SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

17 June 2008

Mahkamah tolak bantahan PKR

Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini menolak bantahan awal calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkefli Nordin bagi membatalkan petisyen pilihan raya yang dikemukakan oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

BN memfailkan pestisyen ekoran adanya laporan Zulkefli pada pilihanraya 2004 gagal menyerahkan penyata kewangan pilihan raya dan mengikut undang-undang beliau tidak layak bertanding.


Korum:

YA Hakim
Dato Balia Yusof Wahi

Pempetisyen:
Firus Husin
Hafarizam Harun

Responden 1:
Hj Radzi Mustafa
Azhar Arman Ali
Gooi Hock Seng
Md Yunos sharif
Aqbal Shifudin

Responden 2&3 (SPR)
Puan Maheran Md Isa

Keputusan:
Petisyen ditolak dengan kos. Petisyen ini akan dibicarakan mulai 20 Julai 2008.

Anwar dapat lampu hijau cabar kesahihan pemecatannya

Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari Isnin memberikan lampu hijau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar kesahihan dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 10 tahun lalu, oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Panel tiga anggota itu yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara membenarkan Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang oleh Tun Dr Mahathir.

Berikutan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang - sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut perlembagaan, dan sama ada Tun Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

Bernama melaporkan, Mahkamah akan memutuskan, pertama sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menghendaki Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam Kabinet Malaysia dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyak hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya; Dan kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Tun Dr Mahathir sebagai menteri kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut.

Mahkamah masih belum menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan Anwar itu dan beliau diperintah untuk memfailkan rekod rayuan dalam jangka masa 14 hari. Bersidang bersama Malanjum ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamad.

Pada 23 Dis 1998, Mahkamah Tinggi menolak saman Anwar terhadap Tun Dr Mahathir dan kerajaan, untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah mengisytiharkan keputusan Tun Dr Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 Sept 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal. Anwar menegaskan bahawa pembatalan pelantikannya patut dilakukan Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat perdana menteri dan pembatalannya tidak boleh dikuatkuasakan oleh perdana menteri tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu. Mahkamah Rayuan mengesahkan bahawa pemecatan Anwar daripada jawatan Kabinet dilakukan mengikut undang-undang oleh Tun Dr Mahathir memandangkan kuasa untuk melantik dan memecat menteri terletak pada perdana menteri. Anwar diwakili peguam Karpal Singh, Ram Karpal Singh, S.N.Nair dan Nicholas Netto. Beliau tidak hadir di mahkamah.

Terdahulu Karpal Singah berhujah bahawa Tun Dr Mahathir merupakan orang yang membuat keputusan untuk memecat Anwar daripada jawatan Kabinet dan menggugurkan beliau berkuat kuasa pukul 5.30 petang 2 Sept 1998 tanpa sebarang penunjuk bahawa Yang di-Pertuan Agong telah dinasihati beliau sebelum beliau (Tun Dr Mahathir) menyediakan dan menyerahkan surat pemecatan kepada Anwar.

Karpal Singh berkata Anwar, yang merupakan pemohon terhadap rayuan itu, bersetuju untuk tidak memohon mendapatkan kembali jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kerana perkara itu adalah akademik. Sebaliknya Anwar mahu mahkamah menganugerahkannya ganti rugi.

Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi yang mewakili Tun Dr Mahathir dan kerajaan, membantah permohonan kebenaran itu dengan berkata perkara itu telah menjadi sesuatu yang akademik.
.

Anwar semakin tenat - Hari-hari tipu

Mimpi Anwar untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri semakin tenat dan bayangan yang sentiasa bermain di dalam dirinya semakin tenat. Setiap pagi beliau sentiasa berkata akulah bakal Perdana Menteri.
Dalam laman web beliau, beliau telah mencanangkan bahawa Putrajaya sudah hampir dekat, maka melaunglah penyokong Anwar. Kami sentiasa menyokong anda, syabas DSAI. Maka mereka berpesta di laman web Anwar bagi menyambut dan meraikan hari yang akan tiba , Sept 16.

Kali ini untuk meyakinkan pengikut Anwar, Ahli Parlimen MCA pula yang akan menyertai mereka, hanya kerana ada sedikit kocakan dalaman parti berkenaan. Memang otak penipu si Nuar ni. Asalkan ada saja kocakan kecil di mana-mana akan dijadikan isu untuk meyakinkan penyokong beliau.

Beliau mungkin lupa , bahawa MCA telah turun temurun bersama BN dan tidak mungkin MCA mempunyai pendirian yang kurang bijak dan memainkan politik kurang bijak seperti yang Anwar dan penyokong mereka mainkan.

Sampai bila Anwar mahu menipu dan terus menjadi penipu. Bila Sept 16 akan hampir Anwar akan memikirkan pula satu jawapan bagaimana mahu menipu lagi. Sedangkan dunia menaikan harga minyak, Anwar pula berjanji untuk menurunkan harga minyak. Minyak gamat , minyak angin kot….

Dulu sibuk mahu bertanding mahu ke Parlimen , hari ini terus senyap dan sepi. Sebenarnya Anwar ini penakut juga , takut kalah. Kalau takut kalah bertanding sajalah di Kelantan atau di Bukit Bintang atau kepong kawasan DAP, Tipu , tipu , tipu…….
.
Oleh Ikma Hisham
.

