SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

11 August 2009

Siapa punya agenda ni..

Cekati Tembaga menulis..

Sempena kunjungan Dato' Sri Najib ke Batu Caves baru-baru ini, ada pihak telah mendirikan poster gergasi Perdana Menteri menyerupai sebuah patung di situ sempena festival Satu Malaysia di situ selama tiga hari sehingga Ahad.

Ini pastinya mempunyai agenda tersendiri kerana sebelum ini replika Anwar Ibrahim yang didirikan di kawasan berdekatan mendapat bantahan keras umat Islam.

Malah sebelum ini bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan replika seperti itu sebagai suatu bentuk perhambaan dan perlu dihapuskan segera.

Oleh itu, apabila Dato' Najib melawat kawasan Batu Caves, mereka yang punya agenda mendirikan replika ini bagi menunjukkan masyarakat mendewa-dewakan pemimpin. Inilah agenda jahat hasil pendekatan komunis yang mahu merosakkan imej Perdana Menteri kita.

Kepada sesiapa yang bertanggungjawab, sila turunkan replika ini segera..

10 August 2009

ARAK di Selangor - menanti kenyataan rasmi Pas

Cekati Tembaga menulis..

Muktamad! ARAK memang tidak ada apa-apa halangan untuk dijual di mana-mana kawasan di Selangor termasuklah di depan rumah kawan-kawan kita di negeri itu. Kalau kedai serbaneka di sebelah Masjid pun jual ARAK kita tak boleh pertikai sebab Menteri Besar Selangor kata tidak ada halangan untuk jual ARAK di kawasan majoriti Islam. Terpulanglah pada kedai tu nak jual ke tidak..

Tuntutan Pas Selangor agar larangan itu dikuatkuasakan tidak dilayan Khalid. Malah Khalid arahkan semua Exconya tutup mulut dalam isu ini. Katanya isu ARAK tidak berbangkit lagi.

Aku simpati juga kepada Dr Hassan Ali dan pimpinan Pas Selangor. Mereka sendirian dalam hal ini. Tidak ada backup dari Pas Pusat.

Mana ketegasan Mursyidul Am?
Mana pengaruh Presiden Pas?
Mana Timbalan Presiden?

Nak harap suara Anwar Ibrahim kritik DAP tak payah mimpilah.. nak dengar juga apa komen Zaid Ibrahim yang kononnya akan diangkat jadi ayam sabung baru PKR.

Dalam hal ARAK ini hanya Ketua Pemuda Pas Pusat yang bangkit bersuara, bertegas agar larangan ini dikuatkuasakan juga di Selangor. Pemuda Pas Pusat memberikan tempoh sebulan kepada kerajaan Selangor untuk menguatkuasakan larangan itu.

Khalid memberi alasan tidak mempunyai kuasa dalam hal ini. Bukankah Hassan Ali bertindak berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang digubal oleh kerajaan Barisan Nasional Selangor dan dikuatkuasakan oleh kerajaan BN Selangor pada 22 November 1996. (Rujuk Hambali Latif)

Masa BN perintah dulu pun sudah dikuatkuasakan enakmen ini tetapi mengapa zaman Khalid Ibrahim boleh dia kata tiada kuasa.

Apa yang tak ada kuasanya. Atau apakah Khalid bermaksud tidak ada kuasa itu kerana kuasa beliau sebagai Menteri Besar dipegang oleh orang lain? Atau apakah beliau perlu mendapat restu dan kelulusan DAP 'dua beranak' terlebih dahulu?

Beza semasa BN memerintah, Melayu dan ISLAM menjadi ketua tetapi pada zaman pembangkang memerintah orang bukan Melayu dan bukan ISLAM yang naik jadi kepala, patutlah Melayu dan ISLAM dalam pakatan pembangkang kena ikut kepala mereka.

Begitulah nasib ISLAM di negeri termaju negara.
.

08 August 2009

Arak di Selangor - Nik Aziz tidak mahu campur..

Cekati Tembaga menulis..

Seperti yang dijangka, sebagaimana dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini, Nik Aziz enggan masuk campur apabila diminta mengulas kontroversi penjualan ARAK berleluasa tanpa sekatan di Selangor.

Menurut Nik Aziz apa yang dibuatnya di Kelantan adalah menghadkan penjualan ARAK dan hanya boleh dijual di kedai-kedai tertentu sahaja. Nasib baik Nik Aziz mengaku di Kelantan pun ada ARAK, kalau tidak esok juga aku pergi ambil gambar kedai-kedai menjual ARAK di Kota Bharu.

