SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

28 May 2008

Wajah sebenar Khalid Ibrahim

dipetik dari malaysia-hariini.com

WAJAH sebenar Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor bakal terbongkar apabila sudah ada pihak-pihak tertentu akan menelanjangi kehidupan zaman lampau beliau sewaktu bertugas di PNB dan juga Guthrie. Dengan pendedahan yang akan dilakukan itu, Khalid akan mengulangi apa yang pernah berlaku terhadap bekas – bekas menteri – menteri Selangor seperti Tan Sri Muhamad Taib dan juga Abu Hassan Omar dan ini memungkinkan beliau terpaksa mengosongkan kerusi Menteri Besar Selangor.

Khalid Ibrahim yang dilihat begitu rancak serta ghairah kononnya mempunyai segala fail-fail penyelewengan dan sebagainya tentang kerajaan Barisan Nasional sebelum ini dilihat seakan lupa bahawa beliau juga mempunyai fail-fail sulit turut boleh didedahkan lantas memalitkan malu yang cukup besar.

Ada pihak yang sudah dapat menghidu mengapa Khalid Ibrahim diminta untuk melepaskan jawatannya di PNB oleh Pengerusi syarikat ketika itu, Tun Ismail Mohamad Ali kerana beliau didakwa mempunyai beberapa hubungan ataupun lebih tepat skandal dengan beberapa orang kakitangan syarikat permodalan tersebut.

Hubungan ataupun skandal tersebut bakal didedahkan melalui sebuah buku yang dikatakan sudah siap hampir 80 % dan selain daripada pendedahan serta pengakuan beberapa nama yang dikaitkan dengan Khalid. Buku tersebut bakal juga mendedahkan mengapa kerajaan membatalkan ataupun mengambil alih Gutrie daripada penguasaan Khalid.

Malah kerakusan Khalid juga bukan sekadar di PNB ataupun di Guthrie semata-semata tetapi turut melebarkan kebejatan moral serta sikap hingga ke negara Indonesia dan ada bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Khalid didakwa sebagai seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Khalid yang dilihat sejak akhir-akhir ini banyak putar belitnya sehinggakan sudah muncul rakyat di negeri beliau membuat laporan polis di atas beberapa penipuan di dalam manifesto yang Khalid dan Pakatan Palsu Rakyat janjikan semasa kempen PRU12. Khalid sebenarnya kini dilihat alat kepada kepentingan politik pihak-pihak tertentu.

Melihat cara Khalid yang begitu bersungguh-sungguh mahu mencari kesilapan kerajaan sebelum ini disifatkan juga sebagai salah satu taktik untuk menyembunyikan kelemahan pimpinan beliau dan juga latar belakang peribadinya sebelum ini.

Ada yang secara terbuka yang mengenali “siapa Khalid sebenarnya sebelum ini” turut mendakwa bahawa KeADILan sebenarnya sebuah parti yang menghimpun sebahagian orang-orang ataupun pemimpin yang rosak akhlak peribadinya dan mempunyai rekod skandal dan perlakuan yang terlampau.

Malah melihat cara Khalid mentadbir Selangor, beliau bukannya meletakkan masa depan negeri dan rakyat sebagai keutamaan tetapi lebih kepada mahu menguatkuasakan politik peribadi dan bersedia untuk menjadi pak turut sekalipun asalkan niat dan tujuan untuk memalukan pemimpin ataupun kerajaan sebelum ini akan tercapai. Secara jelas, mereka sedang menyemarakkan api politik balas dendam.

Namun Khalid lupa, satu jari sedang menuding kepada orang lain, sembilan jari sedang menuding kepada diri beliau sendiri dan dipercayai dengan terbitnya buku tentang Khalid ini, rakyat Negeri Selangor akan sekali lagi hampa untuk mencari seorang Menteri Besar yang bersih dan bermoral.