Jakim putuskan peraduan SMS Celcom langgar hukum syarak

KUALA LUMPUR: Peraduan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Celcom '100 Hari 100 Kereta' diisytiharkan sebagai tidak mematuhi syariah berikutan mengandungi unsur perjudian, gharar (tidak jelas) dan menggalakkan pembaziran.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, dalam satu kenyataan hari ini berkata mesyuarat khas Panel Kajian Syariah Jakim memutuskan demikian menerusi satu persidangan hari ini.

Katanya, persidangan yang khusus membincangkan isu pertandingan itu sebulat suara menasihatkan agar pihak syarikat telekomunikasi berkenaan menyediakan konsep peraduan baru yang selari dengan tuntutan syarak.

Peraduan SMS itu menjadi isu apabila Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 5 Jun lalu menyatakan peraduan tersebut haram disertai kerana mengandungi unsur perjudian. Katanya peraduan itu disifatkan sebagai judi kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan sebagaimana judi nombor ekor.

“Dalam peraduan ini, kita perlu bayar atau dicaj RM5 untuk meneka atau menjawab satu soalan. Itu adalah pertaruhan, dan pertaruhan adalah satu perjudian,” katanya.

16 September…Khairy cabar dan tunggu jawapan Anwar

Khairy Jamaluddin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat jika pada 17 September ini Barisan Nasional masih berkuasa.
.
Dalam posting terbaru di blognya rembau.net Naib Ketua Pemuda UMNO itu berkata jika Anwar begitu yakin ada lebih dari 30 wakil rakyat BN sudah "dalam tangan" makanya cabaran itu tidak menjadi masalah baginya.
.
“Jika beliau gagal, bukan hanya beliau harus letak jawatan, tetapi apa sahaja kredibilitinya dimata rakyat akan hancur begitu sahaja. “Saya menunggu jawapannya”kata Khairy. Anwar telah beberapa kali membuat kenyataan terbuka kerajaan BN akan merudum menjelang 16 September ini menerusi tindakan lompat parti sebilangan Ahli Parlimen BN.

Sambil menyifatkan usaha Anwar sebagai strategi mewujudkan ‘ kerajaan pintu belakang,Khairy berkata rakyat Malaysia harus sedar bahawa tindak tanduk itu sebenarnya merupakan penghinaan terhadap rakyat.

Katanya,"rakyat Malaysia tidak mahu institusi demokrasi diruntuhkan semata-mata kerana kerakusan Dato' Seri Anwar yang tidak sabar untuk mencapai impian beliau menjadi Perdana Menteri.
.
Adakah majoriti rakyat Malaysia setuju dengan tindakannya untuk menubuhkan kerajaan yang tidak ada mandat pengundi? Saya percaya tidak. Jika kehendak Dato' Seri Anwar tercapai, negara kita akan menjadi bahan jenaka di peringkat antarabangsa kerana mempunyai Kerajaan yang tidak sah dari segi moral. Malaysia akan digelar sebagai "illegitimate democracy" dengan kerajaan yang tiada mandat rakyat, kredibiliti mahupun legitimasi moral untuk memerintah. Mungkin ada yang akan kata Malaysia sudah menjadi sebuah "banana republic."
- 17/6/2008
.
---------------------------------
Jolok jangan tak jolok…

Sebagai orang politik Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tahu beliau tidak rugi satu sen pun jolok dan terus jolok Barisan Nasional dengan cerita ada kalangan Ahli Parlimen mereka yang siap sedia nak melompat. Makanya baik pada kenyataan maupun ceramahnya dimana jua kebelakangan ini Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu terus pasang ‘lagu’ itu untuk buat Barisan Nasional tak sedap badan.
.
Paling tidak bila semuanya berlalu tanpa apa-apa lepas 16 September – tarikh yang didakwanya kerajaan BN akan merudum menerusi tindakan melompat banyak alasan politik yang boleh dijadikan sandaran.
.
Terbaru dalam ceramahnya di Pulau Pinang Ahad malam lepas sebelum ini bermain dengan cerita tentang Ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak ,kalangan Ahli Parlimen parti MCA pula menjadi sasarannya.
.
Anwar mendakwa pakatan pembangkang makin hampir ke Putrajaya. Beliau juga mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan pilihan raya mengejut jika lompat parti dari BN ke pembangkang berlaku.
.
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting menyifatkan dakwaan Anwar adanya Ahli Parlimen MCA yang akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) bermotifkan politik. Katanya, dakwaan tersebut hanya bertujuan hendak mewujudkan rasa saling curiga mecurigai sesama anggota parti komponen BN. “Tidak ada kebenaran langsung dakwaan adanya Ahli-Ahli Parlimen MCA akan lompat atau tinggalkan BN. Dakwaan (Anwar itu) hanya bertujuan wujudkan rasa curiga di kalangan komponen BN,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sistem pesanan ringkasnya (SMS) kepada Agendadaily yang meminta komen beliau berhubung dengan dakwaan Anwar kononnya ada Ahli parlimen MCA akan sertai pakatan pembangkang tidak lama lagi.
.
Sementara itu Pengerusi Biro Publisiti MCA Datuk Fu Ah Kiow dalam satu kenyataan menilai dakwaan Anwar itu merupakan satu gimik murahan. Beliau juga menyifatkan ia sebagai satu dakwaan yang tidak masuk akal. Ia bertujuan menimbulkan perbalahan dalam kalangan parti komponen BN.
.
"Ini adalah strategi beliau dalam mengejar impiannya menjadi Perdana Menteri.
Jelas sekali niatnya adalah buruk," kata Fu.
.