SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

08 February 2009

Zambry jamin nasib India Perak dibela

Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, hari ini memberi jaminan nasib orang India di negeri ini akan terus dibela walaupun kaum itu tidak mempunyai wakil daripada Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau berkata, kaum India tidak perlu bimbang kerana kepentingan mereka tidak akan dipinggirkan kerajaan negeri BN.

“Walaupun tidak ada wakil kaum India. Namun dijamin semuanya akan dijaga dengan sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Thaipusam di Gunung Cheroh, di sini pagi ini.

Beliau mengulas mengenai pertimbangan yang diambil oleh kerajaan negeri BN yang tidak mempunyai wakil kaum India dalam pembentukan barisan Exco kerajaan negeri Perak yang baru.

- Bernama
.

Syor terhadap Penghina Raja


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Apa tindakan yang patut dikenakan terhadap penghina Raja ini?
.

A. Dikenakan tindakan ISA
B. Melucut kerakyatan
C. Syor penderhaka diharam jejak kaki di Perak
D. Semua di atas


.

Orang Melayu Marah Raja Dihina

MARAH... SEBAHAGIAN ahli-ahli UMNO Bahagian Ampang Jaya dan NGO mengadakan demonstrasi membantah tindakan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang disifatkan menderhaka kepada Sultan Perak di hadapan IPD Ampang dekat Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Wahidah Zainal

Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – DR. MAHATHIR MOHAMAD (Bekas Perdana Menteri).

Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda pakatan pembangkang dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan. Ia adalah amat memalukan, raja perlu dihormati. – MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO).

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, institusi raja dilibatkan begitu agresif sehingga ke peringkat perundangan hanya akibat daripada kekecewaan politik segelintir pihak. – DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Seolah-olah kita (orang Melayu) jadi patung wayang kulit, Karpal Singh pula menjadi `tok dalang’, manakala Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengadu domba. – JAMALUDIN YUSOF (Presiden Pekida).

Tindakan Karpal Singh itu seolah-olah cuba menjolok sarang tebuan. Beliau boleh membawa kes tersebut ke mahkamah namun implikasi yang akan ditanggung nanti begitu besar kerana orang Melayu tidak akan berdiam diri. – IBRAHIM ALI (Presiden Perkasa).

Anwar dan Karpal sama sahaja, misi mereka untuk menjatuhkan kerajaan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memalukan kaum Melayu. Tindakan mereka membuktikan pembangkang berada dalam keadaan paling tertekan dan kehabisan idea untuk menipu rakyat. – FERIZ OMAR (Presiden Prowaris)
.

07 February 2009

Penghinaan dan cabar maruah Sultan Perak - Najib

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin atau siapa sahaja daripada pakatan pembangkang hendak menyaman Sultan Perak sebagai satu penghinaan kepada Sultan Azlan Shah. Malah katanya, ia tidak wajar dilakukan sama sekali oleh sesiapa yang menyanjung tinggi sistem Raja Berpelembagaan di negara ini.
.
''Keputusan yang dibuat oleh Tuanku berdasarkan pengamatan Tuanku bahawa ia menepati Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Jika sekiranya Mohammad Nizar dan pakatan pembangkang nak saman Tuanku, ia mempersoalkan maruah dan imej Tuanku sebagai raja pemerintah," katanya hari Jumaat.
.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nizar dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak kerana melantik ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Peak yang ke-11 ekoran berlakunya pergolakan politik di negeri Perak.
.
Sultan Azlan membuat keputusan tersebut kerana tiga ADUN kerajaan campuran sebelum ini iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering, Osman Jailu dari Parti Keadilan Rfakyat (PKR) dan ADUN Jelapang dari DAP, Hee Yit Fong mengisytihar keluar parti amsing-masing dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).
.
Malah ketiga-tiga mereka telah memberikan pengakuan menyokong kerajaan BN dan calon Menteri Besar yang dikemukakan oleh BN pada satu majlis mengadap Sultan Perak diadakan, Khamis lalu.
.
Menurut Najib, tindakan pembangkang tersebut jelas mempersoalkan maruah dan imej Sultan Azlan Shah sebagai raja pemerintah yang mempunyai hak membuat tafsiran dari segi perlembagaan berhubung kedudukan seseorang Menteri Besar. Ditanya perasaannya selepas kejayaan BN menguasai kerajaan negeri, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional Perak menjelaskan, ia bukan merupakan satu kemenangan peribadi sebaliknya memberi peluang kepada BN untuk berkhidmat kepada rakyat negeri itu.
.
''Saya anggap ini bukan kemenangan peribadi tapi sebagai satu kemenangan kepada rakyat Perak untuk memulakan satu era baru demi masa depan mereka," katanya di Ipoh sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis angkat sumpah Dr. Zambry di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
.
Majlis angkat sumpah tersebut memperlihatkan sikap sebenar pembangkang apabila bukan sahaja mempertikaikan keputusan Sultan Perak, malah mereka mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Masjid Ubudiah menyatakan protes mereka dengan membaling batu ke arah kenderaan yang lalu untuk ke Istana.
.
Banyak kenderaan orang-orang kenamaan termasuk kereta Raja DiHilir Perak mengalami kerosakan ekoran perbuatan melampau para penyokong pembangkang yang jelas mencabar keputusan Sultan Perak melantik Dr. Zambry menggantikan Nizar yang dititahkan meletakkan jawatan sesuai dengan Fasal XVI (6) kerana Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ahli dalam Dewan Undangan Negeri Perak.
.

Zambry angkat sumpah MB ke-11

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, 47, merupakan Menteri Besar Perak ke-11 sejak kerajaan negeri Perak ditubuhkan pada tahun 1950.

Beliau mengangkat sumpah memegang jawatan hari ini bagi mengambil alih daripada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat yang memegang jawatan Menteri Besar ke-10 hanya selama 10 bulan. Sultan Perak Sultan Azlan Shah semalam menitahkan Mohammad Nizar meletak jawatan setelah berpuas hati beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota dewan selepas empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar parti masing-masing dan mengisytiharkan sokongan kepada Barisan Nasional.

Menteri Besar Perak yang lain ialah :
  1. Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz (1950-1957),
  2. Tan Sri Mohd Ghazali Jawi (1957-1960),
  3. Datuk Shaari Shafie (1961-1964),
  4. Datuk Seri Ahmad Said (1964-19 Mac 1970)
  5. Datuk Seri Kamaruddin Mat Isa (19 Mac 1970-Ogos 1974),
  6. Tan Sri Mohd Ghazali Jawi (4 Sept /1974-Sept 1977),
  7. Datuk Seri Wan Mohammad Wan Teh (1 Okt 1977-1 Mac 1983),
  8. Tan Sri Ramli Ngah Talib (1 Mac 1983-11 Nov 1999),
  9. Datuk Seri Dr. Mohd. Tajol Rosli Ghazali (2 Dis 1999-Mac 2008).
- BERNAMA
.