Secara mudahnya, sekiranya Khalid seorang pentadbir yang baik, kenapa selepas hilang jawatan dalam Gutrie, tidak ada pihak yang menawarkan beliau untuk menerajui mana-mana syarikat korporat atai pun konglomerat yang lain?

Sebab utama Khalid terlepas kedudukan dalam PNB akan terjawab sebaik sahaja buku tersebut berada di dalam pasaran dan ketika itu Khalid akan sedar bahawa jangan sesekali berniat untuk mengaibkan orang lain sekiranya diri sendiri turut mempunyai sejarah yang tidak baik dan moral yang boleh dipertikaikan.

Kita percaya Khalid tahu apa yang pernah beliau lakukan di PNB sehingga beliau terpaksa berundur daripada syarikat tersebut. Kita juga percaya kenapa Khalid gagal di Gutrie dan Khalid ada jawapan ini. Apa pun kita tunggu, apa reaksi Khalid?

Apabila Selangor dan Pulau Pinang Haramkan Islam Hadhari

Agak menarik juga apabila membaca Laporan Media berkaitan tindakan terbaru yang dibuat hampir serentak oleh kedua-dua kerajaan Negeri ini.

Di Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali menyatakan Islam Hadhari diharamkan di Selangor. Oleh yang demikian, mana-mana Masjid atau Surau di Selangor adalah diharamkan sama sekali terlibat dengan program atau apa-apa yang dikaitkan dengan Islam Hadhari. Imam-imam yang membaca khutbah berunsurkan Islam Hadhari pula akan ditarik balik tauliahnya, pendek kata nak sebut Islam Hadhari pun adalah tak boleh di Selangor.

Sementara di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri Mohammad Fairus Khairuddin pula menyatakan Pulau Pinang akan mengikut jejak Selangor yang melarang sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari di negeri itu. Beliau juga menganggap pendekatan Islam hadhari seolah-olah mewujudkan mazhab baru dalam Islam. Timbalan kepada seorang Setiausaha Agung sebuah parti ini (yang penasihatnya pernah berkata kalau nak wujudkan negara Islam langkah mayatnya dulu), membuat keputusan bagi pihak seluruh orang Islam Pulau Pinang tanpa mendapatkan pandangan dari Mufti negeri yang tentunya amat arif dan bertanggung jawab dalam hal-hal berkaitan Islam.

Sementara di Perak, Exco yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam mengambil jalan selamat dengan menyerahkan kepada Mufti untuk mengulas berkenaan Islam hadhari.

Ternyata apabila mengambil alih pemerintahan di negeri-negeri berkenaan, kerajaan pakatan parti-parti pembangkang sentiasa mencari populariti murahan dengan membuat keputusan yang boleh dilihat sebagai membalas membalas dendam. Apa dosa Islam hadhari kepada mereka pun tidak diketahui.

Tetapi yang menjadi kemusykilan di sini adalah pengumuman keputusan pengharaman Islam Hadhari yang dibuat di dua negeri berkenaan hanyalah datang daripada 2 orang yang tidak pun mempunyai kepakaran, atau pun sekurang-kurangnya kelulusan dalam bidang agama. Hanya kerana tidak ada orang lain untuk dilantik menjadi Exco berkaitan Agama, mereka dilantik. Inilah yang pernah disebutkan dalam hadis; 'Apabila diserahkan sesuatu kepada orang yang bukan ahli, maka tunggulah detik-detik kebinasaan'.

Exco Agama Perak ternyata lebih pandai menggunakan otak dalam hal ini apabila menyerahkan kepada Mufti untuk membuat ulasan apabila sedar tidak mempunyai kepakaran.

Di Kelantan, walaupun telah memerintah selama 18 tahun, tidak pernah sekali pun Menteri Besar atau Exco agamanya mengharamkan Islam hadhari. Di Terengganu juga selama 1 penggal menguasai kerajaan, Presiden Pas juga tidak pernah mengharamkan Islam Hadhari walaupun ada perbezaan pendapat. Kedua-dua Menteri besar berkenaan dikenali sebagai orang yang arif dalam hal ehwal agama.

