Malaysia perlu membuat segala persediaan untuk memastikan apa jua yang perlu dilaksanakan ekoran keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) dan Terumbu Karang Selatin (South Ledge) dengan segera, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata Malaysia juga perlu dengan cepat menentukan garis sempadan Terumbu Karang Selatin di dalam kawasan perairan Malaysia.
“Dengan itu, menentukan South Ledge benar-benar di kawasan perairan kita, maka tentulah nanti pulau itu akan dianggap sebagai pulau milik Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Nikkei Mengenai Masa Depan Asia ke-14.
Apabila ditanya sama ada Malaysia yakin akan memiliki Terumbu Karang itu, Perdana Menteri berkata: “Apa yang saya dimaklumkan, South Ledge bukan jauh sangat dari Middle Rocks. Hanya 1.7 kilometer. Ia berada di dalam kawasan perairan kita.”
Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan ICJ di The Hague yang menetapkan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh manakala Malaysia memiliki Terumbu Karang Tengah, manakala Terumbu Karang Selatan pula adalah milik negara di mana terletaknya perairan wilayah.
Abdullah yang sedih dengan keputusan ICJ yang menetapkan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh, turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kerajaan serta rakyat Malaysia kepada semua pegawai dan pakar Malaysia yang bertungkus lumus membuat persediaan untuk membawa kes itu ke mahkamah serta terlibat dalam perbicaraan yang memakan masa begitu lama.
“Saya tahu mereka telah berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.
Abdullah turut menasihati rakyat supaya memastikan mengelak keadaan yang boleh membawa kepada apa-apa perbalahan atau situasi yang boleh menimbulkan kesusahan antara kedua-dua negara.
Perdana Menteri berkata Malaysia memahami bahawa keputusan ICJ yang dibuat itu cukup jelas berdasarkan fakta-fakta.
“Menang pun tak menang semua, kalah pun tak kalah semua,” katanya.
Beliau berkata: ” Walaupun kita berasa sedih kerana tidak berjaya, kita mesti sedar bahawa keputusan itu adalah keputusan yang dibuat oleh mahkamah antarabangsa. Keadilan mahkamah itu kita perlu akui.”
“Kita perlu bersyukur Middle Rocks adalah milik kita. Yang perlu ditentukan ialah South Ledge,” katanya.
Beliau berharap pegawai dari kedua-dua negara serta pegawai pemetaan dapat menentukannya mengikut undang-undang yang ada.
Di peringkat menteri, Abdullah berkata beliau tidak perlu berjumpa dengan pemimpin Singapura mengenai kes ini, “tetapi Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim akan berjumpa rakan sejawatannya di Singapura untuk menentukan tindakan yang akan diambil oleh kedua-dua pihak.”
Abdullah berkata beliau akan menghadap Sultan Johor mengenai keputusan ini, dan juga Dr Rais, yang akan menerangkan dengan lebih terperinci mengenainya.
– BERNAMA
SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.
COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.
Created by DAPATKAN DI SINI
26 May 2008
'Keputusan ICJ cetus pertindihan hak'
Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda yang memberikan Singapura hak ke atas Pulau Batu Puteh, manakala Batuan Tengah menjadi milik Malaysia, mungkin boleh mencetuskan isu pertindihan hak kawasan antara kedua-dua negara. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata isu pertindihan hak kawasan antara Malaysia dan Singapura itu timbul berikutan kedudukan Pulau Batu Puteh dan Pulau Batuan Tengah yang terlalu hampir antara satu sama lain.
"Agak menarik keputusan ICJ kerana kedua-dua pulau ini berdekatan tetapi kedaulatan berlainan," katanya pada sidang media selepas merasmikan kedai rekaan landskap Massif Design di Taman Universiti, Skudai, di sini, semalam.
ICJ melalui pengundian 12-4 yang berpihak kepada Singapura terhadap hak kedaulatan Pulau Batu Puteh, manakala Malaysia pula melalui pengundian 15-1 diberikan hak kedaulatan Pulau Batuan Tengah. Pulau Batu Puteh sebesar separuh padang bola sepak terletak kira-kira 12.8 kilometer (km) dari Pengerang, Johor dan 64 km ke Timur Singapura. Jarak antara Batuan Tengah dengan Pulau Batu Puteh ialah 0.96 km, manakala Terumbu Karang Selatan dengan Pulau Batu Puteh kira-kira 4 km. Berikutan itu, kata Ghani, Johor menyerahkan kepada Kerajaan Pusat untuk membuat keputusan seterusnya terhadap pulau Batuan Tengah selepas sah ia menjadi hak Malaysia.
