SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

07 June 2009

Nasharudin kekal jawatan, Perwakilan Pas tolak ErdogaN

Hasrat ahli-ahli Pas untuk memastikan jawatan nombor dua dalam parti itu terus kekal di tangan golongan ulama menjadi kenyataan apabila Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan tersebut dalam pemilihan parti yang berlangsung semalam pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55.

Nasharudin yang mewakili golongan ulama berjaya menewaskan dua lagi pencabar iaitu Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan bekas Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Dalam pengundian yang dijalankan semalam dan keputusannya diumumkan hari ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Mustafa Ali, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok memperolehi 480 undi menewaskan Husam yang mendapat 281 undi manakala Mohamad 261 undi.

Kejayaan Nasharudin itu sekali gus memberikan isyarat yang jelas bahawa perwakilan masih tetap mahu jawatan Timbalan Presiden dikuasai oleh ulama seperti mana usul yang diluluskan oleh Dewan Ulama Pas pada Rabu lalu.

Isu muqabalah dengan UMNO ternyata tidak menggugat peluang Nasharudin untuk mengekalkan jawatan berkenaan. Apatah lagi ketika merasmikan Persidangan Tahunan Dewan Pemuda Pas pada Rabu lalu iaitu dua hari sebelum pengundian, Nasharudin menjelaskan bahawa pucuk pimpinan parti tidak pernah membuat sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan UMNO.

Bagi jawatan Naib Presiden pula menyaksikan gabungan antara golongan profesional, ulama dan aktivis. Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Ketua Pemuda Pas, Salahudin Ayub dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berjaya memenangi jawatan tersebut.

Tuan Ibrahim memperolehi 871 undi, Salahudin (824 undi) dan Mahfuz (636 undi). Dua lagi calon yang bertanding iaitu Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nik Amar Nik Abdullah dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa masing-masing mendapat 333 undi dan 277 undi.

Bagaimanapun Mujahid terpilih menduduki AJK Pas pusat selepas memperolehi 448 undi.

Untuk jawatan AJK Pas pusat pula, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin mendapat undi tertinggi iaitu 854 undi diikuti Idris Ahmad (799 undi). Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaaffar pula menduduki tempat ketiga dengan 769 undi manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di tempat keempat. Seramai 18 calon dipilih menduduki kerusi berkenaan.

Pemilihan kali ini terutamanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dianggap paling sengit dalam sejarah parti itu, malah beberapa budaya berkempen yang sebelum ini asing bagi Pas turut menular ke dalam parti berkenaan.

Sementara itu, Mustafa berkata seramai 1,026 perwakilan membuang undi semalam dan pengiraan undi hanya berakhir awal pagi ini.

Apa yang menarik, sebaik sahaja muktamar disambung pagi ini, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tersebar luas di kalangan wartawan bahawa Husam memenangi jawatan tersebut dengan majoriti tipis.

Bagaimanapun pada sidang akhbar selepas pengumuman keputusan pemilihan berkenaan, Mustafa berkata, Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat berjaya menyimpan rahsia keputusan sehingga ia diumumkan secara rasmi

pada pukul 10 pagi ini.

''Tiada seorang pun yang mengetahui keputusan tersebut walaupun ada pihak yang cuba membuat pelbagai spekulasi dengan berasaskan kepada petunjuk tertentu.

''Semua ahli yang menganggotai jawatankuasa ini mempunyai tahap integriti yang amat tinggi dan kami juga sedar ini merupakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh parti dan ia perlu ditunaikan dengan sebaik-baiknya," kata beliau.

04 June 2009

Ulama selar 'musuh dalam selimut'

dipetik daripada malaysiakini.com

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamad Daud menyelar tindakan "musuh dalam selimat" yang didakwanya "cuba memperkecilkan dan menidakkan" sumbangan ulama.

"Dengan kecanggihan teknologi sekarang ini, terdapat segolongan kecil penyokong PAS yang cuba memperkecikan, dan yang lebih teruk lagi menidakkan sumbangan ulama dalam memajukan parti kita," katanya ketika merasmikan muktamar Dewan Ulama di Shah Alam hari ini.

Menurut Mohamad, serangan itu dibuat menggunakan pelbagai teknologi canggih terkini seperti di laman blog dan media elektronik bagi "memburukkan peribadi dan menyerang ulama atas nama kebebasan melulu".

