SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

04 July 2008

Anwar `bermain api' nak selamat diri

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan ‘bermain dengan api’ apabila sanggup menggunakan apa juga cara demi untuk menyelamatkan dirinya. Beliau disifatkan begitu oleh Ketua Pemuda UMNO Johor, Razali Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Muar ketika mengulas perkembangan terbaru isu-isu yang melibatkan Anwar sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Dalam kenyataanya kepada Agendadaily hari Jumaat, Razali berkata, bukti Anwar bermain dengan api ialah pabila sanggup menggunakan akuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang kini telah ditarik balik, membuat kenyataan yang bercanggah dan kelihatan amat bersungguh-sungguh inginkan campur tangan asing dalam pentadbiran negara.

“Apa yang sedang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka kembali tembelangnya kerana ia sama seperti apa yang beliau lakukan dahulu dan generasi muda diseru jangan sesekali lupa serta terpedaya dengannya,” katanya. Berikut adalah kenyataan penuh Razali Ibrahim: Apa yang sedang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka kembali tembelangnya kerana ia sama seperti apa yang beliau lakukan dahulu dan generasi muda diseru jangan sesekali lupa serta terpedaya dengannya.

Anwar bermain dengan api bila dia sanggupmenggunakan apa juga cara bagi menyelamatkan dirinya seperti yang berlaku dengan Akuan Bersumpah yang dibuat oleh P. Balasubramaniam tetapi kemudiannya ditarik semula. Beliau membuat terlalu banyak kenyataan yang bercanggah antara satu dengan yang lain yang mengelirukan sehingga menimbulkan persoalan tentang apakah pendirian beliau sebenarnya dan apa yang dimahukan. Sikap ini amat tidak bertanggungjawab kerana ia akan meruntuhkan sistem perundangan kita. Bagaimana rakyat mahu percaya dengan keikhlasannya jika dia sendiri cuba untuk menghancurkan sistem yang ada dengan menimbulkan keraguan melalui pelbagai cara.

Dalam masa yang sama jelas terbukti hari ini bahawa Anwar memang bersungguh-sungguh sejak dahulu lagi untuk membawa campurtangan kuasa luar terutama Amerika Syarikat dalam pentadbiran negara ini. Dulu Al-Gore, kemudian Paul Wolfowitz dan terbaru Tom Casey. Saya yakin dia tidak akan berhenti dan sanggup menggunakan sesiapa sahaja bagi mencapai matlamat peribadi yang mencurigakan itu. Ini amat berbahaya kepada keselamatan dan kedaultan negara (he is dancing with the devil).

Dalam suasana yang tidak menentu hari ini kita sepatutnya mengukuhkan kerjasama antara kita dalam usaha meningkatkan daya saing negara dan bukannya mempertaruhkan masa depan demi memuaskan hati masing-masing.
.

Polis akan siasat dua akuan bersumpah Balasubramaniam, kata Ismail

KUALA LUMPUR: Polis akan menjalankan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam walaupun beliau menarik balik tuduhan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis akan menyiasat akuan bersumpah yang dibuat oleh Balasubramaniam pada 1 Julai lalu dan begitu juga terhadap akuan bersumpah yang bertarikh hari ini.

"Polis akan siasat kedua-duanya. Yang semalam kita siasat dan yang ditarik (balik) hari ini juga kita siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Balasubramaniam, yang juga saksi dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya, semalam mengedarkan akuan bersumpah bertarikh 1 Julai yang mengandungi beberapa butiran yang didakwanya menunjukkan hubungan awal antara Altantuya dan Najib.

Bagaimanapun, dalam akuan bersumpahnya bertarikh hari ini, Balasubramaniam menarik balik seluruh isi kandungan dalam akuan bersumpahnya sebelum ini.

Ismail berkata, polis akan tetap menyiasat akuan bersumpah pertama Balasubramaniam kerana beliau (Balasubramaniam) mungkin mempunyai niat yang terselindung. "Mungkin ada niat untuk mengaburi mata orang ramai, jadi kita kena siasat keseluruhannya," katanya.

Najib dalam sidang akhbar semalam, sekali lagi menegaskan yang beliau tidak pernah mengenali Altantuya dan menyifatkan tuduhan mengaitkan beliau dengan wanita Mongolia yang mati dibunuh itu sebagai "pembohongan dahsyat".

Najib menegaskan cubaan terbaru itu untuk mengaitkan beliau dengan jenayah itu adalah "rekaan semata-mata, berniat jahat dan berunsur fitnah untuk mencemarkan imejnya."

- Bernama

Balasubramaniam tarik balik akuan bersumpah yang mengaitkan Najib

KUALA LUMPUR: Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam hari ini menarik balik beberapa perenggan dalam akuan bersumpahnya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Beliau membuat akuan bersumpah semalam kerana dalam keadaan tertekan dan kecewa kepada kerajaan. Perenggan yang ditarik balik itu ialah dakwannya bahawa Najib menjalin hubungan seks dengan Altantuya dan dakwaan bahawa Najib yang memperkenalkan Altantuya kepada penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda.
.

Hujah







Saiful mengadu diliwat - TPM

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengakui bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan ada menemuinya kerana mahu mengadu hal dirinya telah diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pertemuan itu yang pertama kali antara mereka berdua, berlangsung di kediamannya beberapa hari sebelum Mohd. Saiful, yang ketika itu dilihat berada dalam keadaan amat trauma, membuat laporan polis terhadap Anwar berhubung isu liwat itu.

"Saya menerima kedatangannya atas sifat saya sebagai seorang pemimpin dan dia sebagai rakyat biasa yang ingin mengadu kepada saya... saya tidak pernah mengenali beliau sebelum ini,'' katanya kepada pemberita di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini semalam.

Mohd. Saiful, 23, membuat laporan di Balai Polis Travers di sini pada 28 Jun alu, mendakwa dirinya diliwat Anwar pada 26 Jun di sebuah kondominium di Bukit Damansara.

Ketika ditanya mengapa pembantu Anwar itu menemui beliau untuk mengadu hal, Najib berkata, beliau tidak tahu, tetapi menganggap pemuda itu memerlukan bantuannya, berikutan Mohd. Saiful mengenali seorang pegawainya.

Najib memberitahu, Mohd. Saiful juga pernah datang ke pejabatnya untuk bertemu seorang pegawainya bagi menguruskan soal biasiswa yang dimohon, tetapi beliau tidak pernah menemui pemuda itu pada ketika itu.

Timbalan Perdana Menteri juga menolak sebarang dakwaan berlaku konspirasi terhadap Anwar dan beliau adalah perancangnya.

Ditanya sama ada beliau percaya apa yang diberitahu oleh Mohd. Saiful itu berasas atau sebaliknya, Najib berkata, pada awalnya beliau tidak berapa yakin sama ada cerita yang disampaikan oleh Mohd. Saiful itu benar atau tidak.

"Saya tidak berani nak cakap... saya nampak dia genuine (ikhlas) sebab dia ketakutan. Tangan dia seram sejuk. Tetapi saya tidak berani buat kesimpulan. Saya nasihat pada dia supaya buat keputusan sendiri," katanya sambil menolak andaian bahawa beliau telah menasihatkan Mohd. Saiful untuk membuat laporan polis mengenai perkara itu.
.