SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

09 February 2009

MP PAS Bukit Gantang meninggal dunia

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pagi ini ketika sedang menunggang basikal.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika dihubungi mengesahkan Roslan meninggal dunia pagi ini.

"Saya dimaklumkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak yang Ahli Parlimen PAS kerusi Bukit Gantang telah meninggal dunia pagi ini, saya difahamkan sakit jantung," kata beliau kepada mStar Online sebentar tadi.

"Kami terkejut dan tindakan susulan akan diputuskan pada mesyuarat selepas upacara pengebumian," kata beliau.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu mStar Online kira-kira pukul 1.20 tengah hari bahawa jenazah kini berada di hospital.

Allahyarham berusia 50 tahun dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Pentadbiran di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Malah beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia dan UiTM (dulu ITM) Perak.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Safiah Harun dan mempunyai 11 orang anak.

Pada pilihan raya unmum ke-12 8 Mac lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.

Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala calon BN, Abdul Azim Mohd Zabidi (Umno) menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.

Beliau meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 11 orang anak.
.

Najib : Kerajaan BN sedia berubah...

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia mengubah dasar-dasarnya untuk memulihkan kepercayaan rakyat yang mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum yang lalu.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia meneliti semula dan membuat perubahan sewajarnya terhadap dasar-dasar kerajaan.

Katanya, ia perlu bagi memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan berikutan keputusan pilihanraya umum 2008 yang menyaksikan sokongan di luar dugaan terhadap pembangkang, lapor Bernama.

Dalam pilihanraya umum tersebut, pembangkang menafikan BN penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat serta merampas Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Najib turut memberi jaminan bahawa kerajaan BN akan terus melaksanakan tanggungjawabnya berasaskan rakyat pelbagai kaum dan perkongsian kuasa bagi memastikan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dibela.

"Ia bukanlah soal sama ada kerajaan majoriti ataupun minoriti. Ia adalah kerajaan untuk semua rakyat Malaysia," katanya semasa berucap di majlis Malam Muhibbah Malaysia-China di ibunegara malam tadi.

Menurutnya, kerajaan BN komited untuk memperjuangkan hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia.

'Bangunkan negara'

"Saya percaya kami boleh memenuhi inspirasi dan aspirasi semua kaum. Marilah kita mencari penyelesaian baru bagi menangani permasalahan. Marilah kita membangunkan bukan sahaja hubungan ekonomi dan politik, tetapi juga jalinan sosial dan kebudayaan dengan semua kumpulan etnik di negara ini," katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut menggesa masyarakat Cina terus bekerja bersama-sama dengan kaum lain di negara ini, bagi membangunkan negara.

"Seperti yang pernah dinyatakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bahawa kita boleh mempercayai rakyat Cina di China pada 1974 (apabila Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan China), saya akan menyatakan perkara yang sama bahawa kita boleh mempercayai dan mempunyai keyakinan dengan masyarakat Cina di Malaysia.

"Marilah kita berganding bahu, bersama-sama membuka lembaran baru, era baru dan masa depan baru bagi semua rakyat Malaysia," katanya.

Najib turut mengulangi bahawa kebajikan masyarakat Cina di Perak akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri BN, yang baru dibentuk.
.

3,000 Oarang Melayu berhimpun sokong Sultan Perak



Kira-kira 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) pagi tadi mengadakan demonstrasi secara aman di Ipoh bagi menunjukkan sokongan mereka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahari berkata, demonstrasi selama sejam bermula pukul 10.30 pagi itu diadakan di belakang sebuah hotel dan diterajui oleh Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Malaysia (BBPM).

"Selepas perhimpunan itu, Ketua Umum BBPM, Osman Bakar menghantar memorandum sokongan tersebut kepada Istana Kinta untuk diserahkan kepada Tuanku Sultan.

"Memorandum tersebut menyatakan taat setia kepada Tuanku dan agar keluhuran perlembagaan dan Rukun Negara dihormati oleh rakyat Malaysia seluruh negara," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Himpunan ini diadakan selepas sekumpulan inidividu dipercaya penyokong Pakatan Rakyat mengadakan protes ketika majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru kelmarin.

Situasi politik di Perak kini sedang bergolak apabila Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf kerajaan baru BN yang secara rasminya kembali 'merampas' negeri itu setelah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Jumaat lalu.

BN berjaya mengambil alih pentadbiran 11 bulan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu selepas tiga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bebas daripada Pakatan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN.

Khamis lalu, Sultan Azlan Shah memutuskan baginda tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan dan meminta Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar setelah yakin Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan ADUN.

