SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

22 February 2009

Piala FA : Kelantan makan besar lagi

PENYERANG Kelantan, Mohd Khalid Jamlus (tengah) membuat percubaan ke arah pintu gol Polis dalam saingan di Stadium Sultan Mohd IV, Kota Bharu, malam tadi. Tuan rumah menang 5-1

KELANTAN menepati status selaku pasukan pilihan apabila membelasah Polis 5-1 manakala juara bertahan, Kedah sekadar seri 1-1 dengan UPB-MyTeam pada pada perlawanan pertama pusingan kedua Piala FA, malam tadi.

Di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Polis lebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Mohd Fauzi Abdul Majlid yang merembat dari jarak dekat selepas menewaskan penjaga gol Kelantan, Halim Napi menerusi gerakan yang dimulakan Khairul Zal Azmi pada minit kesembilan.

Namun kelebihan pelawat hanya bertahan selama dua minit apabila Khalid Jamlus yang melepasi perangkap ofsaid tenang melepaskan rembatan leret untuk gol penyamaan Kelantan.

Perlawanan kemudian berlangsung agak hambar dengan Kelantan seperti kehilangan punca dan mereka harus berterima kasih kepada Halim yang mempamerkan aksi tangkas menepis percubaan Khairul Zal yang hampir menerjah gawang Kelantan pada minit ke-43.

Kelantan kemudian meningkatkan permainan pada babak kedua dan memastikan kemenangan menerusi empat gol disumbangkan Khalid (m-63), Norfarhan Mohamad (m-68), Indra Putra Mahayuddin (m-80) dan Ramzul Zahini (m-81).
.

20 February 2009

Karpal keliru tindakan Speaker gantung Zambry, enam Exco

Ahli Pakatan Rakyat (PR) dalam keadaan celaru dengan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco daripada menghadiri sidang Dewan masing-masing 18 bulan serta 12 bulan.

Malah Pengerusi DAP, Karpal Singh keliru dengan keputusan Sivakumar menggantung Zambry dan enam Exco berkenaan. Karpal memberitahu sidang akhbar di Parlimen semalam, Sivakumar perlu memanggil sidang dewan untuk mengesahkan keputusannya itu.

Katanya, beliau sendiri mempunyai pengalaman pada 2004 apabila dirujuk kepada jawatankuasa kebebasan berhubung kenyataannya Ahli Parlimen perlu mengangkat tangan sebelum mengangkat sumpah jawatan. Laporan jawatankuasa itu dibentangkan di Parlimen dan Karpal digantung enam bulan tanpa bayaran atau kebebasan.

Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PR di sini, berkata tindakan Sivakumar itu luar dugaan kerana mereka secara teliti menyemak perlembagaan negeri dan Peraturan Majlis Mesyuarat sebelum persidangan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Rabu lalu.

“Saya terkejut apabila mendengar keputusan Sivakumar. Kami ada berbincang berhubung penggantungan (Zambry dan enam Exco) tetapi menasihatkan supaya keputusan itu tidak dibuat.

“Dengan membuat keputusan itu, kami terperangkap dengan jerat kami sendiri, sama seperti memijak kulit pisang yang diletakkan kami sendiri. Saya secara jujur tidak mengetahui siapa yang menasihati beliau (Sivakumar) mengambil keputusan itu,” kata Adun PR.
.

Adi Jagat.. Ibrahim buktikan kehebatan Wira Melayu

Barangkali sudah fedup dengan sikap pemimpin pembangkang yang cakap tak serupa bikin, sentiasa menangguk di air keruh dan anggap diri mereka sahaja betul dan bersih, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali 'meledak' di Dewan Rakyat, petang Khamis.

Ledakan perasaan beliau bukan sahaja meletuskan perang mulut dengan ahli parlimen pembangkang tetapi sebahagian besar daripada mereka termasuk Ketua Pembangkang angkat kaki kerana ada antara mereka panas telinga dan merah muka.

Masakan mereka tidak angkat punggung kerana Ibrahim ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang diPertuan Agong menyindir dan membalun kaw-kaw anggota Parlimen yang bersikap hipokrit serta sanggup mempolitikkan masa depan anak bangsa untuk kepentingan sendiri.

Pemimpin ini katanya tidak memperjuangkan apa yang sepatutnya mereka perjuangkan ketika berkuasa sebaliknya menghentam kerajaan apabila berada di luar kerajaan.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan pemimpin demikian adalah munafik kerana hanya bersetuju perkara yang menguntungkan mereka sahaja.

"Kenapa kita nak rosakkan semua orang dan kata kita saja yang betul, kita sahaja yang bersih sedangkan kita adalah pembohong besar," tegas beliau ketika Dewan masih sepi tanpa seorangpun ahli parlimen bangun mencelah atau minta laluan bercakap.

Kekecohan mula tercetus apabila Ibrahim menggunakan perkataan 'bangsa asing' yang dikatakan tidak tahu menggunakan perkataan sesuai terhadap Raja-Raja Melayu.

