SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

06 July 2011

Masih beragenda.. dari jalanan ke pusat tamadun bangsa..

Cekati Tembaga menulis...

Setelah dengan berat hati Si Ambiga untuk mematuhi Titah YDP Agong agar membatalkan perhimpunan haram, kepala demontrasi ini mengubah nada dengan menerima tawaran awal Perdana Menteri untuk berhimpun di stadium.

Keputusan ini pastinya tidak menggembirakan sebahagian besar pengikut pakatan pembangkang, kerana mereka beranggapan demo di stadium umpama berdemontrasi dalam tandas.

Tetapi setelah Ambiga mengadap YDP Agong dan terpaksa membuat keputusan untuk bersetuju membatalkan demontasi jalanan, pilihan untuk berdemo di stadium, pastinya mengundang rasa tidak selesa puak-puak pembangkang.

Apa kelas demo dalam stadium.. macam beruk dalam zoo. Salak la berapa lama pun, siapa yang nak dengar.

Untuk cover malu, mereka terpaksa mencipta isu baru yang boleh menagih simpati rakyat. Dan atas sebab itu, puak-puak jalanan (JALANG kata orang Terengganu) ini memilih Stadium Merdeka sebagai lokasinya.

Soalnya mengapa Stadium Merdeka yang kapasitinya hanya kira-kira 40,000 dipilih? Bolehkah stadium bersejarah itu memuatkan himpunan seramai 400,000 orang sebagaimana target himpunan jalanan itu?

Kenapa tidak berdemo di Stadium Shah Alam yang boleh memuatkan hampir 100,000 orang? Apakah kerana takut tidak dapat sambutan ramai kerana mood penyokong pembangkang sudah down teruk.

Oleh itu, untuk menghangatkan isu kembali dan menaikkan semangat skuad JALANG, mereka memilih untuk berdemo dan "mencemarkan" kemegahan Stadium Merdeka sebagai tapak bersejarah ketamadunan negara. Mereka tahu pastinya cadangan memilih stadium Merdeka tidak akan dibenarkan oleh kerajaan.

Ianya akan dijadikan alasan untuk tetap meneruskan himpunan di jalanraya kerana kononnya kerajaan mungkir janji dan tidak membenarkan stadium digunakan.

Kita sebagai rakyat biasa, yang cintakan keamanan dan kedamaian pasti sama sekali tidak bersetuju stadium Merdeka, tempat bersejarah di mana laungan kemerdekaan negara bergema, mahu dijadikan medan melalak "beruk-beruk dalam zoo" dan pusat berkumpul manusia-manusia kotor.

04 July 2011

1,000 rakyat Pasir Mas berarak membantah demontrasi haram..

Cekati Tembaga menulis...

Kira-kira 1,000 rakyat Pasir Mas yang cintakan kedamaian berhimpun secara aman petang semalam (Ahad) bagi menyuarakan bantahan terhadap sekumpulan manusia yang menggelarkan diri sebagai BERSIH yang berhasrat mengadakan demontrasi haram di ibu kota pada 9 Julai nanti.

Perhimpunan rakyat Pasir Mas ini bermula kira-kira jam 4.00 petang di hadapan Pasaraya Pantai Timur Pasir Mas dipimpin oleh seorang aktivis masyarakat, Mohd Sapani Zakaria.

Perhimpunan ini menyebabkan berlaku sedikit kesesakan lalulintas kerana para pengguna jalanraya memperlahankan kenderaan masing-masing untuk menyaksikan perhimpunan ini namun kecekapan pihak polis berjaya mengawal keadaan.

Patung Ambiga, Pengerusi Bersih 2.0 diarak kira-kira 100 meter dari hadapan pasaraya berkenaan ke Mahkamah Majistret Pasir Mas sebagai simbolik mendesak pihak berkuasa menghadapkannya ke muka pengadilan.

Patung itu kemudiannya dibakar sebagai menandakan kemarahan rakyat tidak dapat dibendung lagi terhadap pihak yang mempunyai agenda tersembunyi dan cuba menggugat keamanan negara.

Jika ini petanda kemarahan rakyat terhadap Ambiga, ahli-ahli politik yang merelakan dirinya ditunggangi oleh Anwar Ibrahim dan Ambiga wajar muhasabah diri jika tidak mahu dihukum rakyat dalam PRU13.

Masa masih belum terlewat untuk bertaubat...sebelum nasi menjadi bubur... sebelum karier politik yang dibina sekian lama hancur dalam sekelip mata....




01 July 2011

Apabila Nik Aziz bercakap pasal demontrasi...

Cekati Tembaga terkejut...




Kalau inilah demontrasi yang Nik Aziz faham, tak taulah apa kerja para pegawai, para penasihat dan setiausaha-setiausaha dia...

Ini pertama kali kita dengar orang menyamakan demontrasi dengan solat 5 waktu dan Ibadah Haji. Siap bagitau Isteri Rasulullah pun nak demontrasi...

