah, berarak pun sudah.. katanya tujuan nak serah memorandum pada Yang DiPertuan Agong, walaupun janji pada Baginda akan batalkan demontrasi kalau Agong tak benarkan.

Bila kerajaan bagi kelonggaran nak melalak, offer guna stadium dia pusing pulak kata Dato' Najib setuju nak beri stadium Merdeka. Ni tak lain nak cari alasan nak menyalak di jalanraya jugak.

Memang kaki auta kepala-kepala jalanan ni. Dah memang niat dari awal lagi nak menyusahkan orang ramai. Tinggalkan anak bini kat rumah, datang KL berhari-hari, hanya nak menyalak di jalan raya.

Keling kepala demo di kata nak serah memorandum.. dah serah ke belum? Belum sempat print lagi, atau memang tak ada memorandum pun?

Ramai orang tanya kenapa time dapat perkenan hari tu menghadap YDP Agong, tak ada pulak dibawa memorandum tu.. Cekati Tembaga jawab nak bawak macam mana dah memang tak ada memorandum pun.

Alasan semata-mata aje tu, nak menyalak di jalanraya.




06 July 2011

Masih beragenda.. dari jalanan ke pusat tamadun bangsa..

Cekati Tembaga menulis...

Setelah dengan berat hati Si Ambiga untuk mematuhi Titah YDP Agong agar membatalkan perhimpunan haram, kepala demontrasi ini mengubah nada dengan menerima tawaran awal Perdana Menteri untuk berhimpun di stadium.

Keputusan ini pastinya tidak menggembirakan sebahagian besar pengikut pakatan pembangkang, kerana mereka beranggapan demo di stadium umpama berdemontrasi dalam tandas.

Tetapi setelah Ambiga mengadap YDP Agong dan terpaksa membuat keputusan untuk bersetuju membatalkan demontasi jalanan, pilihan untuk berdemo di stadium, pastinya mengundang rasa tidak selesa puak-puak pembangkang.

Apa kelas demo dalam stadium.. macam beruk dalam zoo. Salak la berapa lama pun, siapa yang nak dengar.

Untuk cover malu, mereka terpaksa mencipta isu baru yang boleh menagih simpati rakyat. Dan atas sebab itu, puak-puak jalanan (JALANG kata orang Terengganu) ini memilih Stadium Merdeka sebagai lokasinya.

Soalnya mengapa Stadium Merdeka yang kapasitinya hanya kira-kira 40,000 dipilih? Bolehkah stadium bersejarah itu memuatkan himpunan seramai 400,000 orang sebagaimana target himpunan jalanan itu?

Kenapa tidak berdemo di Stadium Shah Alam yang boleh memuatkan hampir 100,000 orang? Apakah kerana takut tidak dapat sambutan ramai kerana mood penyokong pembangkang sudah down teruk.

Oleh itu, untuk menghangatkan isu kembali dan menaikkan semangat skuad JALANG, mereka memilih untuk berdemo dan "mencemarkan" kemegahan Stadium Merdeka sebagai tapak bersejarah ketamadunan negara. Mereka tahu pastinya cadangan memilih stadium Merdeka tidak akan dibenarkan oleh kerajaan.

Ianya akan dijadikan alasan untuk tetap meneruskan himpunan di jalanraya kerana kononnya kerajaan mungkir janji dan tidak membenarkan stadium digunakan.

Kita sebagai rakyat biasa, yang cintakan keamanan dan kedamaian pasti sama sekali tidak bersetuju stadium Merdeka, tempat bersejarah di mana laungan kemerdekaan negara bergema, mahu dijadikan medan melalak "beruk-beruk dalam zoo" dan pusat berkumpul manusia-manusia kotor.

04 July 2011

1,000 rakyat Pasir Mas berarak membantah demontrasi haram..

Cekati Tembaga menulis...

Kira-kira 1,000 rakyat Pasir Mas yang cintakan kedamaian berhimpun secara aman petang semalam (Ahad) bagi menyuarakan bantahan terhadap sekumpulan manusia yang menggelarkan diri sebagai BERSIH yang berhasrat mengadakan demontrasi haram di ibu kota pada 9 Julai nanti.

Perhimpunan rakyat Pasir Mas ini bermula kira-kira jam 4.00 petang di hadapan Pasaraya Pantai Timur Pasir Mas dipimpin oleh seorang aktivis masyarakat, Mohd Sapani Zakaria.

Perhimpunan ini menyebabkan berlaku sedikit kesesakan lalulintas kerana para pengguna jalanraya memperlahankan kenderaan masing-masing untuk menyaksikan perhimpunan ini namun kecekapan pihak polis berjaya mengawal keadaan.

Patung Ambiga, Pengerusi Bersih 2.0 diarak kira-kira 100 meter dari hadapan pasaraya berkenaan ke Mahkamah Majistret Pasir Mas sebagai simbolik mendesak pihak berkuasa menghadapkannya ke muka pengadilan.

Patung itu kemudiannya dibakar sebagai menandakan kemarahan rakyat tidak dapat dibendung lagi terhadap pihak yang mempunyai agenda tersembunyi dan cuba menggugat keamanan negara.

Jika ini petanda kemarahan rakyat terhadap Ambiga, ahli-ahli politik yang merelakan dirinya ditunggangi oleh Anwar Ibrahim dan Ambiga wajar muhasabah diri jika tidak mahu dihukum rakyat dalam PRU13.

Masa masih belum terlewat untuk bertaubat...sebelum nasi menjadi bubur... sebelum karier politik yang dibina sekian lama hancur dalam sekelip mata....




01 July 2011

Apabila Nik Aziz bercakap pasal demontrasi...

Cekati Tembaga terkejut...




Kalau inilah demontrasi yang Nik Aziz faham, tak taulah apa kerja para pegawai, para penasihat dan setiausaha-setiausaha dia...

Ini pertama kali kita dengar orang menyamakan demontrasi dengan solat 5 waktu dan Ibadah Haji. Siap bagitau Isteri Rasulullah pun nak demontrasi...

Ya Allah... Ampunkan lah Nik Aziz

kerana menyamakan ibadat Solat 5 waktu menyembahMu kepadaMu sebagai demontrasi..
kerana mendakwa Solat Jumaat tuntutanMu sebagai demontrasi..
kerana mendakwa Ibadat Haji di Tanah Haram Mu sebagai demontrasi..
dan kerana mendakwa isteri RasulMu juga berdemontrasi..