Katanya, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa penuh untuk melaksanakan apa juga bentuk pembangunan yang mungkin boleh dijalankan di pulau berhampiran Teluk Ramunia, Pengerang itu. Ghani berkata, Johor berpendapat Malaysia dan Singapura perlu menunggu rumusan terperinci daripada Jawatankuasa Teknikal sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap kedua-dua pulau yang sah menjadi hak masing-masing itu bagi mengelak pertindihan hak kewilayahan.
"Saya percaya jawatankuasa itu akan membuat pertimbangan terbaik dan mengambil kira semua aspek, terutama berkaitan hak dan kawasan perairan serta kesannya terhadap subjek lain termasuk kegiatan nelayan di Pengerang.
"Johor menerima keputusan ICJ dengan hati terbuka dan yang jelas ialah kedaulatan Johor khususnya daripada segi sejarah adalah tepat dan benar terhadap semua pulau yang ada di situ dan Singapura sendiri. Daripada aspek sejarah, kedaulatan Johor diterima ICJ," katanya.
Selain Batu Puteh, beliau berkata setakat ini tidak ada lagi pulau di negeri ini yang mempunyai masalah berbangkit, terutama berkaitan tuntutan hak milik dan kedaulatan membabitkan Johor dengan negara lain. Katanya, Pulau Pisang di Pontian tidak menghadapi masalah tuntutan hak dari negara lain kerana jelas pulau itu adalah hak milik Johor berdasarkan kepada pendaftaran tanah yang dilakukan di negeri ini.
"Kita tidak menghadapi masalah pertikaian hak dan kedaulatan berhubung Pulau Pisang kerana ia adalah sah milik Johor dan tidak boleh dituntut negara lain," katanya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia berkata, proses menentukan garis sempadan baru antara kedua-dua negara mungkin mengambil sedikit masa. "Sebelum ini Pulau Batu Puteh adalah garis sempadan yang memisahkan negara kita dengan negara jiran itu dan kini ia sudah pasti berubah," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Bagaimanapun, jurucakap itu mengakui tindakan segera perlu diambil bagi menentukan sempadan baru maritim negara.
"Saya percaya, ketika ini sudah pasti ramai nelayan yang tidak akan pergi ke kawasan sana (Pulau Batu Puteh dan Batuan Tengah) kerana bimbang kemungkinan tersilap masuk ke perairan negara jiran itu," katanya.

Empat syarat pakai gelang bermagnet
Gelang bermagnet yang semakin popular dipakai lelaki dengan niat membaiki kesihatan harus memenuhi empat syarat, kata ketua penolong mufti Perak, Zamri Hashim.
Syarat-syarat tersebut:
Syarat-syarat tersebut:
- Pemakainya tidak beriktikad (yakin di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanyalah Allah
- Pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.
- Gelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang berwibawa.
- Jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.
Menurut Bernama, pandangan ketua penolong mufti diterbitkan oleh Jabatan Mufti Perak.
21 May 2008
Sajak Annuar Musa Kepada Dr Mahathir

Statement Datuk Seri Annuar Musa
(dipetik dari Blog Mohd Sayuti Omar)
Sesiapa berjuang dalam Umno kerana Mahathir,
Mahathir dah tinggalkan Umno.
Dan mereka boleh ikut.
Sesiapa yang berjuang dalam Umno kerana agama bangsa negara
sesungguhnya perjuangan belum selesai dan kita tetap bersama Umno....
it is not that we love him less but we must love Umno more...
lebih 20 tahun kita pertahan Mahathir dalam semua keadaan kerana Umno...
kiranya kini beliau memilih meninggalkan Umno
maka kita ucapkan selamat jalan padanya.
"Jasanya tetap dikenang
Umno tetap Umno. Umno bukan Mahathir....
Mahathir sebenarnya sedang melalui perasaan sense of insecurity....
satu sindrom kecewa teruk akibat tindakan PM mengubah dasar-dasar dan legsi zamannya.
Beliau rasa tak dilindungi dan kepentingannya terjejas setelah dulu semua kuasa ditangannya.
"Dia mahu PM jadi puppernya. Mana mungkin begitu.
Allah telah mentakdirkan begini pada Mahathir,
mungkin qada atas perbuatannya selama ini pada orang yang dizaliminya....
Musa, Ku Li, Ghafar, Hussein,Tunku, Harun, Anwar, Raja-Raja.
Itulah janji Allah.
Ada bayaran tunai di dunia, ada bayaran tertangguh diakhirat.
Walahualam... thankyou.. "
Subscribe to:
Posts (Atom)