Ya Allah... Ampunkan lah Nik Aziz

kerana menyamakan ibadat Solat 5 waktu menyembahMu kepadaMu sebagai demontrasi..
kerana mendakwa Solat Jumaat tuntutanMu sebagai demontrasi..
kerana mendakwa Ibadat Haji di Tanah Haram Mu sebagai demontrasi..
dan kerana mendakwa isteri RasulMu juga berdemontrasi..

26 June 2011

Penganjur Himpunan Haram wajar dikenakan ISA

Cekati Tembaga menulis...

Mengambil iktibar daripada perhimpunan yang sama pada 2007, kerajaan tidak wajar terus mengambil sikap tunggu dan lihat dalam menangani penderhakaan terbuka segelintir individu yang terus berdegil meneruskan perhimpunan berkenaan di ibu negara Julai nanti.

Dengan kerahan yang dibuat di seluruh negara, setiap kawasan parti PAS khabarnya akan menghantar wakil meramaikan himpunan berkenaan, pastinya himpunan ini bukan sekadar menyerahkan memorandum sebagaimana yang didakwa penganjurnya.

Himpunan kecil dari setiap pelusuk pinggir Kuala Lumpur sebelum bercantum menjadi gelombang kuning besar di tengah-tengah ibu kota menunjukkan mereka semakin serius mahu menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi haram sebegini.

Menyedari mereka tidak akan terdaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang menjadi pilihan majoriti rakyat sejak sebelum merdeka sehingga kini melalui peti undi, mereka menjadikan jalanraya sebagai langkah terakhir.

Hidup mati pakatan pembangkang kini bergantung sepenuhnya kepada himpunan haram ini. atau lebih tepat lagi, ianya merupakan penentu karier politik manusia bernama Anwar Ibrahim.

Dengan pelbagai isu moral yang melingkari kehidupan, berdepan dengan tarikh beliau ditetapkan membela diri dalam kes bersama Saiful Bukhari yang semakin dekat, kes pendedahan video seksnya yang menggemparkan seluruh negara oleh rakan baiknya sendiri dan kehilangan kepercayaan oleh orang Melayu; Anwar sangat berharap himpunan haram ini nanti disamping mengalih perhatian ramai terhadap kes-kes moralnya yang teruk, beliau mengharapkan agar Ambiga, kambing hitam yang digunanya untuk mengepalai perhimpunan ini menjalankan perintahnya dengan baik, agar perhimpunan ini kelak akan merosakkan imej negara di mata masyarakat luar negara.

Ambiga tidak lain sekadar boneka yang dicucuk hidung oleh Anwar bagi menarik penyertaan masyarakat India dalam perhimpunan ini kerana menyedari masyarakat India semakin menerima tranformasi yang dibawa Dato' Seri Najib Tun Razak.

Strategi Anwar menggunakan Ambiga juga adalah umpan untuk NGO-NGO Melayu menyerang wanita India itu dan berharap ianya akan meraih simpati masyarakat India.

Biarpun seluruh negara mengecam hasrat mengadakan perhimpunan ini jika dilihat daripada lebih 1,000 laporan polis yang dibuat di seluruh negara, ianya tidak bermakna sekiranya Kementarian Dalam Negeri (KDN) masih segan bertegas dalam hal ini.

Kerosakan nama baik negara di mata masyarakat luar adalah perkara kedua, tetapi yang lebih penting adalah kerugian yang bakal ditanggung para peniaga yang tidak dapat berniaga akibat himpunan itu.

Iktibar daripada himpunan sama pada 2007, aktiviti perniagaan terjejas, kedai-kedai yang dirosakkan, pemandu-pemandu teksi hilang rezeki pencarian, aktiviti-aktiviti orang ramai tergendala kerana terperangkap dalam himpunan kuning; semuanya kerana mengejar matlamat peribadi dan hasrat untuk menjatuhkan kerajaan.

Golongan pendemontrasi ini begitu galak terpekik terlolong di jalanraya konon menuntut hak mereka, tetapi bagaimana dengan hak mereka yang terjejas secara langsung akibat perhimpunan ini.

Peribahasa Melayu mengatakan, lebih baik mencegah dari mengubati.

Himpunan ini adalah penyakit yang perlu dicegah dan ubatnya yang paling mujarab adalah ISA. Tidak ada gunanya kita memiliki ubat yang baik jika tidak digunakan sedangkan penyakit semakin merebak.

Kita tidak mahu peristiwa 2007 berulang. KDN perlu lebih bertegas, bukan sekadar memberi amaran. Dalang perhimpunan ini perlu ditahan segera, tidak kira berapa ramai pun bilangan mereka. Rakyat mahu lihat tindakan, bukannya amaran.

Menteri Dalam Negeri perlu lebih tegas. Tidak ada gunanya sekadar mencium keris sedangkan musuh semakin berpesta memporak-perandakan negara.

Waktu seperti ini pastinya kita merindui ketegasan Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie sewaktu menjadi Menteri Dalam Negeri dulu. Adakah Menteri hari ini seberani beliau ?

22 June 2011

Cekati Tembaga Kembali

Salam perjuangan...

Setelah hampir 6 bulan menyepi dari dunia maya, Cekati Tembaga kini kembali aktif..

Nantikan ulasan Cekati Tembaga selepas ini.