SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

08 March 2009

Khir: Ada Usaha Jadikan Negara Sebuah Republik

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata ada usaha pihak tertentu yang mahu menjadikan negara ini sebuah republik.
.
Tindakan segera perlu diambil terhadap pihak yang sanggup merosakkan sistem raja berpelembagaan yang dinaungi sekian lama, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pertemuan dengan perwakilan Pemuda Umno Melaka di Wisma Umno di sini hari ini.

Seorang lagi calon jawatan Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir, turut menghadiri majlis itu. Dr Mohamad Khir berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini bahawa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa kesal berikutan sikap pihak tertentu semakin lantang mempersoalkan kedudukan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata "serangan" pihak tertentu kepada institusi Raja adalah berdasarkan rentetan pihak yang sama yang memperjuangkan kesamarataan dan melaungkan isu ketuanan rakyat.

"Ini patut kita kesan dari awal dan kita tidak mahu kerana perbezaan politik yang akhirnya kita akan kehilangan segalanya-galanya berkenaan institusi Raja," katanya.

Sementara itu, Mukhriz turut bersetuju bahawa tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap pihak yang menghina dan mempertikai keputusan Raja-Raja.

"Ini satu perkara yang amat mengecewakan apabila ramai duli tuanku yang bertitah menyampaikan rasa kecewa terhadap orang Melayu yang mempersoalkan kedudukan Raja-Raja dan bangsanya sendiri," katanya.

Beliau berkata tindakan undang-undang termasuk mengikut Akta Hasutan wajar dilaksanakan untuk mengelakkan suasana huru-hara.

- BERNAMA
.

Nama Calon BN Bukit Gantang diserah pada Najib

Nama calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang sudah diserah kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, beberapa nama yang disenarai pendek itu adalah calon popular yang mampu membela nasib semua kaum.

"Saya telah berbincang dengan Datuk Seri Najib selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak mengenai perkara ini. Nama itu akan diumumkan tidak berapa lama lagi,'' katanya.
.

Bahasa Inggeris: PM mahu keputusan dibuat segera elak masalah besar

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap agar keputusan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat segera bagi mengelakkan tercetusnya isu yang lebih besar.

Abdullah mengeluarkan kenyataan di ibu negara beberapa jam selepas Gerakan Mansuhkan PPSMI mengadakan Perhimpunan 100,000 Rakyat membantah dasar tersebut.

GMP menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi manakala beratus-ratus penyokongnya merempuh sekatan polis berhampiran Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara tetapi berjaya disuraikan dengan tembakan gas pemedih mata.

Dipetik Bernama, Perdana Menteri berkata, kerajaan mengakui adanya desakan yang kuat daripada rakyat khusunya orang Melayu yang sedang memberi perhatian terhadap perkara terbabit.

"Saya harap keputusan ini akan dibuat segera. Kalau tidak nanti tekanantekanan dan tindakantindakan NGO (Badan Bukan Kerajaan) akan berterusan dan akan menjadi isu yang lebih besar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan novel "Dragon Fire Hammer" di sini hari ini.

Abdullah berkata, Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan NGO bagi membincangkan perkara berkaitan PPSMI.

Bagaimanapun, katanya, Kementerian Pelajaran buat masa ini belum bersedia untuk mengumumkan bentuk keputusan yang telah diambil itu.

"Dengan adanya keputusan-keputusan peperiksaan yang boleh memberi asas kepada kementerian untuk membuat keputusan, maka saya percaya keputusan itu perlu menjadi keputusan yang baik bagi mengukuhkan kepentingan rakyat dan masa depan kita," katanya.

Pelaksanaan PPSMI sejak tahun 2003, telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan, dan kebelakangan ini ia berkisar mengenai rasional sama ada dasar itu patut diteruskan atau sebaliknya.

Isu tersebut bertambah hangat apabila ahli akademik serta sasterawan menyertai ahli politik dalam menyuarakan bantahan mengenai penerusan dasar itu.
.

05 March 2009

Taib Azemuddin Jelas Penggunaan Nama Allah

Dewan Rakyat Khamis diberitahu bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Taib Azamudden Mat Taib (PAS-Baling) berkata ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

Taib Azamudden, yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara berkata demikian setelah Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta beliau memberi penjelasan mengenai isu penggunaan nama Allah, yang agak hangat dibincangkan oleh beberapa anggota Dewan Khamis.

Ahmad Zahid, yang ketika itu menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih titah ucapan diraja, kemudian berkata penjelasan oleh anggota Parlimen Baling itu selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Terdahulu ketika membincangkan isu itu, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) memberi pendapat yang berbeza.

Dr Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan nama Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) pula mencadangkan supaya satu jawatankuasa ditubuh bagi membincangkan perkara itu untuk mengelakkan salah faham dan emosi. Sidang Dewan disambung Selasa.
.

Polis soal 28 ADUN hadiri 'sidang bawah pokok'

Semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada pakatan pembangkang yang menghadiri apa yang mereka sifatkan sebagai "persidangan tergempar" dewan itu yang berlangsung di bawah sebatang pokok berhampiran bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa lepas, akan dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdulah berkata setakat ini dua daripada mereka telah dipanggil untuk memberi keterangan kerana perjumpaan itu adalah satu perhimpunan haram.

"Polis akan memanggil kesemua mereka yang terlibat termasuk individu yang dikenal pasti melalui gambar-gambar yang dirakamkan semasa perhimpunan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Seramai 28 ADUN daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Speaker V.Sivakumar mengadakan perhimpunan itu setelah mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri setelah persidangan itu diisytihar sebagai tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Zulkifli berkata, polis juga sedang mengesan enam orang yang terlibat dalam satu perhimpunan di pintu masuk utama bangunan itu kerana didakwa melemparkan katakata kesat kepada polis yang cuba menyuraikan perhimpunan itu.
.