SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

08 February 2009

Wakil Rakyat Pembangkang India Di Perak Diajak Sertai BN

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional mengalu-alukan wakil rakyat pembangkang berketurunan India di negeri ini menyertai BN untuk memajukan kaum itu.

"Pintu BN sentiasa terbuka tetapi itu bukan syarat. Kami tidak memberi syarat dan kami tidak mahu dikenakan syarat (iaitu melantik ke jawatan exco)... tetapi mereka juga mempunyai pertimbangan untuk memajukan kaum mereka dan cara terbaik ialah bersama-sama kami," katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata ini kerana tidak ada seorang anggota Dewan Undangan Negeri daripada parti MIC, PPP dan IPF yang dipilih oleh rakyat bagi mewakili suara mereka di peringkat berkenaan.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata hasil perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Zambry, terdapat tiga elemen utama yang akan diberi penekanan di Perak.

Tiga elemen itu ialah perpaduan dan keharmonian antara kaum, pembasmian kemiskinan terutama miskin tegar tanpa mengira kaum dan agama serta pembangunan infrastruktur.
.
- BERNAMA

.

Belia Perak Mahu Karpal Dikenakan ISA

Majlis Belia Negeri Perak (MBNP) mahu Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh kerana didakwa menggugat keselamatan negara.
.
Pengerusinya Hang Tuah Din berkata: "Karpal Singh seharusnya faham dan tahu mengenai perpaduan serta tidak menganggu-gugat keharmonian yang dibina selama ini.
.
"Hang Tuah berharap penduduk Perak matang dalam memahami situasi politik semasa dan tidak mudah melatah hingga tidak menghormati institusi Kesultanan Melayu.
.
"Sebarang isu serta permasalahan boleh diselesaikan dengan cara baik jika setiap individu memainkan peranan yang bijak dan bertanggungjawab," katanya.
.
Beliau berkata pertubuhan itu berasa "jijik dan dukacita" dengan demonstrasi yang berlaku sewaktu majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar semalam.
.
"Sesungguhnya demonstrasi bukanlah budaya rakyat negeri Perak," katanya.Hang Tuah turut memohon Sultan Perak melucutkan gelaran "Datuk Seri" daripada Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin kerana ingkar titah baginda supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak.
.
- BERNAMA
.

Laporan Polis dibuat oleh pelbagai NGO di Perak

Di fahamkan hari ini hampir 20 laporan polis telah dibuat oleh pelbagai NGO di Perak terhadap Karpal Singh, Nizar, Anwar, Kit Siang dan beberapa penderhaka kerana sikap mereka yang menderhaka Sultan Perak.
.
NGO-NGO di Perak akan membuat satu Sidang Akhbar pada tengahari ini bagi menyatakan pendirian tegas Rakyat Perak yang menjunjung kasih taat setia kepada DYMM Sultan Perak.
.

'Melayu Perak bukan patung wayang kulit'

Pengerusi DAP Karpal Singh dan pemimpin pakatan pembangkang hari ini diberi amaran keras supaya berhenti memperlekehkan Raja-raja Melayu dan jangan menjadikan Melayu Perak patung wayang kulit.

Orang Melayu di negeri itu juga diingatkan supaya tidak lagi membiarkan diri mereka diperkudakan untuk menyanggah institusi beraja yang merupakan 'urat nadi' orang Melayu selama ini.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu memberi amaran tersebut ekoran sikap biadap pemimpin pakatan pembangkang sewenang-wenangnya 'memijak' Raja-raja Melayu ekoran keengganan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), Jamaludin Yusof berkata, tindakan Karpal dan sekutunya yang melakukan provokasi termasuk menyaman Sultan Perak sebenarnya adalah satu bentuk penghinaan amat dahsyat kepada orang Melayu.

Tegas beliau, pihaknya melihat penderhakaan secara terang-terangan terhadap Sultan Azlan Shah sebagai malapetaka terhadap kaum Melayu.

Lebih menyedihkan, katanya, orang Melayu yang berjubah dan berserban telah dihasut untuk berdemonstrasi menentang titah baginda.

"Seolah-olah orang Melayu menjadi patung wayang kulit, Karpal pula menjadi 'tok dalang', manakala Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak mengadu domba," ujar beliau ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan liar penyokong pakatan pembangkang yang merusuh di perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat semalam untuk menghalang pelantikan Menteri Besar baru daripada Barisan Nasional (BN) yang diperkenan oleh Sultan Azlan.

Terdapat antara mereka yang berdemonstrasi itu bertindak berbaring di atas jalan raya bagi menghalang kenderaan rasmi Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah selain menghamburkan kata-kata kesat.

Hampir keseluruhan mereka yang menyertai perhimpunan haram untuk mempertahankan kerajaan pakatan pembangkang yang didominasi oleh parti DAP itu terdiri daripada orang Melayu.

Menurut Jamaludin, Pekida berpendapat, Pengerusi DAP itu mungkin mempunyai motif lain untuk menimbulkan kekacauan dan menarik perhatian masyarakat dunia bahawa Sultan Azlan adalah seorang raja yang berat sebelah.

Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail pula berkata, tindakan biadap Karpal mahu mengemukakan saman terhadap Sultan Azlan Shah dikhuatiri boleh menanam perasaan benci terhadap institusi beraja.

Presiden Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) dan Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan Wilayah Persekutuan itu menegaskan, tindakan DAP itu seolah-olah menggambarkan Sultan Perak membelakangkan peruntukan undang-undang.

"Dalam hal ini, saya mengingatkan pemimpin pembangkang terutama Anwar, Karpal dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang agar bertindak secara profesional dan menerima hakikat kegagalan mereka memerintah negeri ini," tegas beliau.
.

Nizar masih belum kembali ke alam nyata..

MOHAMAD Nizar Jamaluddin (kiri) mempengerusikan ‘mesyuarat khas Exco’ di kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh, semalam

DATUK Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih menganggap beliau adalah Menteri Besar yang sah semalam ‘mempengerusikan mesyuarat khas Exco’ dan ‘meluluskan’ empat perkara berkaitan pentadbiran negeri. Antara perkara yang diluluskan adalah :-

- Tempoh pajakan tanah perindustrian yang sebelum ini antara 30 hingga 60 tahun dilanjutkan sehingga 99 tahun.

- Tempoh perkhidmatan 342 ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan daerah yang tamat pada 31 Disember lalu disambung secara automatik.

- Peruntukan RM2.7 juta bagi aktifkan semula Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah sebagai lapangan terbang penerbangan tambang murah (LCCT).

- Peruntukan dana khas sebanyak RM1 juta untuk waris-waris individu warga emas semua kaum berusia 65 tahun ke atas yang meninggal dunia.
.