Ahli Parlimen PKR Padang Serai N.Gobalakrishnan kemudian meminta beliau menarik balik perkataan bangsa asing itu kerana menyifatkan ia merujuk kepada bangsa yang ada di dalam negara ini selain ia kurang sopan.

Ibrahim bagaimanapun enggan menarik balik perkataan itu kerana ia merujuk kepada bangsa asing di luar negara menyebabkan Gobalakrishnan pula menuduh Ibrahim, munafik.

Keadaan itu mencetuskan pertikaman lidah antara mereka berdua dengan Ibrahim antara lain kedengaran mengeluarkan perkataan 'bangsat' dan 'jangan kurang ajar'.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menenangkan keadaan tetapi tidak diendahkan oleh kedua-dua anggota Parlimen tersebut.

Keadaan bertambah panas apabila kedua-dua mereka saling mempertahankan diri dan akhirnya kerana tidak tahan lagi, Gobalakrishnan keluar Dewan sambil menuturkan kata-kata yang tidak jelas didengar..

Menyedari beliau mengeluarkan kata-kata kasar, Ibrahim kemudian meminta maaf kepada Dr Wan Junaidi dan menarik balik semua perkataan yang tidak sesuai disebut.

Katanya, Gobalakrishnan sengaja membuat provokasi terhadapnya tanpa mengikut peraturan, tidak menghormati Tuan Yang Dipertua... menuduh, menuding dan mengeluarkan katakata kesat sambil keluar dari Dewan.

Belumpun reda, Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad pula masuk campur dan cuba bertikam lidah dengan Ibrahim malah satu ketika Ahli Parlimen Pasir Mas itu sudah membuka songkok dan menghempasnya ke atas seolah-olah geram kerana terus diganggu pembangkang ketika berbahas.

Khalid cuba mempertikaikan sikap Ibrahim seolah-olah hanya beliau pemimpin yang memperjuangkan hak dan institusi Raja-Raja Melayu dan terus keluar Dewan.

Isu yang dibangkitkan Ibrahim itu bagaimanapun mendapat sokongan Ahli Parlimen kerajaan termasuk Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dan Datuk Mohamed Aziz dari Sri Gading.

Malah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut bangga dengan ketegasan Ibrahim mempertahankan hak Raja-Raja Melayu di negara ini.

Mohamed Aziz berkata, Pasir Mas bercakap soal kedaulatan Raja-Raja Melayu dan semua pihak patut mendengar.

"Kenapa Padang Serai (Gobalakrshnan) nak marah. Apakah berdosa orang Melayu nak bela Raja-Raja?.. Syabas Pasir Mas," katanya.

Ketika ini sebahagian besar ahli parlimen pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar Dewan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu kemudian meneruskan perbahasan tanpa gangguan.

Terdahulu, sebelum kekecohan itu Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan hasrat Pengerusi DAP Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak perlu.

Beliau juga menyelar Anwar kerana menuduh BN mengugut dan menculik wakil rakyat PKR di Perak yang sudah lompat jadi wakil rakyat Bebas.

"Mereka tak ingatkah mereka kejar Ahli Parlimen BN sampai ke Taiwan kerana mahu 30 orang lompat ikut mereka," kata Ibrahim.

Menurut Ibrahim, kerana beliau wakil rakyat Bebas, pembangkang tidak kejarnya.

"Tapi kalau mereka dapat 29 orang, mereka kena kejar saya. Tapi bagi saya, ini boleh kalau dia (Anwar) jadi timbalan dan saya Perdana Menteri," katanya berseloroh.

Apapun selepas selesai membahaskan usul berkenaan, Ibrahim menerima ucapan tahniah daripada beberapa penyokong kerajaan kerana ketegasannya di Dewan malah, 'chief' Parlimen, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz juga berkata kepada Ibrahim ,"Inilah wira,".
.

18 February 2009

Rupanya ada benda besar di sebalik Isu Gambar YB Eli

Isu Ahli Dewan Undangan Negeri PKR kawasan Bukit Lanjan Selangor Elizabeth Wong tidak terhenti setakat penyebaran gambar bogelnya yang didakwa diambil secara curi. Tidak ada siapa pun yang waras fikiran merestui perbuatan rakam curi yang ikut istilah Wong ‘menceroboh privasinya’.

Apa yang Agendadaily dengar menjadi soksek di kalangan ahli-ahli PKR sendiri ialah pimpinan parti itu khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tengah cukup berserabut memikirkan bagaimana nak tangani isu Wong tanpa melondeh pekong yang bakal nak ‘meletup’.