Bagaimanapun, Mohammad Nizar sehingga hari ini masih enggan melepaskan jawatan itu kerana menganggap beliau masih secara sah menjawat jawatan Menteri Besar di bawah peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya Jumaat lalu berkata, pihaknya akan memfailkan satu saman bagi mencabar kesahihan pelantikan Menteri Besar yang baru dari BN.

Dalam pada itu, berhubung tarikh baru mesyuarat BN negeri yang dijadualkan semalam tetapi dibatalkan di saat-saat akhir berikutan Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat hadir, Ramly berkata, ia masih belum diputuskan.

.

08 February 2009

Lompat parti - Karpal Singh minta Anwar letak jawatan

Sebelum ini apabila para pemimpin Barisan Nasional (BN) cakap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi pelopor budaya lompat parti ia dianggap satu propaganda. Semua orang tahu mengenai Pelan 16 Septembernya yang tak menjadi hingga ada drama kejar mengejar para Ahli Parlimen BN yang melawat Taiwan tidak lama dahulu.

Kemudiannya beliau tampil bergaya apabila Ahli Dewan Undangan Negeri BN kawasan Bota, Perak Datuk Nasaruddin Hashim melompat 11 hari ke PKR. Tidak timbul soal perlu pilihanraya semula. Bagi Anwar itulah demokrasi.

Namun apabila dua Exco Kerajaan Negeri PKR Perak, Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu isytihar diri melompat jadi wakil rakyat Bebas, beliau terus menjerit kata tak sah. Rupanya dalam barisan pembangkang ramai yang ‘angin satu badan’ pada Anwar kerana bersikap lidah bercabang dalam soal melompat parti.

Ada yang memendam rasa dan ada yang sudah tidak tahan dengan karenahnya.

Ahad, Pengerusi DAP, Karpal Singh lepas bom apabila beliau dalam satu sidang akhbar di Georgetown mahu Anwar letak jawatan sebagai Ketua Umum barisan pembangkang. Baginya Anwar tidak layak jadi ketua mereka kerana bertanggungjawab mempromosikan budaya lompat parti hingga mencetuskan ketegangan di kalangan pembangkang.

Karpal mengakui ahli PKR dan DAP telah terperangkap dengan retorik Anwar yang menyokong perbuatan wakil rakyat melompat parti.

"Beliau telah menyebabkan cukup masalah dan sudah tiba masa bagi Anwar bertaubat.

"Kini masa untuk Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin," kata Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang.

Difahamkan di kalangan pemimpin pembangkang merasakan tamparan hebat apabila Anwar terkena jeratnya sendiri dengan tindakan Nasaruddin kembali menyertai UMNO. Ada yang merasa malu kerana tak tahu nak berjawab lagi dalam soal lompat parti kerana semua tahu Anwar adalah 'kepala' dalam tindak-tanduk ini. Mereka dikatakan menyalahkan Anwar hingga jatuhnya kerajaan negeri Perak kepada BN kerana nak mengejar cita-citanya merampas kerajaan pusat menerusi pintu belakang.

Juga difahamkan selain DAP, di kalangan pimpinan PAS sendiri berbeza pendapat terhadap gerakan Anwar nak memancing Ahli Parlimen BN menerusi lompat parti. Mereka yang diketahui kuat mendokongnya hanyalah puak Erdogan - iaitu gelaran bagi kalangan pemimpin PAS yang pro-Anwar diketuai oleh Datuk Husam Musa
.

Apa Beza Islam Memerintah dan Islam Diperintah?

Kita lihat analisa kerusi di Perak; Jumlah 59 kerusi

Sekarang apabila BN memerintah -

Kerajaan (31 kerusi)
UMNO 27 kerusi -Islam
MCA 1 kerusi - bukan Islam
Bebas 2 kerusi - Islam
Bebas 1 kerusi - bukan Islam

oleh itu; Islam 29/31 kerusi - ISLAM memerintah

Pembangkang (27 kerusi)
DAP 17 kerusi - bukan Islam
PKR 4 kerusi - bukan Islam
PKR 1 kerusi - Islam
PAS 6 kerusi - Islam

oleh itu; Islam 7/27 - Islam diperintah..

Apabila BN memerintah Perak, bermakna ISLAM yang memerintah, kerana dalam kerajaan kerusi ISLAM majoriti iaitu 29 daripada 31 kerusi.

Sebaliknya ketika Pakatan Rakyat memerintah, ISLAM diperintah, kerana Islam adalah minoriti. Pada masa itu kerusi Islam hanya 9 buah (Pas 6 + PKR 3) sebelum 2 ADUN Islam PKR keluar parti. Kini hanya tinggal 7 buah kerusi Islam.

Yang mana lebih baik kita menyokong kerajaan ISLAM MEMERINTAH seperti sekarang berbanding mendokong kerajaan ISLAM DIPERINTAH seperti kerajaan Nizar.
.