SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

02 November 2008

Najib Azam Galas Amanah Kepercayaan Akar Umbi Umno


KUALA LUMPUR, 2 Nov - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden Umno selepas mendapat 134 pencalonan bagi jawatan itu hari ini, menyatakan keazaman untuk menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh akar umbi Umno.

Beliau percaya pencalonan itu mencerminkan kehendak dan keyakinan akar umbi terhadap pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui bersama Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya berazam untuk menggalas amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin bagi menangani segala cabaran yang sedang dihadapi oleh Umno dan BN.

"Saya bersyukur dan terharu di atas kepercayaan yang telah diterjemahkan dalam bentuk pencalonan oleh 134 bahagian yang telah bersidang, sekali gus menandakan kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Umno," kata beliau dalam laman blognya 1Malaysia.com.my.

Najib juga berharap agar proses pemilihan yang sedang berlaku sekarang dapat terus berjalan dengan bersih dan teratur.

"Marilah kita bermuafakat dan bekerjasama untuk membawa obor perjuangan murni agama, bangsa dan Negara," katanya.

Timbalan Presiden Umno itu hari ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden Umno apabila menambah 22 lagi pencalonan baru sehingga pukul 7 malam ini.

Ini menjadikan jumlah yang diterima Najib sebanyak 135 pencalonan.

Najib menerima pencalonan daripada bahagian Batu Kawan, Tawau, Silam, Keningau, Teluk Kemang, Tampin, Puchong, Sekijang, Ayer Hitam, Kulim-Bandar Baharu, Tanjung Malim, Segamat, Bentong, Kapar, Kota Raja, Muar, Indera Mahkota, Klang, Cameron Highlands, Teluk Intan, Balik Pulau dan Labuan.

- BERNAMA
.

Timbalan Presiden: Debaran makin terasa….


Tumpuan kini hanya pada Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mampukah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Ketua Menteri Melaka itu menyertai Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO?

Tandatanya ini semakin mendebarkan apabila Muhammad Sabtu mendapat lima lagi pencalonan menjadikan jumlah yang diperolehinya 22 manakala Ali pula tiga yang meningkatkan kedudukannya pada 26.

Lima bahagian yang calonkan Muhammad ialah Bera, Jerantut, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Kuala Krau. Manakala Ali mendapat pencalonan dari Keningau, Padang Serai dan Batu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pula setakat ini dapat 69 pencalonan. Beliau menambah empat pencalonan yang diterima dari Bagan, Tambun, Kota Bahru dan Kubang Pasu.

Ahad selain kemungkinan pencalonan dari bahagian-bahagian lain Muhammad dilihat boleh bergantung harap pada enam bahagian dalam negeri Selangor yang akan berbesyuarat iaitu Hulu Selangor, Puchong, Kapar, Pandan, Kota Raja dan Kelang.

UMNO Selangor ada 22 bahagian.Dari bahagian-bahagian yang sudah bermesyuarat bekas Menteri Besar Selangor itu setakat ini cuma miss pencalonan dari UMNO Bahagian Shah Alam.

Ali pula sekalipun turun dengan backing enam bahagian di Melaka telah membuktikan beliau mampu menarik pencalonan dari bahagian-bahagian di negeri lain.

Kuota kelayakan untuk jawatan Timbalan Presiden ialah 39.

.

Isa Samad layak bertanding naib presiden

5.40 pm - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad menjadi calon keenam layak bertanding jawatan Naib Presiden selepas melepasi kelayakan maksima 20 pencalonan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Isa mengesahkan beliau telah memperolehi 21 pencalonan sehingga lewat petang ini.

Lima calon yang telah layak bertanding Naib Presiden sebelum ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein yang mendapat 109 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (78), Datuk Shafie Apdal (56), Datuk Khaled Nordin (60) dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Isa berkata, beliau mendapat 14 pencalonan semalam dan menambah tujuh lagi pencalonan hari ini.

Menurutnya, beliau mendapat pencalonan itu dari bahagian Ayer Hitam, Muar, Teluk Kemang, Kuala Pilah, Tampin, Teluk Intan dan Kapar.

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (16), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah sadique (1).

2.20 pm - Bagi jawatan naib presiden pula, bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad memerlukan dua lagi pencalonan untuk layak.

.

Najib Presiden baru UMNO, menang tanpa bertanding


Seperti yang dijangkakan, Datuk Seri Najib Tun Razak menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden Umno.

Beliau yang juga timbalan presiden Umno memperolehi pencalonan ke-133 pada jam 4.15 petang tadi dari bahagian Cameron Highlands.

Dengan memperolehi pencalonan tersebut, Najib sekaligus menutup peluang ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan tersebut.

Tengku Razaleigh memerlukan sekurang-kurangnya 59 pencalonan untuk layak bertanding jawatan presiden.

Beliau yang juga ahli Parlimen Gua Musang, hanya mendapat satu pencalonan dari bahagiannya semalam.

Bahagian yang mencalonkan Najib hari ini ialah Teluk Kemang, Tawau, Kota Raja, Puchong, Segamat, Ayer Hitam, Kulim/Bandar Baharu, Batu Kawan, Tampin, Sekijang, Tanjung Malim, Kapar, Bentong, Kuala Pilah, Indera Mahkota, Balik Pulau, Pandan, Camerons Highlands dan Silam.

.

01 November 2008

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas

KEPUTUSAN PENUH MESYUARAT PERWAKILAN
UMNO BAHAGIAN PASIR MAS
(2008-2011)

PENGERUSI TETAP : ADIB BIN IBRAHIM
TIMB PENGERUSI TETAP : ZULKIFLI BAKAR

KETUA BAHAGIAN : HJ HANAFI MAMAT
TIMB KETUA BAHAGIAN : CHE JOHAN CHE PA
NAIB KETUA BAHAGIAN : ABDUL AZIZ MOHAMAD


AHLI JAWATANKUASA;

1. MAZLAN MAMAT
2. AFFENDY MOHD YUSOFF
3. ARIMAN RAMLI
4. SAMSUDIN YUSOFF
5. NURDIN CHE KOB
6. MOHD MUSTAMAM CHE YUSOF
7. NIK LAH IBRAHIM
8. MUHAMAD ASRINANI MOHD SAYUTI
9. ANUAR HAMZAH
10. HJ MAT YASIN MAT YAMAN
11. AZHA ISMAIL
12. ZULKEFELI ARIFFIN
13. ZUKI ABU LIPAH
14. KADIR ISMAIL
15. HJ ABDULLAH ABD RAHMAN
16. SAPIAN ZAKARIA
17. SUKERI SALLEH
18. HJ ASHAARI CHE ALI
19. MAZLAN IDRIS
20. RAZALI SAAD


PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. HJ HUZAIMI YAHYA
2. AHMAD MAMAT