Selama pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan oleh Perdana Menteri, tidak pernah ada mana-mana Mufti yang mengatakan Islam Hadhari adalah Agama atau Mazhab Baru, bahkan mufti-mufti sentiasa terlibat dalam mempromosi pendekatan Islam hadhari seperti membentang kertas kerja, memberikan syarahan, mengadakan perbincangan dalam memperkemaskan pendekatan ini dan sebagainya yang berkait langsung dengan Manhaj Islam hadhari ini.

Adalah malang bagi Selangor dan Pulau Pinang yang mempunyai exco agama yang ternyata pandai-pandai nak tunjuk pandai sedangkan tak pandai. Orang yang paling bodoh adalah dia sentiasa menganggap dirinya pandai sedangkan dia tidak tau yang dirinya bodoh.

P. Pinang haramkan Islam hadhari

Pulau Pinang akan mengikut jejak Selangor yang melarang sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

"Negeri (Pulau Pinang) akan mengambil tindakan yang sama dalam masa terdekat," kata Timbalan Ketua Menteri Mohammad Fairus Khairuddin kepada Malaysiakini hari ini. Tarikh pelaksanaannya bagaimanapun tidak dinyatakan.

Beliau bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Exco Hal-Ehwal Agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali seperti diumumkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam. Wakil rakyat Gombak Setia itu dilaporkan berkata, semua masjid dan surau di Selangor diarah tidak mengadakan sebarang program yang menyentuh konsep Islam itu yang diperkenal Perdana Menteri sejak empat tahun lalu.

"Kita haramkan Islam Hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.

"Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari," katanya.

Mohammad Fairus, yang juga exco hal-ehwal Islam Pulau Pinang, langkah negeri ini tidak bermotifkan politik, sebaliknya untuk "mengembalikan ajaran Islam yang sebenar.

"Beliau, juga seorang lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata konsep Islam hadhari menyalahi prinsip sebenar Islam.

"Ajaran Islam sekarang sudah sempurna (seperti dinyatakan dalam al-Quran). Jadi, tidak perlu dibuat sebarang tokok tambah lagi," katanya. Mohammad Fairus juga menganggap pendekatan Islam hadhari seolah-olah mewujudkan mazhab baru dalam Islam.

"Sedangkan kita tahu, (kemunculan) mazhab dalam Islam diketuai oleh ulama-ulama besar," katanya. Beliau juga berkata "Islam Hadhari" itu salah dari sudut penggunaan bahasa Arab.

"Mana ada Islam hadhari, yang ada hadharah Islamiah (ketamadunan Islam). Kalau orang Arab datang ke Malaysia, dia pun tak faham maksudnya (Islam hadhari)," katanya. Bagaimanapun Perak, sebuah lagi negeri Pakatan Rakyat, belum membuat sebarang keputusan berhubung larangan tersebut.

"Isu menyokong atau tidak Islam hadhari belum timbul lagi (di Perak), tidak dibincangkan," kata pengerusi jawatankuasa tetap agama, pendidikan Islam, wanita dan kebajikan negeri, Mohd Zainuddin Mohd Yusof.

"Kita ada hal lain yang perlu dibuat dan diberikan keutamaan." Beliau berkata isu tersebut elok diulas oleh mufti Perak.

Sementara itu, Dr Hassan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata, keputusan Selangor tidak melibatkan negeri-negeri lain dalam Pakatan.

"(Larangan) ini adalah pandangan kita sendiri. Negeri lain (dalam Pakatan), terpulanglah kepada mereka. "Negeri Selangor bukanlah hendak menjuarai tindakan ini. Biarlah mereka (negeri lain) sendiri yang tentukan," kata, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Mengulas lanjut pengharaman itu, katanya: "Kita mengambil keputusan tidak mempromosikan Islam hadhari di sekolah, dalam khutbah Jumaat dan program-program keagamaan.