Buat sementara mereka boleh halakan senapang ke arah sandiwara tuduhan biasa ia tindak tanduk jahat Barisan Nasional nak jatuhkan wakil rakyat Barisan Pembangkang. Namun tidak berapa lama lagi orangramai akan mula sedar apa isu sebenarnya di sini. Ia bukan sekadar gambar tetapi lebih melibatkan soal moral seorang pemimpin dan wakil rakyat PKR. Wong bukan beragama Islam maka tidak hairanlah seperti yang dikatanya dengan tegas dalam sidang akhbarnya di ibupejabat PKR pagi Selasa beliau tidak merasa ada buat apa-apa yang salah dan tidak malu dengan seksualitinya sebagai wanita bujang.

Sebab itu soal adanya lelaki dalam rumahnya di Bukit Gasing, Petaling Jaya yang didakwa ambil gambarnya itu bukan jadi isu baginya. Yang jadi isu baginya ialah gambar yang dirakam curi itu saja yang jejaskan reputasinya sebagai wakil rakyat. Apa yang pasti Wong yang berstatus wanita bujang berusia 37 tahun itu kenal baik atau intim sekali dengan lelaki yang berada dalam rumahnya itu.

Jika tidak mana mungkin lelaki itu boleh berada di dalam rumahnya apa lagi ketika dia sedang tidor di atas sofa. Namun apa yang cuba ditutup dan jadi perkara yang amat dibimbangi oleh para pemimpin PKR sekarang takut-takut ia ‘meletup” dan menjejaskan imej parti ialah teman lelaki Wong dikatakan seorang Pemuda Melayu Islam. Lebih membingung mereka lagi ialah teman lelaki itu dikatakan ahli PKR sendiri dan berkhidmat sebagai pembantu kepada seorang ahli parlimen PKR di Selangor.

Kalau betul bagai dikata ini sudah jadi kes bersekedudukan antara seorang wanita bukan Islam dengan lelaki Islam sama-sama ahli PKR. Jadi bagaimana mereka nak rasionalkan hal ini di kaca mata orangramai dan para penyokong khususnya yang beragama Islam.

Cuba bayangkan bagaimana rakan parti itu dalam Barisan Pembangkang khususnya PAS nak turut sama mempertahankan Wong apabila kelak tahu ia melibatkan kes bersekedudukan dengan seorang lelaki Islam ahli PKR. Ketika mereka cuba mendakwa BN tidak bermoral cuba menjatuhkan wakil rakyat mereka rupa-rupanya insan yang mereka cuba lindungi itu sendiri tidak bermoral dari kaca mata orang Islam. Sungguh anih sidang akhbar Wong tidak ada sesi soal jawab.

Kenapa beliau takut nak bersoal jawab dengan para wartawan. Beliau juga mengelak untuk bercakap lebih mengenai identiti teman lelakinya. Apakah ini kerana takut para wartawan korek perihal teman lelakinya itu seorang pemuda Melayu beragama Islam. Anwar sendiri mengelak ketika ditanya wartawan dalam sidang akhbarnya di lobi Parlimen petang Selasa adakah kemungkinan gambar Wong yang berbogel itu dirakam oleh ahli PKR dan mereka yang rapat dengan wanita itu, Bayangkan ini jawapan Anwar, "Saya tak tahu, saya tak mahu campur, sesiapa yang ambil kerja ni kerja jahat, siapa yang edar kerja ni kerja yang aibkan orang..jadi saya tak tahu,”. Mana mungkin Anwar tidak tahu siapa teman lelaki Wong kerana Penasihat PKR itu sendiri kata beliau dan isterinya Datin Seri Wan Azizah Ismail sudah menemui ADUN Bukit Lanjan itu untuk mendengar penjelasannya.

Untuk mengelak lagi beliau sekadar menjawab,"Kita dengar penjelasan beliau dan berasa simpati terhadap apa yang beliau tanggung berhubung usaha untuk menyerang peribadinya yang sangat jahat.” Soal yang semua orang nak tahu siapa sang penjahat yang ambil gambar curi Wong .Itu Anwar belum cakap secara pasti kecuali main sandiwaranya menuduh BN. Satu sumber yang rapat dengan pimpinan PKR memberitahu Agendadaily sebenarnya ada kalangan pimpinan PKR sudah lama tahu teman lelaki Wong itu ada simpan sesuatu “pasal Wong” dan telah cuba memujuknya agar tidak bertindak menyebarnya.

Sumber itu mengakui insiden penyebaran gambar itu lebih berpunca dari pertelingkahan peribadi antara seorang lelaki dan seorang wanita yang ' ada hal'. Ditanya mengapa BN pula yang dituduh sedangkan pekong itu sukar nak ditutup,sumber itu hanya tersenyum sambil selamba berkata, “ biasalah tu.”
.

Keputusan Liga Super 17/02/2009

Keputusan Penuh Perlawanan

Pahang 1 - 5 Kelantan
Negeri Sembilan 0 - 0 KL Plus
Perak 0 - 1 Terengganu
Pulau Pinang 3 - 1 PDRM
Johor FC 1 - 2 Perlis
Kedah 2 - 1 KM Naza
Selangor 0 - 1 UPB MyTeam