Beliau bagaimanapun tidak menamakan dengan pihak yang dimaksudkannya dalam ucapan itu.

Mengulas isu pertembungan ulama dan profesional dalam parti itu, Mohamad menekankan keperluan golongan itu mempelajari pelbagai ilmu bagi terlibat sama dalam perbahasan pelbagai isu semasa dengan lebih aktif.

"Sebagai contoh terdekat, ketika Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan idea kerajaan perpaduan, sepatutnya ulama adalah golongan pertama yang menjalankan kajian dan melihat sejauh mana idea ini tersurat dalam lipatan sejarah.

"(Melihat) sejauh mana pengalaman dalam negara lain di dunia. Sejarah menunjukkan bagaimana presiden kita mempunyai pembacaan, ijtihad politik yang tinggi yang memerlukan sokongan kita," katanya.
.

Ciri-ciri calon PAS di Manek Urai menurut Nik Aziz

Imej gabungan profesional dan ulama merupakan ciri-ciri yang akan menjadi petunjuk untuk menentukan siapakah calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai depan.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kedua-dua ciri itu penting bagi PAS meneruskan kesinambungan wakil rakyat terdahulu, allahyarham Ismail Yaacob yang diterima rakyat kawasan berkenaan.

"Ia sebagai kriteria penting untuk kami memilih calon PAS di Manik Urai dan pemimpin itu perlu ada imej ulama dan profesional," katanya.

KALAU IKUTKAN KRITERIA YANG DITETAPKAN NIK AZIZ UNTUK MENJADI CALON, NAMPAKNYA TIDAK AKAN ADA CALON PAS DARI MANEK URAI YANG BETUL-BETUL LAYAK.

BUKAN SALAH NIK AZIZ KALAU TIDAK ADA CALON PAS YANG LAYAK KERANA INI KRITERIA YANG PERLU DALAM PAS UNTUK MENANDINGI CALON UMNO.

TETAPI RASANYA BOLEHLAH PAS DAPATKAN PANDANGAN ANWAR IBRAHIM DALAM HAL CALON NI.
.

31 May 2009

Apa PKR nak banggakan dengan Penanti...

Bolehkah Calon PKR, Dr. Mansor Othman merasa bangga apabila memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan mendakwa mendapat majoriti sebesar 5,558 undi?

Beliau memperolehi 6,052 undi hasil 46.15% pengundi yang keluar mengundi berbanding sejumlah 12,467 pengundi berdaftar dalam kawasan DUN Penanti.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56) menjadikan jumlah pengundi yang turun untuk memilih menolak PKR adalah seramai 1,048 orang.

Ini bermakna majoriti daripada pengundi Penanti tidak memilih PKR.

Lebih menarik adalah undi yang diterima calon bebas, Aminah adalah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Di samping penyokong-penyokong UMNO memboikot pilihanraya kecil ini sehingga menjadikan peratusan mengundi paling rendah dalam sejarah, Aminah masih mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu yang lain.. mereka juga sama-sama menolak calon PKR.

Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).

Jadi, bolehkah Anwar Ibrahim dan PKR berbangga dengan kemenangan ini?
.

30 May 2009

Kontena UMNO bakal bertugas di Manek Urai


Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerima sumbangan dua buah lori kontena berlogo UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi kegunaan logistik parti itu dari Kumpulan Bintang di perkarangan Menara Dato Onn sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Jumaat.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bintang Datuk Haji Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie memberitahu Agendadaily sebuah lori kontena 40 kaki dan 20 kaki itu merupakan kenderaan pengangkutan bagi kegunaan logistik parti terutama bagi menghadapi pilihan raya disamping tujuan lain.

“Ianya dijangka akan digunakan untuk pertama kalinya di pilihanraya kecil Manik Urai, Kelantan Julai depan.

Lori tersebut disediakan lengkap dengan pemandu dan segala penyelenggaraannya akan ditanggung oleh pihak syarikat, boleh digunakan pada bila-bila masa,” tambahnya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Taiping berkata, “kenderaan itu akan membantu parti melaksanakan projek-projek kemasyarakatan dan lebih efisyen dalam gerak kerjanya.”

Turut sama di majlis penyerahan ringkas itu Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Kerja Datuk Rauf Yusoff, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan anggota Majlis Tertinggi UMNO.

.