"Menurut Harakahdaily.net hari ini, Hassan mengingatkan imam-imam yang membaca khutbah berunsurkan Islam Hadhari akan ditarik balik tauliahnya. Beliau juga dilaporkan berusaha mengembalikan jawatan penguatkuasa pencegahan maksiat yang dinamakan Badan Amar Makruf Nahi Munkar (Badar) yang dimansuhkan ketika BN mentadbir negeri tersebut.

27 May 2008

P. Pinang pula mahu haramkan Islam hadhari

Pulau Pinang akan mengikut jejak Selangor yang melarang sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin bersetuju dengan langkah yang diambil oleh exco hal-ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali seperti diumumkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

"Negeri akan mengambil tindakan yang sama dalam masa terdekat," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Langkah Pulau Pinang ini tidak bermotifkan politik, tambah Mohammad Fairus, sebaliknya untuk "mengembalikan ajaran Islam yang sebenar.

"Beliau berkata konsep Islam hadhari menyalahi prinsip sebenar Islam.

[Berita penuh menyusul]

Pisang tak berbuah dua kali di Pulau Pisang…

Kalau mengikut penjelasan yang dibuat oleh Menteri Besar Datuk Ghani Othman nampaknya rakyat negara ini tidak perlu bimbang tentang kedudukan Pulau Pisang yang terletak di luar perairan Pontian.

Sebelum ini tanda tanya timbul mengenangkan adanya sebuah rumah api yang diuruskan oleh Singapura di pulau itu. Di pulau ini lain ceritanya berbanding Pulau Batu Putih yang diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa milik Singapura.

Menurut Ghani kedaulatan dan hak milik kerajaan negeri Johor terhadap Pulau Pisang adalah jelas. Menurutnya, kewujudan rumah api di pulau yang berkeluasan 178.4 hektar tersebut adalah menerusi perjanjian di antara Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Ibrahim dan kerajaan Inggeris.

"Pulau Pisang itu berada di dalam daftar kerajaan dan ia adalah milik kerajaan negeri Johor. Keperluan rumah api itu adalah sekadar untuk laluan perkapalan, syarat itu hendaklah dipatuhi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ijtimak Huffaz Al-Quran Negeri Johor di Johor Bharu Isnin.

Beliau berkata, keluasan rumah api kendalian Singapura adalah kira-kira 0.4 hektar dan republik tersebut turut dibenarkan membina jeti serta laluan darat ke rumah api tersebut bagi kemudahan warganya. Ghani berkata demikian tentang kemungkinan wujudnya pertikaian tentang kedaulatan serta hak pemilikan negara terhadap Pulau Pisang berikutan pengurusan rumah apinya yang dikendalikan oleh Singapura.

Menurutnya, pada 2001 kerajaan Malaysia mengenakan syarat mengkehendaki warga Singapura yang bertugas di rumah api Pulau Pisang supaya mendaftarkan diri di Pejabat Laut dan Pejabat Imigresen di Kukup, Pontian. Pendaftaran itu perlu dilakukan dua minggu sekali ketika mereka memasuki dan keluar daripada pulau tersebut, katanya sambil menambah, kawasan rumah api itu berpagar dan merupakan kawasan larangan.

Mengenai rancangan membangunkan pulau terbabit, menurut Ghani, Pulau Pisang itu berpotensi untuk dibangunkan disebabkan keindahannya, tetapi tiada keputusan rasmi mengenai perkara itu setakat ini.

Selain Pulau Pisang, terdapat beberapa pulau lain yang terletak berdekatan dengannya iaitu, Pulau Tunda, Pulau Kemudi dan Pulau Sauh. Ghani juga berkata nelayan-nelayan negara ini dibenarkan menangkap ikan di Pulau Pisang, selain kebenaran terhadap penduduk tempatan Kukup untuk memungut hasil buah-buahan dari pulau itu.

- 26/5/2008