SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

05 February 2009

Status ADUN Bebas: Speaker DUN kini di mahkamah

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar kini berada di Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan bahawa surat letak jawatan tiga ADUN dari Pakatan Rakyat - yang telah keluar parti dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas, adalah sah.

Beliau berada di bangunan Mahkamah Tinggi di Ipoh pada pukul 9 pagi tadi.

Pada Isnin lalu, beliau menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang.

Sehari sebelum itu, Sivakumar dalam satu kenyataan media mengumumkan dua ADUN iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai ADUN di rumah beliau.

Bagaimanapun, kedua-dua wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lepas, pada malam tadi menafikan kenyataan Sivakumar bahawa mereka telah meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta.

Mereka mendakwa surat yang dimaksudkan oleh Sivakumar adalah surat yang ditandatangani oleh mereka pada 8 Mac tahun lepas selepas pilihan raya umum tahun lepas.

Najib tiba menghadap Sultan Perak, jam 9.49 pagi

IPOH: Datuk Seri Najib Razak memasuki Istana Kinta Ipoh jam 9.49 pagi tadi dengan menaiki Perdana Eksekutif berwarna hitam bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perak sempat menurunkan cermin tingkap kereta dan melambai tangan ke arah wartawan yang menunggu di luar pintu masuk istana.

Pada masa ini TPM dan Zahid masih mengadap Tuanku Sultan.

Orang ramai dan para wartawan berkumpul di hadapan pintu masuk Istana sejak awal pagi. Semua masih menunggu berita terkini.
.

04 February 2009

MB Perak Tinggalkan Istana Kinta dengan kecewa

Kecewa.. Kecewa yang amat sangat...

Mungkin itulah perasaan Menteri Besar Perak yang bakal pencen petang ini, Datuk Seri Ir Nizar apabila gagal meyakinkan DYMM Tuanku Sultan Perak untuk memohon perkenan baginda membubarkan DUN petang ini.

Menyedari tidak punyai apa-apa harapan lagi untuk mempertahankan kerajaannya yang sudah runtuh, beliau dengan perasaan yang amat kecewa meninggalkan perkarangan Istana Kinta dengan sejuta kehampaan..

Tempoh 11 bulan menduduki kerusi empuk MB pastinya belum puas lagi. Itulah balasan Allah kepada hamba-hambanya yang bongkak dan kufur dengan nikmat yang dipinjamkan-Nya.

"Camry ADS 10" baru saja beberapa hari dapat rasa.. kononnya Perdana V6 tak selesa, tak sesuai dengan statusnya sebagai seorang ketua kerajaan negeri.. Itu lah contoh manusia yang tak bersyukur dengan nikmat Allah.

"Kediaman Rasmi Menteri Besar" diguna untuk program politik parti dan suku sakatnya, terpaksa dikosongkan.. oh alangkah bestnya tinggal dalam rumah besar itu.. tapi itukan rumah rasmi kerajaan, bukan PAS yang bagi, bukan PKR yang bina, bukan DAP yang kasi dan bukan Amerika (kawan-kawan Anwar) yang sponser..itu rumah milik rakyat.. manakan dibuatnya jadi macam markas parti dia pula..

"Oh kroni-kroni termasuk nun jauh di Kelantan.. yang dapat kontrak balak puluhan juta apa akan jadi.. sempatkah balak-balak yang telah ditebang itu dikeluarkan sebelum rahsia terbongkar.. berapa komisen agaknya?? Balak.. secara logiknya bukan sedikit.

"Oh apa nak jadi dengan tanah yang diberi kepada kampung-kampung baru Cina dipajak selama 999 tahun itu". Baru saja isytihar exco luluskan.. kerajaan baru nanti akan teruskan ker??... no way.. apa Nizar nak jawab kat Lim Kit Siang...

"Oh gaji Menteri Besar yang belas-belas ribu itu".. kena lepaskan.. sayangnya...

"Elaun-elaun yang macam-macam itu bagaimana...tak merasalah gaji besar selepas ini...

"Oh..nak dapat naik kapal terbang free pun tinggal angan-angan aje lah.. nak melancong dan melencong ke luar negara pun tak merasa..

Walau bagaimanapun sedarilah wahai saudara Nizar.. dengan berundurnya saudara dari tahta Menteri Besar, moga-moga akan terlepaslah dosa ke atas dirimu kerana selama ini sanggup merelakan diri diperalat, menjadi boneka kepada mereka yang menentang Allah dan Rasul.. Mudah-mudahan..

Amin
.

Pakatan Rakyat Perak tumbang, BN bentuk kerajaan

Suatu perkembangan yang ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh rakyat DYMM Sultan perak malah seluruh negara untuk menyaksikan kerapuhan kerajaan 'camry-999' Perak akhirnya tersembam dalam keadaan yang paling hina.
.
Sebentar tadi YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi UMNO Perak membuat sidang akhbar mengumumkan BN mendapat sokongan 4 orang ADUN Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru.
.
Serentak dengan itu kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang baru berusia 11 bulan tumbang secara rasminya petang.
.
BN kini mempunyai majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan baru di Perak.
.
"Tiga ADUN berkenaan memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Sultan Perak bagi memaklumkan merekatelah keluar dari parti masing-masing.
.
"Hari ini juga ADUN Bota juga memaklumkan bahawa beliau mahu kembali bersama Umno," katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.
.
Tiga ADUN Pakatan Rakyat bekenaan ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).
.
Manakala ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua minggu lalu turut mengambil keputusan untuk kembali menyertai Umno dan BN.
.
"Mereka semua memberi mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar baru, dan memberi akujanji akan bersama-sama dengan memberi sokongan mengenai calon Menteri Besar yang akan dicalonkan oleh BN nanti," katanya.
.
Najib berkata beliau akan mengadap Sultan Perak dalam tempoh terdekat.

.

3 Surat keluar Pakatan Rakyat daripada 3 ADUN Perak

Berikut adalah salinan surat ketiga-tiga ADUN Pakatan Rakyat yang telah mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada parti masing-masing dan mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat.
.
Surat-surat ini diperolehi daripada sumber dalaman PKR dan DAP, mengesahkan surat berkenaan telah diterima oleh parti masing-masing berdasarkan cop tanda terima PKR dan DAP pada surat berkenaan.
..
Surat YB Hee Yiot Foong
(ADUN Jelapang yang juga Timbalan Speaker DUN Perak)
.
Surat YB Jamaluddin Mohd Radzi
(ADUN Behrang)

.
Surat YB Kapten (B) Osman Jailu
(ADUN Changkat Jering)

.