Aku bukan mahu mengulas soal kedai-kedai yang menjual ARAK di Kelantan. Lebih elok kita fokus kepada isu di Selangor ini.

Persoalannya di sini adalah Nik Aziz sebagai orang paling dihormati oleh orang Pas hari ini, tidak sewajarnya dilihat sebagai lepas tangan.

Betul dalam hal-hal biasa yang tidak melibatkan kepentingan agama Islam, sebagai Menteri Besar Kelantan beliau tidak wajar mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh seorang Menteri Besar di negeri lain.

Tetapi soal ini adalah soal maruah umat Islam. Wajarkah sebagai tokoh yang disegani (sekurang-kurangnya di kalangan penyokong Pas), mengeluarkan kenyataan tidak mahu campur tangan walaupun ini adalah soal kepentingan agama?

Bukankah soal ARAK inilah yang menjadi antara senjata Pas menyerang kerajaan BN Selangor pimpinan Khir Toyo dulu? Bukankah menjadi manifesto Pas untuk memerangi habis-habisan isu ARAK ini, tetapi apabila kena kepada 'adik-beradik' dalam pembangkang sendiri ia seakan berubah lagu?

Kalaulah isu ini berlaku di Johor atau Pahang, pasti Pas akan ke depan menyerang UMNO menuduh UMNO mahu orang Islam minum ARAK lantaran tidak menghalang air kencing setan itu dijual di kawasan orang Islam.

Sejak bila Nik Aziz dan segelintir orang Pas ini tidak sensitif dengan isu ARAK di kawasan orang Islam? Apakah tolak ansur politik lebih diutamakan daripada keselamatan anak-anak muda Islam daripada terjerumus ke kancah dosa ini?

Apabila kedai-kedai di kawasan penduduk Islam dibenarkan menjual ARAK maknanya kepada siapa benda haram itu hendak dijual? Takkan kedai runcit di Shah Alam mahu jual ARAK kepada orang Cina dari Bukit Bintang. Atau takkan orang India di Batu Caves yang datang beli ARAK di kedai serbaneka di Shah Alam. Mestilah target jualannya juga kepada penduduk sekitar, dan kalau dah penduduk sekitar 95% orang Islam, apakah 5% orang bukan Islam itu yang menjadi sasaran jualan kedai-kedai ini?

Memang Khalid Ibrahim boleh kata beliau akan meminta kedai-kedai ini jangan menjual kepada remaja dan orang Islam, tetapi kalau orang hendak beli takkan mereka tidak mahu jual. Siapa tidak mahu untung kan...

Dalam hal ini biarpun Nik Aziz mengambil jalan selamat tidak mahu masuk campur, kita wajar memberi pujian kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato' Dr Hassan Ali kerana berani menentang arus kuat dalam menegakkan kebenaran dan menyelamatkan akidah umat Islam di Selangor. Beliau dah jalankan kewajipannya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kesucian agama Islam di negeri itu.

Biarpun Hassan Ali adalah musuh dalam politik tetapi kita jangan biarkan beliau keseorangan kerana ini soal maruah umat Islam.

Walaupun nampak dalam Pas sendiri berbelah bahagi antara menyokong atau mempersoalkan tindakan Hassan Ali memerangi ARAK ini, UMNO bertanggungjawab membela beliau demi hak umat Islam dan kebenaran.

Pemuda-pemuda UMNO wajar sinsing lengan. Wanita UMNO usah membisu. Puteri UMNO jangan mengambil sikap tunggu dan lihat. Usah nanti kita menyesal kemudian hari melihat botol dan tin ARAK bersepah di kaki-kaki lima dan menyaksikan umat Islam tidak dapat membezakan antara cola dan ARAK.

Pada masa itu semua sudah terlambat..air mata darah pun tidak akan bermakna..
.

07 August 2009

Tahniah Khalid Ibrahim, Arak bebas diniagakan di mana-mana sahaja di Selangor..

Cekati Tembaga menulis..

Hari ini selepas mesyuarat majlis ekonomi negeri di Shah Alam, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor menegaskan bahawa tiada pengharaman penjualan alkohol di negeri itu tetapi penjual harus mengamalkan "kawalan diri".

Maknanya kerajaan gabungan PKR+DAP+PAS Selangor membenarkan ARAK diniagakan di mana-mana tempat pun di Selangor. Maknanya juga, di kawasan majoriti orang Islam pun ARAK tidak akan disekat dari jualan.

Wah hebat sekali Selangor sekarang pada zaman gabungan 3 parti ni, ARAK pun berleluasa.

Jadi secara automatik apa yang dilaungkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang juga Exco Hal Ehwal Islam Selangor, mendesak pengharaman menyeluruh jualan arak di kawasan berpenduduk majoriti Islam hanya buat kering air liur sahaja.

Kita bersangka baik terhadap desakan Dr Hassan Ali itu, moga-moga beliau ikhlas sekurang-kurangnya atas sifat seorang Exco yang menjaga agama Islam di Selangor. Tetapi kita nak tahu reaksi beliau atas keputusan Khalid Ibrahim itu.

Apakah Dr Hassan Ali akan terima begitu sahaja atau adakah sekarang beliau sedang menyiapkan alasan apabila ditanya wartawan nanti?

Lebih penting dari itu, adakah rakyat Selangor yang berbangsa Melayu dan beragama Islam akan akur dengan keputusan kerajaan yang mereka pilih itu?

Suka juga untuk mendengar komen Nik Aziz tentang hal ini.. cuma harap-harap bukan komen selamatkan diri lah... "Saya tak campur, itu urusan Selangor"...

Apa macam Tok Guru..
.

06 August 2009

Siapa terasa apabila Nik Aziz puji Najib...

Cekati Tembaga menulis..

Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang telah cukup lama memegang jawatan itu, melakukan 2 'kejutan' dalam tempoh seminggu. Kejutan adalah perkara biasa kepada Nik Aziz, tetapi kejutan kali ini adalah jauh berbeza.

Kalau sebelum ini kejutan Nik Aziz adalah menuduh UMNO sesat seperti ajaran Ayah Pin, menuduh UMNO mewarisi perjuangan komunis dan terbaru mengungkapkan ayat '...pergi jahanamlah UMNO'. Ianya adalah kejutan jika dilihat Nik Aziz sebagai tokoh agama, tetapi bukan lagi kejutan apabila Nik Aziz bercakap sebagai tokoh politik.

Tetapi kali ini kejutan yang dicipta Nik Aziz cukup menarik.

Kejutan pertama pada hari Sabtu apabila beliau menyambut kedatangan Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu walaupun pada hari itu Dato' Najib datang sebagai Presiden UMNO, untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu.

Sebagai menghormati Nik Aziz walaupun terikat dengan jadual yang ketat, Dato' Najib telah meluangkan masa kira-kira 20 minit melayan tujuan kedatangan Nik Aziz pagi itu.

Keduanya, Nik Aziz sendiri 'menemani' Dato' Najib seharian di Pekan semasa pelancaran Zon Ekonomi Khas Wilayah Pantai Timur (SEZ-ECER) pada hari Selasa. Lebih mengejutkan bila Nik Aziz membuat kenyataan memuji perwatakan Dato' Najib sebagai pemimpin besar yang mempunyai 'air muka yang bersih dan jernih'. Ungkapan ini kalau dalam bahasa Kelantan ianya menggambarkan keperibadian yang tinggi dan terpuji.

Kata Nik Aziz, beliau menerima penghormatan yang tinggi 0leh Dato' Najib dengan senyuman dan layanan yang beliau sendiri tidak pernah perolehi sebelum ini.

Kalau sebelum ini kejutan yang dibuatnya akan menimbulkan perdebatan di media kerana ianya lebih bersikap kontroversi dan mencerca lawan tetapi kejutan kali ini lebih bersifat 'molek dipandang, sedap didengar'.

Sebahagian besar rakyat Malaysia akan tersenyum gembira dengan perkembangan minggu ini. Tetapi jangan terkejut kalau ada dua tiga wajah di dalam dan di luar Pas yang akan masam mencuka. Dan wajah-wajah ini akan dengan segera mencucuk dan menghasut Nik Aziz agar menukar pujian itu kepada cercaan.. memang itulah kerja dua tiga kerat ini.

walau apapun biarlah kejutan ini mewarnai hujung minggu pertama Ogos ini. Usah kita pertikai hasrat mahu pun niat Nik Aziz, ikhlas atau tidak biarlah Yang Maha Berkuasa yang tentukan. Sekurang-kurangnya pujian ini menunjukkan dalam hati kecil Nik Aziz masih waras dan hargai persaudaraan sesama muslim.. walaupun mungkin minggu depan tidak akan sama..
.